TMJ Join Esports?!

Game, Tech

TMJ JADI PENASIHAT DIRAJA ESM!

Minggu ini pihak Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) telah merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan menjunjung kasih ke atas DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di atas perkenan untuk menjadi Penasihat DiRaja buat persatuan Esports Malaysia.

Dalam satu post di Facebook Page rasmi DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyatakan yang Baginda akan menasihati dan memberikan buah fikiran untuk mengangkat industri esports di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi dan lebih bagus dimasa akan datang.

Bersama-sama dengan TMJ semasa perjumpaan ini adalah En. Jufitri Joha dan juga En Muhammad Fadzli Hasan yang merupakan Presiden dan Timbalan Majlis Belia Malaysia. Turut bersama semasa perjumpaan ini adalah Presiden Majlis Belia Negeri Johor, En Sallehen Mohamad.

Diharapkan semua penggiat esports tanah air dapat terus memberikan sokongan kepada Persatuan Esports Malaysia agar penstrukturan, penyelarasan dan pembangunan sukan elektronik ini dapat digerakkan sehingga ke peringkat akar umbi.

BOSSKURR CARI AHLI WANITA!

Satu pasukan esports terkenal di Malaysia, Bosskurr Gaming kini dalam usaha untuk mencari beberapa bakat baru untuk bernaung dibawah nama Bosskurr Gaming. Ini termasuklah dalam bahagian livestream, pengurusan dan juga hiburan.

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, Bosskur Gaming telah menyatakan hasrat untuk mencari pemain Esports wanita untuk menyertai mereka dalam bahagian-bahagian terbaru organisasi Bosskur Gaming. Mereka juga menyatakan yang mereka akan mengadakan sesi temu duga dalam masa terdekat ini.

Bagi yang terpilih nanti, mereka akan dilatih sendiri oleh ahli-ahli pasukan Bosskur Gaming seperti Ahmad Fuad (Fredo) Razali, Mohd Faris (Soloz) Zakaria, Sofian (Penjahat) Sultan dan ramai lagi. Mereka semua akan dilatih dan dimasukan untuk menyertai kejohanan esports, livestream dan pengurusan.

Mereka yang terpilih mungkin akan dimasukan ke dalam dua bahagian esport mereka iaitu untuk Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile. So kalau korang ada makwe yang power main dua game ini bolehlah suruh dorang join interview Bosskurr Gaming buat nanti!

KATALAKI: Adakah TMJ akan buat satu pasukan Esports dia sendiri satu hari nanti?

Last modified: 24 July 2019