Esport Masuk Sukan SEA 2019!

Game, Tech

Minggu ini jenama Razer yang tidak asing lagi dikalangan gamer telah mengumumkan yang mereka akan menjadi official partner untuk esport bagi acara sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Philippine.

CEO Razer, Min-Liang Tan berkata yang pihak mereka jugak akan membantu Philippine Sea Games Organizing Committee (PhilSGOC) memastikan acara esport ini akan berjalan dengan lancar.

Pihak Razer dan PhilSGOC jugak akan duduk bersama dan berbincang untuk memilih permainan video mana yang sesuai dan akan dipertandingkan dalam acara sukan SEA 2019.

Untuk senarai penuh permainan video yang akan dipertandingkan, mereka menyatakan yang mereka akan mengeluarkan senarai rasmi dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini, hanya permainan video Mobile Legends: Bang Bang sahaja yang telah disahkan akan dipertandingkan di dalam sukan SEA 2019.

Sukan SEA 2019 Philippine merupakan acara sukan SEA pertama yang memasukan esport sebagai acara permainan rasmi. Ini sedikit sebanyak akan menaikan dan memberi expose yang lebih meluas kepada semua masyarakat tentang apa itu esport.

KATALAKI:  Makin menarik scene esport sekarang ni!

Last modified: 6 December 2018