Fakta-Fakta Tentang Dragon Ball Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

Sembang

Bagi korang yang lahir pada tahun 90an, semestinya korang selalu tengok anime Dragon Ball semasa korang kanak-kanak. Aku ingat lagi aku sanggup bangun pukul 9 pagi pada hari sabtu dan ahad untuk tengok Dragon Ball dekat TV.

Dragon Ball telah dicipta oleh Akira Toriyama pada tahun 1984. Siri Dragon Ball kemudiannya telah dibukukan dalam Weekly Shonen Jump dari tahun 1984 sehingga tahun 1995. Anime ini sememangnya sangat popular diseluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat dan juga Brazil. Jadi hari ini aku ingat aku nak share beberapa fakta tentang Dragon Ball yang mungkin korang pun tak tahu.

NAMA SEBENAR ANDROID 17 & 18

Android 17 dan Android 18 merupakan cyborg yang dicipta oleh Dr. Gero untuk menentang Goku tapi tidak berjaya. Kalau korang nak tahu, Android 17 dan Android 18 ada nama sebenar dorang sendiri. Nama sebenar Android 17 adalah Lapis dan nama sebenar Android 18 adalah Lazuli.

Korang pun tahu yang Krilin telah berkahwin dengan Android 18 jadi ini bermaksud Android 17 adalah abang ipar kepada Krilin dan Dr. Gero merupakan bapa mertua kepada Krilin. Sampai hari ini aku masih tak faham macam mana Krilin boleh dapat kahwin dengan Android 18 hahahah!

UMUR MASTER ROSHI

Semasa tamatnya Dragon Ball Z, Master Roshi yang merupakan seorang manusia biasa berumur 354 tahun! Master Roshi dapat hidup lama kerana dia telah memakan Immortality Elixer. Namun Immortality Elixer ini cuma boleh memanjangkan umur dan bukannya membuatkan dia tidak boleh mati.

Master Roshi telah mati semasa dia menggunakan Evil Containment Wave ketika dia berlawan dengan King Piccolo. Namun dia kemudiannya telah dihidupkan kembali dengan menggunakan Dragon Ball. Walaupun dah tua, perangai gatal dia still macam gitu juga!

LAUNCH

Korang ingat lagi tak watak Launch? Kalau korang tak ingat, Launch merupakan seorang wanita yang lemah lembut tapi akan bertukar menjadi wanita yang garang setiap kali dia bersin! Dalam siri pertama Dragon Ball, watak Launch boleh dilihat selalu ada dalam setiap episode.

Namun dalam siri Dragon Ball Z, watak Launch tidak kelihatan langsung dan ini membuatkan peminat tertanya-tanya apa yang terjadi kepada watak tersebut. Ketika ditanya tentang apa yang terjadi kepada watak Launch, Akira memberitahu dia terlupa yang watak Launch wujud dan disebabkan itu ia tidak pernah muncul langsung dalam Dragon Ball Z!

KAMEHAMEHA!

Dalam tiga series pertama Dragon Ball iaitu Dragon Ball, Dragon Ball Z dan juga Dragon Ball GT, Goku telah menggunakan kuasa Kamehameha sebanyak 97 kali sahaja. Satu benda yang mungkin korang tak tahu adalah Goku sebenarnya mempunyai emak dan nama emaknya adalah Gine.

Semasa voice over untuk suara Goku dalam episode Goku berubah menjadi Super Saiyan Level 4 untuk siri Dragon Ball GT, pelakon yang menyumbangkan suara untuk watak Goku dalam Bahasa Inggeris iaitu Sean Shemmel telah pengsan akibat menjerit terlalu lama!

GOKU VS FRIEZA

Watak Frieza dan kumpulannya iaitu The Galactic Trade Organization telah dicipta berdasarkan satu pekerjaan yang paling dibenci oleh Akira iaitu Real Estate Agent. Sebab itu dalam siri Dragon Ball, korang boleh nampak yang Frieza akan pergi ke setiap planet dan takluki planet tersebut sebelum menjualnya dalam Galactic Auction.

Satu lagi yang korang perlu tahu adalah scene perlawanan antara Goku dan Frieza dalam Dragon Ball Z adalah sepanjang empat jam! Ini membuatkan babak perlawanan Goku dan Frieza merupakan babak perlawanan terpanjang dalam mana-mana siri Anime!

KATALAKI: Bilalah agaknya dorang nak buat balik live action Dragon Ball?

Last modified: 10 January 2020