Empayar Dadah Dibina Untuk Tentera Jepun

Sembang, ZAP

Mungkin cerita yang macam ni tak akan diceritakan di dalam buku teks mahupun oleh cikgu-cikgu sejarah di sekolah, tapi fakta sejarah macam ni memang benar-benar terjadi. Pada akhir tahun 1800-an hingga pertengahan 1900-an, empayar pemerintahan Jepun memulakan usaha beberapa dekad untuk membina sebuah kerajaan di Pasifik. Setelah menewaskan Korea, Taiwan, dan pulau-pulau di sekitarnya, Jepun mula memerhatikan Menjelang tahun 1920-an, di China pula pada waktu tu maharaja terakhir telah pun dijatuhkan dan puak-puak di sana sedang berperang untuk menentukan siapa yang berkuasa selepas itu. Kira perang saudara lah waktu tu.

Tapi Jepun tidak terus menyerang China kerana bagi mereka untuk mengekalkan kuasa di negeri asing agak rumit dengan adanya pemberontakan serta menelan kos yang agak tinggi. Oleh itu Jepun mula mengorak langkah untuk bekerjasama dengan musuh lama China yang mampu melemahkan pertahanan di China, iaitu candu. Sambil-sambil tu boleh buat untung hasil daripada penjualan candu di China. Jadi begini lah cara Jepun membiayai ketenteraannya serta melemahkan musuhnya dengan membina empayar candu. Kebimbangan hal ini di China masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

PENAKLUKAN JEPUN DI CHINA

Selepas tentera Jepun tawan wilayah Manchuria di timur laut China pada tahun 1931, maka secara rasminya bermula lah penaklukan Jepun terhadap negara China. Tetapi semasa Jepun sedang dalam usaha meluaskan kuasanya ke selatan dan ke seluruh China dari Manshuari, terdapat konflik kecil selama beberapa tahun yang menyukarkan usaha mereka. Akhirnya pada tahun 1937, Jepun melancarkan serangan penuh ke atas China dan menawan Beijing, Shanghai, dan beberapa bandar besar lain. Sehingga lah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pengunduran tentera Jepun dari negara-negara asing. Cuma wilayah Manchuari je yang kekal lama sikit di bawah kawalan Jepun pada waktu tu.

Di wilayah Manchuari, Jepun membina negeri Manchukuo yang dijadikan sebagai boneka kepada kegiatan haram mereka. Satu perancangan penting oleh pihak Jepun adalah dengan membina industri candu, morfin dan heroin untuk dijual kepada orang di China dan menjadikan mereka ketagih. Hasil keuntungan akan digunakan untuk tujuan ketenteraan seperti membina senjata-senjata perang.

Jepun telah melakukan perkara yang sama di tempat lain di kawasan Pasifik selama bertahun-tahun. Menurut laporan antarabangsa, ke mana sahaja tentera Jepun pergi pasti akan mempunyai kaitan dengan dadah. Mungkin Jepun boleh katakan mereka benci dengan peradaban barat, tetapi cara mereka ini tidak jauh beza dengan cara British pada tahun 1900-an yag memanipulasi penduduk China untuk ketagih dengan candu.

Di China, Jepun secara aktif melancarkan kempen PR dan berusaha membuat orang awam ketagih dengan dadah. Sementara itu, tokoh-tokoh penting dalam industri candu dilantik ke kabinet pemerintahan Jepun dan menjadikan ia sebagai satu industri yang penting dalam pemerintahan Jepun. Mungkin bijak dan mungkin juga kejam, tapi ini lah cara Jepun pada waktu itu untuk kekal berkuasa.

PENGAKHIRAN EMPAYAR DADAH JEPUN

Empayar dadah yang dibina melalui ketenteraan Jepun memang cukup besar. Tambahan lagi ia merupakan satu perniagaan besar yang mendapat restu pemerintah Jepun. Menjelang tahun 1941, satu syarikat candu Jepun memperoleh hasil jualan sebanyak 300 juta yuan, hampir sama dengan keseluruhan anggaran perbelanjaan tahunan kerajaan China. Memang telah tercatat visi ketenteraan Jepun adalah untuk mengeksploitasi industri candu dan melemahkan negara musuh serta menggunakan hasilnya bagi tujuan ketenteraan.

Tapi malangnya visi tersebut tidak kesampaian bila tentera Jepun pun turut bergantung dengan candu bagi merawat trauma perang. Walaupun tentera Jepun sudah diberi amaran dan hukuman yang berat sekiranya menyalahgunakan candu atau heroin, ianya sudah terlambat. Masalah ketagihan di seluruh ketenteraan Jepun sangat banyak sehingga seluruh hospital dikhaskan untuk merawat mereka.

KATALAKI: Mungkin masa Perang Dunia Kedua cara ni paling strategik tapi dalam masa yang sama membinasakan rakyat…

Last modified: 19 May 2020