Epic Games Cuba Sailang Steam!

Game, Tech

Sebelum ini, Razer telah melancarkan games store mereka sendiri. Ini dilihat sebagai satu cubaan untuk sailing games store gergasi iaitu Steam.

Pada minggu ini pula, Epic Games pula telah mengumumkan yang mereka juga akan ada games store mereka sendiri dan ianya telah dilancarkan pada event The Game Awards 2018 yang berlangsung pada jumaat lepas.

Buat masa ini, terdapat beberapa games yang telah dimasukan dan boleh didapati di laman web rasmi Epic Games Store. Antaranya adalah seperti game Hades Early Access, sebuah game terbaru yang dihasilkan oleh Supergiant Games.

Hello Neighbor: Hide and Seek juga turut dimasukan didalam Epic Games Store. Bagi yang tidak tahu, Hello Neighbor: Hide and Seek merupakan prequel kepada permainan horror Hello Neighbor.

Epic Games jugak turut menyatakan yang mereka akan memberikan 2 games percuma setiap 2 minggu kepada mereka yang mendaftar akaun di Epic Games Store.

Untuk bulan Dec ini, Korang boleh mendapatkan permainan survival Subnautica bermula pada 14/12/2018 sehingga 27/12/2018. Subnautica merupakan game open world survival yang dihasilkan dan dikeluarkan sendiri oleh Unknown World Entertainment.

Game percuma kedua yang korang boleh dapatkan pada bulan ini ialah Super Meat Boy bermula pada 28/12/2018 sehingga 10/01/2019 sahaja. Super Meat Boy merupakan game platform yang dihasilkan oleh Team Meat.

Ini bukanlah kali pertama sebuah syarikat pengeluar permainan video membuat game store mereka sendiri. Sebelum ini kita ade Origin daripada EA (Electronic Arts) dan Ubisoft Store daripada Ubisoft.

Namun pengguna PC tetap memilih Steam sebagai tempat mereka membeli permainan video. Adakan Epic Games Store mampu melawan Steam? Sama-sama kita tengok nanti.

Bagi yang nak tengok macam mana rupa Epic Games Store ini, Korang boleh klik SINI dan jangan lupa untuk daftar akaun supaya nanti korang boleh dapat games percuma untuk bulan ini.

KATALAKI: Aku senang je, yang mana bagi games free yang itulah aku pilih!

Last modified: 9 December 2018