FaceApp: Bukti Lelaki Semakin Macho Masa Tua

Sembang

Kalau ada antara korang yang tak pernah lagi terjebak dengan aplikasi terbaru FaceApp, untuk menampakkan muka kita bila dah tua nanti macam mana, korang memang seorang pengguna media sosial yang hebat. Kenapa hebat lak? Sebab satu dunia tengah gilakan aplikasi FaceApp sekarang ni kecuali korang. Bukan kat Malaysia je FaceApp ni popular.

Kalau yang tak pernah lagi sentuh aplikasi FaceApp ni, FaceApp membolehkan pengguna mengubah muka masing-masing menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI) sama ada nak nampak muka lebih berusia, lebih muda, ubah penampilan muka dan boleh gak tambah senyuman untuk muka yang tak reti nak senyum.

Image Via : theverge.com

Aplikasi FaceApp ni juga sebenarnya dicipta oleh sebuah syarikat berteknologi tinggi yang berasal dari Rusia. Mungkin sebab tu gak lah baru-baru ni timbul isu mengenai gambar-gambar yang disimpan oleh FaceApp.

Salah satu punca kenapa aplikasi FaceApp ni menjadi kegilaan manusia satu dunia sekarang ni disebabkan mutu gambar yang dihasilkan memang dahsyat. Senang cerita memang nampak real lah gambar muka tua tu. Tapi korang tahu tak kenapa dengan mudah aplikasi FaceApp boleh hasilkan gambar sehebat tu?

Berbeza dengan aplikasi gambar yang lain, gambar yang dihasilkan oleh FaceApp bukan diproses melalui smarthphone korang. Tapi gambar yang korang upload ke dalam aplikasi FaceApp tu akan dihantar ke server FaceApp untuk diproses dan menghasilkan gambar yang bermutu tinggi kepada pengguna. Sebab tu la gambar muka tua korang tu nampak real habis.

Image Via : express.co.uk

Disebabkan baru-baru ni media sosial banjir dengan gambar muka tua yang dihasilkan oleh FaceApp, muak gak lah bila kita scroll timeline asyik nampak muka berkedut je. Tapi kami perasan, muka lelaki nampak lebih macho dan elok berbanding perempuan yang gunakan aplikasi FaceApp ni. Korang setuju ke tak? Mari kita tengok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Guetta (@davidguetta) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ludacris on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Manchester City (@mancity) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gordon Ramsay (@gordongram) on

Jom kita tengok lak gambar FaceApp yang dimuat naik oleh selebriti wanita popular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

KATALAKI: Susah gak nak cari selebriti wanita yang berani untuk post gambar FaceApp kat media sosial.

Last modified: 22 July 2019