Fakta Filem The New Mutants Yang Korang Wajib Tahu

Sembang

Filem The New Mutants merupakan salah satu filem yang menjadi mangsa bencana wabak COVID-19 selepas terpaksa ditunda tarikh tayangan, yang sepatutnya dijadualkan memulakan tayangan pada 2 April 2020 di Malaysia. Tarikh tayangan baru untuk filem The New Mutants belum lagi ditetapkan oleh Disney buat masa ni.

Disebabkan filem The New Mutants dah banyak kali sangat kena tunda, sebelum ni pernah kena tunda sebab Fox dibeli oleh Disney, lepas tu kena tunda lagi untuk bagi laluan kepada filem-filem Disney yang lain, jadi memang sesuai lah untuk kita penuhkan dulu info mengenai filem The New Mutants dalam kepala sementara menunggu tarikh tayangan baru yang akan diumumkan oleh Disney nanti.

APA KENA-MENGENA DENGAN X-MEN

Filem The New Mutants merupakan filem terakhir untuk siri filem X-Men yang bermula pada tahun 2000 dan menandakan tamatnya zaman X-Men yang pernah melibatkan pelakon ternama antaranya Hugh Jackman dan Patrick Stewart.

Pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem The New Mutants semuanya pelakon-pelakon baru antaranya Maisie Williams yang sebelum ni pernah popular dengan drama bersiri Game of Thrones.

Selain tu, Charlie Heaton yang popular menerusi drama bersiri Stranger Things juga terlibat untuk memegang salah satu watak penting dalam filem The New Mutants.

JALAN CERITA

Filem The New Mutants diadaptasikan daripada sebuah komik yang menggunakan tajuk yang sama, diterbitkan pada tahun 1982. Menceritakan tentang sekumpulan remaja mutant yang dikurung di dalam sebuah tempat, baru kenal superpower masing-masing dan cuba untuk lari daripada dikurung. Kalau korang tengok trailer filem The New Mutants, boleh nampak ada unsur-unsur seram yang cuba ditampilkan, berbeza dengan filem-filem X-Men sebelum ni.

PENGARAH POWER TAK?

Filem X-Men sebelum ni, kebanyakkannya diarahkan oleh pengarah terkenal, Bryan Singer yang pernah mengarahkan filem Valkyrie dan Bohemian Rhapsody.

Tapi, untuk filem yang terbaru, The New Mutants diarahkan oleh Josh Boone yang mula dikenali selepas mengarahkan filem The Fault in Our Stars pada tahun 2014.

KATALAKI: Filem Dark Phoenix yang ditayangkan pada tahun 2019 tak berapa laku dan dikritik. Ada lagi ke yang masih minat dengan filem X-Men?

Last modified: 21 March 2020