Fakta! French Fries Bukan Dari Perancis

Collab, Sembang, SuperDeals

SuperDeals

Mengikut sejarah, dah banyak benda-benda yang diciptakan didunia ini hasil dari negara Perancis seperti belon udara panas, mesin jahit dan banyak lagi. Negara Perancis juga siap berikan Status of Liberty kepada Amerika Syarikat. Cuma dalam banyak-banyak hasil ciptaan, ada satu perkara yang tidak pernah pun datang dari negara Perancis, iaitu snek kegemaran ramai “French Fries”. Ada yang nipis, ada yang besar ibu jari, ranggup, menyelerakan dan sangat mudah untuk dijamah. French fries selalu menemani kita dalam apa jua masakan western yang kita makan, ada yang dalam burger, fish and chips(dah nama pun chips kan?).

Senang citer, French fries ni ibarat sidekick untuk naikkan lagi selera makan kita. Tapi dari mana asal usul French fries, dan memang ianya datang dari Perancis ke?

KENTANG GORENG BUKAN DARI PERANCIS

Image via: https://www.flickr.com/

Untuk jawab persoalan yang mungkin korang tak pernah terfikir ni, jawapannya TIDAK! makanan ringan yang kita dok selalu makan ni sebenarnya tidak pernah pun diciptakan ataupun berasal dari Perancis. Ada beberapa ahli sejarah yang berpendapat dan mengatakan yang French fries yang kita dok makan selama ini bukannya datang dari negara Perancis tetapi ianya hasil ciptaan dari negara Belgium. Ya, ianya hasil ciptaan warga negara Belgium.

French fries ataupun kentang goreng ini adalah sejenis masakan yang diciptakan oleh penduduk di Belgium, dan ianya merupakan masakan yang diciptakan pada lewat abad ke-1600. Penduduk Belgium selalunya akan menghiris kepingan ikan yang mereka tangkap dengan nipis, goreng dan memakannya sebagai makanan ringan. Tetapi apabila tiba musim sejuk, para penduduk tidak dapat menangkap ikan kerana faktor sejuk dan sungai menjadi beku, maka mereka mengantikan ikan dengan kentang. Mengunakan konsep yang sama, mereka akan hiris kepingan kentang tersebut dan goreng. Maka dari situlah permulaan hasil ciptaan resepi kentang goreng.

ASAL USUL NAMA FRENCH FRIES?

Macam mana pula boleh kaitkan dengan Perancis? Ini yang jawapan yang membuatkan sejarah French fries menjadi lebih menarik. Ketika perang dunia pertama (World War 1), tentera Amerika Syarikat yang ditugaskan di Belgium telah menemui makanan orang Belgium ini, dan bahasa rasmi komunikasi pengantara yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika itu adalah bahasa Perancis. Tentera-tentera tersebut memberikan nickname untuk kentang goreng tersebut sebagai “French fries”. Nama gelaran untuk Kentang goreng tersebut melekat sebagai “French fries” sehingga hari ini dan kita semua telah menyebut nama negara yang tidak menciptakan french fries.

KENTANG CICAH AISKRIM!

Selain daripada cili sos, sos thousand island atau mayonis, kalau di Malaysia pula (atau negara-negara asia mungkin), kebanyakkan kita akan memakan French fries dengan cara yang paling unik sekali, iaitu cicah French fries dengan aiskrim sundae Mcdonald. Ya, mungkin juga ada yang merasakan pelik dan ada yang tak pernah try, tapi untuk pengemar aiskrim dan French fries, ini adalah antara cara yang paling terbaik dan mantul untuk kita makan dua benda favourite ini. Kalau tak pernah try, silalah cuba. Tak kisah la aiskrim daripada mana sekali pun atau French fries daripada masakan restoran mana sekali pun. Kalau nak gambarkan rasa dia, ianya seperti makan aiskrim dengan roti oblong. Rasa dia pergh! Nikmat tak terhingga lah.

Jika korang ke negara Belgium, rakyat disana akan memakan French fries dengan kerang yang dimasak atau dengan telur goreng. Kalau kat United Kingdom pula, french fries dikenali sebagai pasangan ideal dalam masakan fish and chips. Kalau kat negara tengah timur pula, kentang goreng digulung dalam roti pita dan ayam.

Image via: https://www.superdeals.com.my

Bila dah citer pasal French fries ni, mula la terbuka selera nak makan French fries kan? Ni Thelaki nak share dengan korang, satu penjimatan yang hebat lah. Untuk yang nak try Chili Cheese Fries + Crazy Nachos dan 2 pilihan air mocktail yang sedap, yang paling penting sekali, korang hanya barang RM33.10 sahaja daripada harga asal RM39. Murah kaw kaw weyh, nak tahu info lanjut dan kat mana nak dapatkan ini, korang boleh usha Superdeals.com.my, atau klik saja DISINI.

KATALAKI: Catchy juga sebenarnya kalau panggil French fries…

SuperDeals

Last modified: 24 January 2020