Fake Atau Real Video Hazard, Salah & Messi

Sembang

Ada tiga video dalam masa seminggu ni yang menarik perhatian peminat-peminat bola sepak satu dunia. Tak pasti sama ada video-video ni gunakan camera trick atau CGI, tapi kalau betul, memang bapak power Eden Hazard, Lionel Messi dengan Mo Salah ni. Cuba kita tengok balik video-video ni, rasanya memang real ke tak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chelsea FC (@chelseafc) on

Kalau korang masih tertanya-tanya, yang paling tak reti nak timbang bola ragbi tu namanya Jorginho. Apa komen korang dengan video ni? Memang betul-betul ke Hazard berjaya timbang bola ragbi sampai siap boleh aim tiang gol?! Wadehel. Sebelum ni David Beckham pun pernah ada video macam ni pada tahun 2011.

Lepas keluar video Eden Hazard, tak lama lepas tu, keluar pula video daripada Mo Salah. Video David Beckham dan Mo Salah iklan yang ditaja oleh syarikat yang sama, Pepsi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

Nampak macam real kan? Ke memang real? Kita pun tahu macam mana powernya kalau Mo Salah control bola. Tak mungkin la Mo Salah tipu. Tipu dosa. The G.O.A.T dah tengok video Eden Hazard dengan Mo Salah ni mana boleh duduk diam brader. Yang terbaru, Lionel Messi pun ada gak keluarkan video trick shot, juga ditaja oleh Pepsi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

KATALAKI: Kalau real pun mesti dorang dah practice dulu kan nak bagi betul-betul jadi. Berapa kali agaknya dorang record sebelum release video ni?

Last modified: 25 February 2019