Fakta One Punch Man Korang Patut Tahu!

Sembang

Korang dah tengok One Punch Man Season 2 ke belum? Amacam dia punya story? Kalau korang tanya aku, aku agak kecewa sikit dengan dia punya animation untuk season 2. Tak secantik dan gempak macam season 1 punya animation tapi storyline dia still seronok macam season 1.

Aku tahu dalam followers TheLaki, ramai peminat-peminat anime One Punch Man jadi aku pun cubalah research beberapa fakta yang aku boleh dapat untuk tulis tentang anime One Punch Man and aku agak terkejut jugalah dengan fakta yang aku jumpa. Korang nak tahu? Teruskan baca article ini sampai habis!

SAITAMA=ONE

ONE merupakan nama samaran yang digunakan oleh pencipta asal webcomic One Punch Man. Kemudiannya pelukis manga terkenal, Yusuke Murata melukis kembali One Punch Man untuk dikeluarkan dalam bentuk manga. Kalau korang tengok anime dia, ia diadaptasi daripada manga tersebut dan bukannya daripada webcomic yang dikeluarkan oleh ONE.

Webcomic ini pada mulanya hanyalah hobi masa lapang ONE dan dia hanya melakukannya untuk seronok-seronok sama seperti Saitama, watak utama One Punch Man. ONE juga berkata kehidupan Saitama sama sama seperti kehidupannya. Dia terpaksa hidup dengan berjimat-cermat selepas dia berhenti berkerja dan fokus 100% untuk menghasilkan webcomic One Punch Man.

SAITAMA DESIGN

Saitama sememangnya dicipta berbeza daripada superherosuperhero lain yang banyak kita tengok dalam movie, anime dan manga. ONE saja mencipta Saitama dengan design yang paling simple sebagai parody kepada watak-watak superhero lain yang nampak lebih cool dan awesome.

Kalau korang tengok anime lain, selalunya watak-watak superhero dorang mesti ada custome dan rambut yang stylo tapi ONE saja membuatkan kepala Saitama botak dengan muka dia yang selalu blur. Tapi walaupun watak dia macam itu, orang ramai tetap minat dengan One Punch Man. Mungkin sebab orang lain dah bosan dengan superherosuperhero dengan design yang cool agaknya.

MOB PSYCHO 100

Tak pasti korang tahu atau tak tapi cerita Mob Psycho 100 dan One Punch Man telah dicipta oleh orang yang sama iaitu ONE. Kalau korang layan manga dan anime Mob Psycho 100, korang akan perasan banyak reference One Punch Man yang dorang letak dalam anime dan manga ini.

Yang paling aku tak boleh tahan adalah kedua-dua watak utama dalam anime One Punch Man dan Mob Psycho 100 mempunyai rupanya agak sama dan ekspresi muka dorang pun sama dengan muka yang sentiasa blur dan tak nampak macam ada superpower hahaha!

POPULARITY

Walaupun kita semua tahu Saitama adalah watak paling kuat dalam anime dan manga One Punch Man, tapi dia tidak popular macam watak-watak yang lain. Salah satu sebab adalah kerana ranking dia dalam Hero Association cuma sebagai superhero tahap C.

Dalam manga dan anime juga kita boleh tengok ramai orang yang tidak tahu tahap kekuatan Saitama yang sebenar. Di sebabkan dia cuma superhero tahap C, dia selalunya tidak diendahkan oleh rakyat biasa dan tidak dipanggil untuk melawan musuh-musuh level tinggi. Sebab itu dia selalunya akan datang sendiri lawan musuh-musuh ini dan selesaikan dengan hanya satu tumbukan.

ANPANMAN

Aku tak pasti korang pernah tengok atau tak anime Anpanman. Kalau korang nak tahu anime Anpanman ini merupakan anime lama yang dicipta pada tahun 1973 oleh Takashi Yanase. Anpanman merupakan satu watak superhero kanak-kanak dan sangat popular pada masa dulu.

Watak dan design Saitama sebenarnya diadaptasi daripada watak Anpanman. Sebab itu kalau korang tengok design custome dorang pun lebih kurang sama. Sebelum ini, cape pada custome Saitama sama dengan Anpanman iaitu berwarna merah namun ianya telah diubah menjadi warna putih apabila anime One Punch Man dikeluarkan.

KATALAKI: Bayangkan korang ada superpower macam korang, siapa orang pertama nak tumbuk dulu? hahaha!

Last modified: 26 June 2019