Escape Room – Movie Review, Ada Spoilers

Sembang

So aku dapat pi tengok cerita Escape Room arahan Adam Robitel haritu dan dalam artikel ni aku akan kongsi dengan hampa pendapat aku tentang filem ni. Sebelum tu, tengoklah gambaq dibawah dimana aku cuba untuk tiru muka yang dibuat dalam poster besaq Escape Room kat lobi MBO yang aku pi.

Sebelum kita cerita pasai movie ni, aku rasa penting untuk habaq apa tu escape room sebenaqnyajust in case ada orang taktau benda apa tu. Ia adalah sebuah permainan yang kita boleh main dengan kawan-kawan dimana kita dikurung di dalam sesebuah bilik untuk seberapa lama (aku sendiri pernah main yang selama 45 minit), dan untuk menang permainan tu, kita kena cari klu-klu atau petunjuk yang ada dalam bilik tu dan gunakannya untuk cari jalan keluar daripada bilik tu sebelum waktu kita tamat.

Sinopsis

Cerita ni tentang enam manusia yang dapat jemputan misteri untuk ke Minos Escape Room Facility, dan diberitahu yang depa akan memenangi hadiah 10,000 USD kalau depa menang. Ada yang pi ke escape room tu untuk memenangi duit tu, dan ada yang nak pi pasai depa ingat boss depa yang suruh, tapi bila depa melangkah masuk kedalam bangunan escape room tudepa dah tak boleh keluar dah dengan cara selain daripada menyelesaikan puzzle yang terdapat dalam bilik-bilik escape room tu. Kalau depa gagal, maka hukumannya ialah kematian. Last sekali, dua orang sahaja yang terselamat, dan depa berusaha untuk mencari siapa yang kurung depa kat situ untuk balas dendam.

Positif

Aku suka konsep cerita ni. Sebagai orang yang pernah main escape room sekali, aku dapat rasa betapa stress-nya nak selesaikan sesebuah escape room tu, dan aku dapat rasa kagum dengan kebolehan karakter-karakter dalam cerita ni untuk cari penyelesaian kepada puzzles yang diberi di dalam semua escape room dalam movie ni. Aku juga dapat rasa macam mana kalau sesebuah escape room tu dah bukan lagi permainan yang dimain semata-mata untuk berseronok dan jadi situasi hidup-mati. Perasaan ni muncul daripada bilik pertama lagi, bila dia start jadi sebuah ketuhar. Yang tu aku punya jaw-dropping moment yang pertama bila menonton cerita ni, dan ada beberapa lagi scene yang bagi efek yang sama. Movie ni berjaya buat aku ternanti-nanti nak tengok macam mana depa cari jalan keluar daripada setiap bilik.

Escape rooms dalam cerita ni pun menarik. Aku dapat rasa banyak pemikiran kreatif dan cool masuk kepada rekaan setiap satu bilik dimana karakter-karakter ni dikurung. Aku rasa sangat stail macam mana setiap bilik menyelitkan details daripada hidup setiap watak supaya watak-watak dalam cerita ni perlu ingat balik apa yang berlaku dalam hidup depa untuk dapatkan jawapan dan jalan penyelesaian untuk sesebuah bilik. Contohnya dalam bilik kedua, bila Ben Miller kena ingat balik dia punya kemalangan jalanraya untuk dapatkan kod untuk kunci bilik tu. Aku rasa pencipta bilik tu pandai untuk buat sesuatu yang macam tu.

Negatif

Aku rasa macam kekuatan filem ni hanyalah daripada segi escape rooms dia sahaja. Semua bahagian lain bagi aku sama ada biasa-biasa sahaja ataupun lemah. Kelemahan yang paling ketara bagi aku ialah kebolehan filem ni untuk bagi kita suka kepada watak-watak dalam cerita niAku takdak rasa suka atau sayang kepada mana-mana watak pun dalam cerita ni, dan aku rasa untuk cerita sebegini, sangat penting untuk kita suka watak utama dalam cerita tu, agar kita sokong depa punya perjalanan dan takut kalau-kalau ada apa-apa terjadi kepada depa.

Bagi aku, Escape Room tak berjaya buat benda ni. Sepanjang filem ni, aku rasa macam mana-mana watak mati pun aku akan rasa okay. Takdak rasa attachment terhadap mana-mana watak sangat pun. Jadi bila Amanda bergayut (secara literal) memegang telefon, aku takdak perasaan “Alamak! Takkan dia mati kot?”, Yang ada cuma fikiran “Okay, dia mati. Next!” Kalau direktor bagi sebab yang lebih untuk aku suka watak tu, mungkin aku akan lebih terkesan dengan dia punya kematian.

Selain itu, aku juga rasa yang movie ni senang dijangka dia punya pengakhiran. Sesiapa yang pernah tengok filem-filem Saw sebelum ni tak akan jumpa apa-apa yang yang baru di dalam cerita ni (kecuali konsep escape rooms ja lah kot). Sejak depa mula-mula masuk bilik yang pertama lagi aku dah taw dah yang hanya seorang-dua ja yang akan tinggal di akhirnya, dan depa akan berjumpa dengan orang yang kontrol game Minos tu. Cuma nak taw sama ada orang yang kontrol tu bunuh depa ka dak ja bila depa bersemuka. Filem ni agak setia kepada format filem-filem genre seram yang macam ni, dimana beberapa strangers dikurung dan dipaksa buat benda sama-sama untuk keluar. Jadi tak banyak sangat inovasi yang mengujakan dari segi penceritaan yang filem ni buat.

Ending cerita ni pun agak mengecewakan, dimana dua orang yang berjaya keluar daripada Minos berjumpa kembali selepas enam bulan. Taylor membentangkan kepada Ben dimana markas Minos yang sebenar, dan dia berjaya memujuk Ben (selepas pujukan yang tersangatlah minimal) untuk ikut dia ke Manhattan untuk membalas dendam keatas kematian rakan-rakan mereka yang lain di dalam escape room yang mereka berjaya keluar enam bulan lepas. Nampak sangat yang filem ni nak set up sekuel cerita ni, dan ia dibuat dengan cara yang, pada dapatan aku, tak berapa nak ada taste dan tak bagi ruang kepada penonton untuk buat konklusi mereka sendiri.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, aku tak benci filem ni, tapi aku masih tak rasa macam dia cukup baik untuk aku cadangkan kepada orang untuk pergi luangkan masa untuk tengok di pawagam. Dia lebih sesuai jadi filem yang akan dipasang kat TV masa ada tetamu mai rumah waktu raya dan budak-budak yang takdak siapa yang boleh buat sembang boleh tengok. Cukup sekadar hiburan ringan, dan boleh tengok time bosan-bosan takdak benda lain nak buat, atau pasang kat background sementara kita dok lipat kain kat ruang tamu.

Skor: C+
KATALAKI: Suka layan sembang-sembang pasal movie ni, boleh layan jugak podcastOver Teh Tarik” kat Aiskacang.com.my pasal movie, meh klik SINI

Last modified: 7 February 2019