Fakta Korea Utara Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

Sembang

Aku rasa sekarang ini semua orang dah tahu betapa seram dan teruknya negara Korea Utara atau selalu orang sebut, North Korea. Korang jangan terkeliru pula antara Korea Selatan dengan Korea Utara. Korea Selatan negara yang popular dengan lagu-lagu K-Pop tapi Korea Utara merupakan sebuah negara yang dikawal oleh diktator yang kejam!

via GIPHY

North Korea atau dikenali sebagai Democratic People’s Republic Of Korea yang terletak di utara Korea. Pyongyang merupakan ibu negeri untuk Korea Utara dan merupakan negeri terbesar di negara ini. Korea Utara dan Korea Selatan telah terpisah selepas diserang oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas Jepun menyerah kalah pada 1945, Korea Utara dan Korea Selatan gagal digabungkan kembali dan Korea Utara mengambil keputusan untuk menjadi negara mereka sendiri. Selain terkenal dengan sikap kejam presidennya, ada beberapa lagi fakta yang korang perlu tahu tentang Korea Utara.

NUCLEAR BOMB

Korea Utara telah menjalankan lima nuclear test sejak dari tahun 2006. Walaupun pakar bom dari negara barat mengatakan yang Korea Utara tidak mungkin dapat mencipta Nuclear Bomb yang cukup bahaya, namun ujian yang mereka lakukan pada tahun 2007 telah berjaya menghancurkan sebuah gunung dan nuclear ini dikatakan mempunyai kuasa sebanyak 100 kilotons!

Ujian nuclear yang dijalankan oleh Korea Utara ini juga telah menyebabkan negara-negara keliling mereka takut akan terjadinya radiation leaks yang mungkin dibawakan oleh angin. Ini menyebabkan negara yang terdekat dengan mereka iaitu China. Beberapa ujian bawah tanah yang dilakukan oleh Korea Utara juga dikatakan boleh menyebabkan gunung berapi Mount Paektu berlaku dan ini akan menyebabkan kematian kepada rakyat Korea Utara dan China.

RUNGRADO STADIUM

Korang tahu tak yang stadium terbesar di dunia terletak di Korea Utara? Stadium yang diberi nama Stadium Rungrado ini terletak di ibu negara Korea Utara iaitu Pyongyang. Stadium ini telah siap dibina pada 1 May 1989. Acara pertama yang diadakan di stadium ini adalah acara 13th World Festival of Youth Student.

Stadium yang sebesar 51 ekar dan mampu memuatkan sebanyak 114,000 manusia pada satu-satu masa. Pada akhir tahun 1990, beberapa orang general Korea Utara telah ditangkap kerana cuba untuk membunuh presiden Korea Utara, Kim Jongil. Mereka telah dihukum dengan hukuman dibakar hidup-hidup di Stadium Rungrado!

JENAYAH

Korea Utara sangat terkenal sebab cara dorang mengawal rakyat-rakyat dorang. Salah satunya adalah cara dia mengawal jenayah. Jika salah seorang rakyat dia ditangkap kerana melakukan jenayah, seluruh keluarga pelaku jenayah tersebut akan ditangkap dan dimasukan ke dalam penjara.

Ini kerana dorang percaya dengan melakukan undang-undang seperti ini, rakyat-rakyat lain akan takut untuk melakukan jenayah yang sama. Jika ada diantara dorang yang berjaya melarikan diri daripada penjara, seluruh ahli keluarga dorang akan dihukum bunuh! Kejam betul kerajaan dorang.

SELUAR JEANS

Satu benda yang dilarang di Korea Utara adalah memakai dan memiliki seluar jeans. Bagi kerajaan Korea Utara, seluar jeans merupakan simbol pemakaian orang Amerika Syarikat dan dengan mengeluarkan undang-undang ini menunjukan semangat anti-barat dan antiamerica.

Bukan itu sahaja, rakyat-rakyat Korea Utara telah diajar untuk membenci Amerika Syarikat sejak daripada dorang sekolah tadika lagi. Setiap buku dan lagu-lagu yang dorang nyanyikan mempunyai message antiamerica. Sebuah filem anti-america yang bertajuk Propaganda telah tersebar pada dunia luar. Segala benda buruk yang dibuat di Amerika Syarikat telah ditunjukkan di dalam filem ini bagi menunjukan kepada rakyat dorang yang masyarakat di Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang tidak bertamadun.

KATALAKI: Aku teringat filem The Interview, movie comedy yang Sony buat untuk kutuk Kim Jong Un. Korang pernah tengok tak?

Last modified: 16 June 2019