Fakta² Rare Ultraman Yang Mengejutkan

Sembang, ZAP, ZeKool

Ultraman pertama kali diperkenalkan sebagai sebuah siri live action pada tahun 1966 oleh Tsuburaya Production. Sekitar tahun 1990-an sehingga awal tahun 2000, watak Ultraman ni boleh dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan kanak-kanak masa itu. Kalau ada yang tak tahu lagi, Ultraman ni sebenarnya gabungan daripada manusia dan juga makhluk asing bergelar Ultra. Makhluk asing Ultra ni merupakan sejenis cahaya, jadi ia memerlukan satu jasad untuk dijadikan sebagai host untuk melawan raksasa-raksasa jahat. Jadi sebab tu korang nampak adiwira Ultraman semua bermula daripada manusia yang bertukar menjadi Ultraman menggunakan alat khas.

Sejak Ultraman diperkenalkan dan mula menjadi popular, daripada satu jenis Ultraman, sekarang dah ada lebih 20 jenis Ultraman yang hebat-hebat. Ultraman Malaysia yang diberi nama ‘Ultraman Ribut’ pun ada hasil kerjasama Tsuburaya Production dengan Les’ Copaque Production. Yang menariknya, ‘Ultraman Ribut’ ni punya fight skill memang diilhamkan daripada seni bela diri silat. Aku rasa korang pun banyak benda tak tahu lagi pasal Ultraman, so jom kita tengok apa lagi fakta-fakta yang mengejutkan tentang Ultraman.

BERMUSUH DENGAN POWER RANGERS

Musuh tradisi antara francais yang popular ni memang biasa berlaku, contohnya macam antara Marvel dengan DC, dan juga Star Wars dengan Star Trek. Di Jepun pula, musuh tradisi yang terbesar berlaku antara Ultraman dan juga Super Sentai, atau lebih dikenali sebagai Power Rangers. Antara kedua-duanya berlawan untuk menjadi siri live action yang paling diminati di Jepun. Agak-agak siapa yang menang? Kalau mengikut populariti di Jepun, tentunya Ultraman lebih popular. Tapi siri Power Rangers juga sangat popular di peringkat antarabangsa. Mungkin masing-masing ada fan-base yang tersendiri.

ULTRAMAN ADA ‘MULTIVERSE’ SENDIRI

Nani?! Ni dah sama level dengan Marvel dan DC siap ada multiverse sendiri. Dikatakan dalam Ultraman multiverse terdapat beberapa universe yang setiap satunya mengandungi satu atau banyak Ultraman yang berbeza. Maksudnya Ultraman yang banyak-banyak ni tak tinggal dalam satu universe. Pada asalnya perkara ini telah diberi hint dalam siri Ultra Q dan juga Ultraman Tiga. Dalam filem Ultraman Zero yang bertajuk ‘Ultraman Zero The Movie: Super Deciding Fight! The Belial Galactic Empire,’ teori tentang multiverse ini telah disahkan betul. Kini, konsep ‘Ultra Multiverse’ digunakan dalam siri terbaru Ultraman seperti Ultraman Saga dan Ultraman X.

PEMEGANG REKOD DUNIA

Pada tahun 2013, Ultraman menerima award daripada Guinness World Record kerana menjadi siri televisyen paling banyak spin-off iaitu sebanyak 27 buah siri. Di Jepun, siri kedua yang paling banyak spin-off adalah siri Kamen Rider iaitu sebanyak 23 buah siri. Nampaknya masih belum ada francais atau produksi lain yang boleh merampas award Ultraman ni dan mungkin akan dipegang oleh Ultraman dalam masa yang panjang.

PERNAH KENA CENSORED DI MALAYSIA

Tak pasti lah korang tahu ke tak, tapi Ultraman pernah kena censored dekat Malaysia satu ketika dahulu. Ia berlaku sekitar tahun 2014 dimana dalam salah satu komik Ultraman yang bertajuk ‘Ultraman: The Ultra Power,’ satu muka surat yang memaparkan profil karakter Ultraman King telah mencetuskan kontroversi di Malaysia. Dalam profil tersebut, ada menyebut bahawa Ultraman King dianggap sama hormatnya seperti ‘Allah,’ yang mana ia cuba memberi maksud Ultraman King ni adalah ketua kepada semua Ultraman yang ada. Disebabkan ramai penduduk Islam di Malaysia marah dengan perkara tersebut, maka komik Ultraman itu telah di haramkan terus. Walaupun Ultraman sangat terkenal di Malaysia, nampaknya tak terlepas daripada unsur-unsur yang sensitif. 

ASALNYA NAK BUAT CERITA SERAM…

Dikatakan francais Ultraman bermula daripada satu siri seram berkonsepkan sci-fi yang berjudul ‘Ultra Q.’ Siri seram ini dikatakan ilham daripada siri The Twilight Zone yang popular di Amerika Syarikat. ‘Ultra Q’ menceritakan tentang watak utama yang berdepan dengan perkara-perkara paranormal seperti hantu dan makhluk asing. ‘Ultra Q’ sepatutnya menceritakan tentang pelbagai kejadian paranormal, tetapi raksasa seperti Godzilla lebih dikenali dalam siri tersebut. Selepas tamat 28 episod, Tsuburaya pun menukar fokus produksinya dan mencipta siri terbaru yang memaparkan raksasa-raksasa besar. Hasilnya, tercipta lah watak dan siri popular Ultraman.

KATALELAKI: Tak tahu lah budak zaman sekarang tengok lagi ke tak Ultraman ni, tapi Ultraman yang agak popular dulu adalah Ultraman Tiga…

Last modified: 27 July 2020