Fakta & Mitos Tentang Dunia Luncur Ombak

Collab, SuperDeals

Superdeals

Sukan luncur ombak atau surfing ialah satu sukan air yang melibatkan penunggang ombak yang dikenali sebagai peluncur ombak atau surfer menaiki sebuah papan surfboard sambil meluncur di hadapan permukaan atau dalaman ombak yang bergerak sehingga membawa peluncur ombak ke arah persisiran pantai. Antara ombak yang sesuai untuk sukan luncur air selalunya ditemui di lautan ataupun di tasik, sungai dalam bentuk ombak berdiri atau air pasang surut yang membentuk ombak air yang bergerak atau dikenali sebagai bena.

Peluncur ombak juga boleh surf mengunakan ombak buatan manusia yang mengunakan olak bot atau didalam kolam ombak buatan. Sukan surfing ni bukanlah sukan yang baru di Malaysia, tapi harini kami nak bentangkan kat korang semua tentang fakta dan mitos yang ada dalam sukan surfing. Jadi mari kita rungkaikan.

FAKTA: ADA 2 JENIS CARA SURFING

Untuk beberapa tahun yang dahulu, sukan luncur ombak atau surfing ini adalah sebahagian daripada budaya masyarakat Polynesia. Pada tahun 1778, sukan luncur ombak ini ditemui oleh seorang peneroka bernama Captain Cook. Terdapat 2 jenis luncur ombak dimana ianya mengunakan shortboard atau longboard. Pada awal kemunculan luncur ombak, para peluncur mengunakan longboard manakala kemunculan pertama shortboard di scene surfing adalah pada tahun 60an. Perbezaan antara 2 papan ini adalah dimana longboard dikatakan lebih mudah untuk dinaiki dan shortboard pula perlukan energy yang banyak untuk meluncur.

FAKTA: DEGREE UNTUK SURFING

University of Plymouth merupakan university pertama yang memberikan degree dalam bidang luncur ombak. Kini terdapat beberapa university yang memberikan course untuk surfing, antara perkara yang diajarkan adalah daripada sudut business industri surfing.

FAKTA: FILEM SURF PERTAMA MALAYSIA

Tahukah anda, scene surfing di Malaysia tidak kurang hebatnya. Kita juga pernah ada sebuah filem yang mengangkat tema sukan surfing. Filem yang dilakonkan oleh Shukri Yahya & Christine Suzanne. Harap-harap selepas ni ada lagi filem-filem yang bertemakan sukan seperti luncur ombak.

FAKTA: SURFING KE OLIMPIK

PENGURUS luncur ombak negara, Muhammad Faisal Daud (tengah) pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN).
Image via: https://www.bharian.com.my/

Antara sukan yang dinantikan ramai pada Summer Olympics tahun 2020 nanti adalah surfing. Ini adalah kemunculan pertama sukan luncur ombak yang akan dipertandingkan di temsya olimpik 2020. Selain sukan olimpik, buat pertama kalinya juga sukan luncur ombak akan menemui peminat di Sukan SEA 2019. Malaysia juga akan menghantar skuad luncur ombak negara yang yakin berpeluang cerah untuk meraih pingat dalam kesemua empat acara yang akan dipertandingkan nanti.

MITOS:  NAK SURF KENA FIT

Jika ada yang merasakan sukan luncur ombak ini untuk mereka yang berbadan fit, maka apa yang mereka rasakan untuk semestinya salah. Surfing, seperti sukan dan aktiviti lain juga memerlukan level fitness yang basic untuk melakukan pergerakan lasak ketika meluncur ombak. Tak semestinya kena fit atau berbadan sado untuk surf. Walaupun berbadan sederhana, korang masih lagi boleh belajar untuk luncur ombak.

Teringin nak surfing tapi malas nak pergi ke pulau ataupun tak nak travel jauh-jauh? Apa kata korang try dulu main indoor surfing Flowrider yang bertempat di One Utama Bandar Utama, yang paling best sekali adalah sesi untuk main ombak buatan mesin air ini korang hanya perlu bayar RM47 daripada harga asal RM55, boleh jimat sebanyak 15% tau! Nak cuba? klik KAT SINI.     

KATALAKI: Siapa selalu surf internet bertahun-tahun, kita geng!

Superdeals

Last modified: 21 November 2019