Fakta Menarik Mengenai TikTok

Sembang, ZeKool

Aplikasi media sosial terbaru yang mula mencabar populariti Instagram, Facebook dan YouTube iaitu TikTok semakin mula dikenali dan digunakan orang ramai termasuk lah rakyat Malaysia sejak penghujung tahun 2018. Ada yang kata TikTok merupakan sebuah aplikasi yang seakan-akan Vine, tapi versi yang lebih moden. Korang sempat tak merasa guna Vine?

TikTok dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di China, dikenali sebagai ByteDance yang ditubuhkan pada tahun 2012. Sebelum TikTok muncul, ByteDance mencipta sebuah aplikasi yang diberi nama Douyin, berfungsi sama macam TikTok, tapi hanya dipasarkan dan boleh digunakan di China.

Disebabkan ByteDance wajib mematuhi syarat yang ditetapkan oleh negara China ke atas bahan-bahan yang digunakan di Internet, pada tahun 2017, ByteDance mewujudkan sebuah aplikasi yang diberi nama TikTok untuk dipasarkan dan digunakan di seluruh dunia selain China. Maknanya kat China memang takde TikTok tapi dorang ada Douyin.

Selepas TikTok diwujudkan, ByteDance membeli aplikasi Musical.ly dengan harga yang mencecah lebih 1 Billion US Dollar untuk menggabungkan pengguna Musical.ly dan TikTok dalam satu aplikasi yang sama dan kekal menggunakan nama TikTok.

Sama macam Youtube dan Instagram, TikTok pun ada gak selebritinya yang tersendiri. Selebriti TikTok paling popular buat masa ni dah pun mempunyai followers lebih daripada 30 Juta iaitu Loren Gray, yang dah mula popular di Musical.ly sejak tahun 2015.

@lorengraypov ur my best friend and i’m trying to understand why no one likes me back♬ original sound – tiktok.comedy

Rasanya korang pun dah boleh perasan, ramai selebriti internet yang popular sama ada di YouTube atau Instagram dah mula berjinak-jinak dengan aplikasi TikTok sejak tahun 2019 antaranya otai Vine, Zach King, salah seorang pengguna TikTok paling popular kat dunia sekarang ni. Followers Zach King kat TikTok dah mencecah lebih 25 Juta.

@zachkingI’m blown away by how many of you have watched and supported my #magic videos this year on TikTok! Love all of you, see you in 2020! #newyear♬ original sound – zachking

Korang dah terbuka hati untuk buka akaun TikTok ke belum? Atau memang dah ada tapi korang sorok-sorok? Walau apa jenis atau secanggih mana pun aplikasi yang dah wujud atau akan wujud kat dunia ni, kita kena tahu gak ada batasan yang kita kena jaga di media sosial terutama sekali kepada adik-adik yang masih lagi di bawah umur. Mungkin ada sebab kenapa kerajaan China ketatkan undang-undang internet kat sana?

KATALAKI: Takut gak bila tengok sekarang ni banyak sangat bahan-bahan terlarang kat media sosial. Bro tak kuat.

Last modified: 17 January 2020