Emoji Paling Banyak Digunakan Di Dunia

Sembang

Mungkin ramai lagi yang masih keliru antara Emoji dan Emoticon. Tapi kegunaannya kedua-duanya adalah lebih kurang sama.

Emoji berasal dari Jepun sejak tahun 1997, menggunakan pictograph iaitu gambar yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu makna. Berbeza dengan Emoticon yang menggunakan typography, menggabungkan emotion dan icon untuk menyampaikan sesuatu makna menerusi penggunaan aksara berdasarkan sesuatu emosi.

Perkataan Emoji wujud hasil daripada gabungan dua perkataan bahasa Jepun, e (, “picture, gambar”) dan moji (文字, “character, aksara”), maka terhasil lah perkataan Emoji yang kita selalu guna sekarang ni.

Korang tahu tak ada sambutan World Emoji Day? World Emoji Day disambut pada 17 Julai setiap tahun sejak tahun 2014. Banyak gak syarikat dan organisasi terbesar di dunia yang pernah meraikan World Emoji Day dengan melahirkan Emoji yang terbaru dan teristimewa sempena sambutan World Emoji Day antaranya Apple, Pepsi, Sony dan banyak lagi lah.

Tak cukup dengan tu, korang tahu tak ada sebuah laman web yang diberi nama World Emoji Awards, memberi anugerah kepada Emoji paling popular dan paling banyak digunakan setiap tahun menerusi undian orang ramai?

Memandangkan media sosial merupakan keperluan hidup manusia sekarang ni, Emoji juga sangat diperlukan untuk memudahkan lagi manusia terus berinteraksi di alam maya walaupun tanpa menulis apa-apa perkataan. Hantar Emoji je, orang dah tahu dah apa yang dimaksudkan oleh individu yang menghantarkan Emoji tersebut. Bayangkan la kalau takde Emoji kat smartphone atau media sosial, apa kita nak reply atau comment bila kita tak tahu nak luahkan menggunakan perkataan. Sekarang ni, kalau malas nak reply, malas nak taip perkataan, hantar Emoji je dah mencukupi, betul?

Menurut sebuah laman web yang dikenali sebagai Emoji Stats, Emoji paling popular digunakan di seluruh dunia sekarang ni adalah Emoji ketawa sampai keluar air mata yang juga dikenali sebagai 😂 Face with Tears of Joy . Jangan ada lagi yang masih salah sangka Emoji Face with Tears of Joy ni Emoji orang menangis.

Emoji kedua paling popular digunakan oleh pengguna media sosial di seluruh dunia menurut Emoji Stats adalah Emoji yang menggunakan bentuk love berwarna merah, juga dikenali sebagai ❤️ Red Heart.

Korang sendiri boleh tengok kat Emoji Stats, Emoji apa yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia sekarang ni memandangkan Emoji Stats menggunakan kaedah realtime analytic.

KATALAKI: Emoji apa yang korang nak sangat guna tapi tak berani nak hantar kat orang lain?

Last modified: 18 February 2020