Fakta² Menarik Peninju Tersohor – Muhammad Ali

Sembang, ZAP, ZeKool

Nama Muhammad Ali sememangnya tidak asing lagi dalam dunia sukan tinju atau boxing. Sewaktu kematiannya pada 3 Jun 2016, dunia betul-betul merasai kehilangannya sebagai peninju terhebat yang pernah hidup di muka bumi ini. Beliau bukan sahaja dikagumi dengan aksi lincahnya di dalam gelanggang, malah dihormati juga kerana sikapnya yang disenangi ramai orang. Jadi kali ni kita explore sikit apa fakta-fakta menarik tentang peninju tersohor ini. Aku yakin ada di antara fakta-fakta ni yang korang tak tahu pun.

JADI PENINJU TERHEBAT SEBAB BASIKAL HILANG

Dikatakan semasa Muhammad Ali berusia 12 tahun, basikalnya telah dicuri ketika dia pergi ke kedai untuk menikmati beberapa popcorn, hot dog dan gula-gula percuma. Beliau pun terus melaporkan kepada pegawai polis tentang kecurian basikalnya. Pegawai polis ketika itu, Joe Martin, yang juga merupakan seorang pelatih tinju di pusat komuniti mencadangkan agar Muahammad Ali yang sedang kecewa basikalnya dicuri itu untuk belajar seni bela diri tinju.

Dari situ lah bermulanya perjalanan kariernya sebagai seorang peninju, di mana Joe Martin yang mula-mula melatihnya. Enam minggu selepas itu, Muhammad Ali memenangi pertarungan pertamanya. Walaupun basikalnya tidak ditemui semula selepas itu, ketika umurnya 18 tahun, beliau telah merebut dua gelaran Golden Gloves peringkat kebangsaan, dua gelaran Kesatuan Atletik Amatur dan menang 100 perlawanan. Selepas tamat pengajian sekolah menengah, Muhammad Ali berangkat ke Rom, Itali dan memenangi pingat emas bagi kategori light heavyweight di Olimpik Musim Panas pada tahun 1960.

TAKUT UNTUK ‘TERBANG’

Menurut tulisan daripada autobiografi Muhammad Ali pada tahun 1975 yang berjudul “The Greatest: My Own Story,” beliau menyatakan bahawa peristiwa di mana beliau melalui pengalaman ngeri menaiki kapal terbang pada lewat 1950-an yang telah membuatkan beliau takut untuk terbang lagi. Menurut catatannya, ketika perjalanannya dari Louisville ke Chicago, cuaca agak buruk sehingga mengakibatkan kapal terbang yang dinaikinya bergoncang kuat sampai tercabut skru tempat duduk. Dikatakan juga semasa sukan Olimpik Musim Panas 1960, jurulatihnya terpaksa menyakinkannya bahawa penerbangan mereka akan selamat. Sehinggakan Tentera Udara Amerika Syarikat juga terpaksa menyakinkan Muhammad Ali, dan beliau tidak akan terbang tanpa adanya payung terjun udara. 

PERNAH LAWAN SUPERMAN, DAN JUGA MENJADI HERO SEBENAR

Pada tahun 1978, komik DC telah menerbitkan kisah “Superman vs. Muhammad Ali,” di mana dalam komik tersebut peninju tersohor itu berjaya mengalahkan Superman dan menyelamatkan dunia. Tapi itu hanya cerita fiksyen. Dalam dunia sebenar juga beliau layak digelar superhero apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pemuda berusia 21 tahun daripada cubaan bunuh diri. Pada tahun 1981, seorang pemuda berjaya diselamatkan oleh Muhammad Ali selepas beliau memujuknya untuk tidak terjun daripada bangunan sembilan tingkat. Memang betul-betul superhero!

PANDAI BUAT MAGIC

Selain pandai bertinju, beliau juga pandai buat magic. Salah satu magic kegemarannya adalah membuat sapu tangan sutera hilang dari tangannya. Banyak juga silap mata lain yang beliau boleh buat, tapi muslihat paling terkenal adalah magic yang membuatkan beliau nampak seperti terapung ke udara. Alah magic yang David Copperfield selalu buat tu yang buat dia nampak macam terbang. Muslihat silap mata ni lah yang selalu disebut oleh David Copperfield sebagai muslihat ‘klasik.’ 

PARKINSON TIDAK MENGHALANGNYA UNTUK TERUS MENJADI HEBAT

Pada tahun 1984, Muhammad Ali disahkan menghidap penyakit Parkinson, iaitu tiga tahun selepas beliau bersara dari dunia tinju. Walaupun pergerakan dan percakapan beliau terbatas, beliau terus menjadi tumpuan orang ramai, serta mengembara ke negara-negara lain untuk kerja-kerja kebajikan. Beliau juga pernah diberi penghormatan dan membuat kemunculan mengejut semasa pembukaan sukan Olimpik Centennial di Atlanta pada tahun 1996. Pada tahun 2005, beliau menerima anugerah ‘Presidential Medal of Freedom’ daripada Presiden George W. Bush.

KATALAKI: Siapa pernah tengok Muhammad Ali punya perlawanan? Dia punya skills tu lain macam.

Last modified: 8 July 2020