Evolusi Handphone, Mana Satu Korang Pernah Pakai?

Gadget, Tech

Kemajuan teknologi yang ada kat handphone sekarang ni dah macam-macam sangat dah. Sampai kita sendiri dah tak terkejar betapa canggihnya handphone zaman sekarang. Mana ada dah orang panggil handphone. Smartphone je sekarang ni.

Baru-baru ni pun ada keluar smartphone baru siap boleh lipat screen dia. Seram gak bila tengok screen boleh dilipat macam tu. Hari tu kami ada buat artikel pasal Samsung Galaxy Fold. Boleh usha jap kat sini.

Korang ingat lagi ke handphone pertama yang korang pernah guna masa mula-mula belajar pegang handphone? Mari kita throwback balik handphone apa yang pernah wujud zaman muda-mudi dulu.

Motorola StarTAC, 1996

Ini lah handphone flip pertama yang wujud kat dunia. Korang jangan blur lak tak tahu flip tu apa. Handphone yang boleh buka tutup kat bahagian atas tu dipanggil flip. Ada yang sempat pakai?

Nokia 5110, 1998

Mesti ramai yang pernah pakai handphone ni dulu. Bayangkan handphone Nokia 5110 ni letak kat dalam poket seluar. Kalau salah duduk boleh senak. Nokia 5110 ni dihentikan pengeluaran pada tahun 2000, digantikan dengan Nokia 3210.

Nokia 8210, 1999

Dengan Nokia 8210 lah bermulanya ramai yang suka tukar handphone casing. Macam-macam warna ada. Game Snake pun tengah famous masa ni. Nokia 8210 ni juga dilengkapi dengan teknologi infrared. Siap boleh main game Snake dengan member guna infrared.

Nokia 3310, 2000

Salah satu handphone yang paling berjaya yang pernah dikeluarkan oleh Nokia. Siapa je yang tak pernah tahu atau tak pernah pakai the legendary Nokia 3310? Casing untuk handphone ni boleh gak diubah suai mengikut warna kegemaran pengguna. Casing yang transparent pun ada. Pada tahun 2017, Nokia keluarkan balik Nokia 3310 dengan versi yang baru.

Nokia 3310 (2017)

Nokia 5210, 2002

Ni antara handphone yang paling cool, gagah dan tahan lasak masa ni. Casing untuk Nokia 5210 ni siap boleh buka atas dan bawah. Yang jenis casing atas pakai warna lain, bawah pakai warna lain pun ada. Nokia 5210 ni gak dilengkapi dengan beberapa aplikasi kemudahan antaranya Calculator, Countdown Timer, Stopwatch dan ada gak game Space Impact. Korang ingat lagi tak cane game Space Impact tu?

Space Impact

Nokia N-Gage, 2003

Hasil gabungan PDA, Handphone dan Game, Nokia keluarkan N-Gage yang pernah menjadi dambaan setiap gamer kat dunia ni. Dulu siapa yang ada handphone ni kira gempak la. Tapi siapa yang pernah pakai N-Gage ni dulu mesti tahu handphone ni ada banyak masalah. Sebab banyak sangat complain, Nokia keluarkan Nokia N-Gage QD pada tahun 2004.

Ada gak yang gigih simpan duit raya semata-mata nak beli Nokia N-Gage ni. Handphone ni gak antara pesaing terhebat Game Boy Advance masa tu.

Nokia 6600, 2003

Handphone ni juga dikenali sebagai Nokia Sabun kat Malaysia. Nokia Sabun ni gak antara handphone terawal yang dilengkapi dengan kamera. Masa ni la 3GP sangat famous kat Malaysia. Ehemm. Lagu format MP3 pun boleh dimainkan kat handphone ni.

Motorola Razr V3, 2005

Handphone flip yang paling cool dan stylo pernah wujud kat dunia ni. Disebabkan handphone ni disukai ramai dengan reka bentuk yang fashionable, banyak filem yang gunakan Motorola Razr V3 ni antaranya filem The Devil Wears Prada.

The Devil Wears Prada

Nokia 7610, 2004

Kalau sebut Nokia 7610 susah korang nak ingat. Handphone ni dulu famous dengan gelaran Nokia Daun. Korang dah ingat belum? Boleh simpan beribu-ribu MP3 dalam Nokia Daun ni. Nokia 7610 atau Nokia Daun ni gak merupakan handphone pertama yang ada kamera dengan keupayaan 1 megapixel. Masa tu 1 megapixel dah kira gempak dah brader.

KATALAKI: Handphone mana satu yang korang pernah pakai dan masih lagi boleh guna sampai sekarang?

Last modified: 6 March 2019