Facebook Horizon – Macam Hidup Dalam Movie Ready Player One!

Gadget, Tech

Seperti yang korang tahu, sebelum ini pihak Facebook pernah memperkenalkan Facebook Space, satu tempat yang mana korang boleh menggunakan teknologi VR untuk berborak dengan rakan-rakan korang di Facebook dan juga Oculus Rooms dimana tempat untuk korang bermain permainan video secara VR di Facebook.

Dan baru-baru ini semasa Oculus Connect 6, Mark Zuckerberg telah mengumumkan Facebook Horizon, satu platform yang dianggap sebagai social VR world. Untuk memberikan tumpuan pada platform baru ini, Mark turut memberitahu yang Facebook Space dan Oculus Rooms akan ditamatkan perkhidmatan bemula 25 Oktober 2019.

Di dalam Facebook Horizon, korang boleh mencipta Avatar korang sendiri. Terpulang kepada korang nak design macam mana korang punya Avatar. Korang juga boleh bergerak bebas dalam Facebook Horizon dengan menggunakan portal yang disediakan.

Selain bersiar-siar dalam dunia Facebook Horizon, terdapat beberapa permainan video VR yang korang boleh cuba, membina komuniti korang sendiri dan melakukan event secara virtual reality di dalam dunia Facebook Horizon ini bersama dengan rakan-rakan korang.

Antara permainan video VR yang akan dibawa masuk ke Facebook Horizon adalah Wing Strikers, sebuah permainan video multiplayer yang membolehkan korang mengawal kapal terbang sambil berlumba dan berlawan dengan kawan-kawan korang. Korang juga boleh create mode korang sendiri dengan menggunakan World Builder tools.

Image Via: https://uploadvr.com

Kalau korang tengok cara dorang iklankan Facebook Horizon ini, aku merasakan ini adalah benda terdekat yang kita boleh dapat untuk merasakan pengalaman seperti dalam movie Ready Player One. Tapi satu benda yang korang perlu tahu, korang memerlukan peranti Oculus Quest ataupun Oculus Rift S untuk menikmati pengalaman ini. Pihak Facebook menyatakan yang Facebook Horizon akan membuka BETA bermula tahun hadapan. Korang yang berminat boleh mula signup dekat SINI.

KATALAKI: Lepas ini orang lagi tak keluar rumahlah cerita dia!

Last modified: 8 October 2019