Fakta Khabib Nurmagomedov Wajib Tahu

Aktif

27 kemenangan, tak pernah seri dan tak pernah langsung kalah dalam UFC, nama Khabib Nurmagomedov mula meletup lepas Khabib berjaya tewaskan anak emas UFC, Conor McGregor dengan gerakan submission dalam pusingan ke-4 UFC 229 pada 6 Oktober 2018 lepas.

Sumber Gambar : www.youtube.com

Baru-baru ni pula Khabib ada post kat Instagram yang menguatkan lagi ura-ura Khabib akan bertinju dengan Floyd Mayweather. Floyd Mayweather yang sebelum ni juga pernah lauk Conor McGregor, memegang record 50 kemenangan tanpa kalah!

Sumber Gambar : www.instagram.com/khabib_nurmagomedov

Satu dunia pastinya menantikan perlawanan epik Khabib Nurmagomedov dan Floyd Mayweather yang memiliki kejaguhan fighting style tersendiri, wrestling dan boxing. Korang dah kenal betul-betul siapa Khabib Nurmagomedov? Ini antara fakta mengenai Khabib Nurmagomedov. Yang acah – acah dah kenal pun kena scroll bawah!

Wrestling

Sumber Gambar : www.bloodyelbow.com

Khabib mula belajar wrestling masa umur 8 tahun dan beralih ke judo masa Khabib umur 15 tahun. Khabib dilatih oleh bapanya sendiri, Abdulmanap, atlet terkenal di Rusia dan juga bekas tentera. Baru-baru ni viral video Khabib masa kecik berlatih grappling dengan seekor beruang! Beruang bro! Korang yang tak tengok lagi boleh tengok video bawah ni.

UFC

Sumber Gambar : www.mmafighting.com

Tahun 2011 Khabib join UFC lepas Khabib menang semua 7 perlawanan dengan TKO dan submission dalam Combat Sambo.

Semasa di UFC, Khabib menang semua perlawanan dan berjaya memegang gelaran UFC Lightweight Champion lepas tewaskan Al Iaquinta pada awal tahun 2018.

Start dari tu la Conor McGregor mula menyirap dengan Khabib sebab sebelum ni McGregor yang pegang title UFC Lightweight Champion!

Topi Khabib

Sumber Gambar : www.si.com

Sekali pandang memang seakan-akan rambut palsu. Tapi tu sebenarnya topi yang melambangkan maruah dan kegagahan keturunan Khabib. Topi Khabib ni juga dikenali sebagai Papakha (pronounced “puh-pah-hah”) diperbuat daripada bulu kambing biri-biri Karakul. Cristiano Ronaldo pun pernah try sarung topi ni.

First Time Ever Rakyat Rusia Dan Seorang Muslim Jadi UFC Champion

Sumber Gambar : www.mmafighting.com

Masa Khabib berjaya tewaskan Al Iaquinta dalam UFC 223, Khabib mencipta sejarah rakyat Rusia dan seorang muslim pertama yang dinobatkan sebagai UFC Champion.

Khabib Ada Seorang Isteri Dan Dua Orang Anak

Di sebalik personaliti Khabib yang buas di dalam The Octagon, Khabib juga seorang suami dan bapa yang penyayang kepada seorang isteri, seorang anak lelaki dan perempuan. Tapi Khabib tak pernah dedahkan keluarganya kepada media. Yang menariknya, anak lelaki Khabib lahir hari yang sama masa Khabib lawan Edson Barboza dalam perlawanan UFC 229.

Sumber Gambar : www.mmamania.com/ Gary A. Vasquez-USA TODAY Sports

KATALAKI: MMA makin famous kat Malaysia. Tak sabar nak tengok fighter Malaysia bertarung dalam The Octagon!

Last modified: 26 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *