Fakta Penting Round of 16 UEFA Champions League 2019/20

Aktif, Bola, ZeKool

Sebanyak 16 pasukan bola sepak elit Eropah dah berjaya lepas halangan di perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League 2019/20 untuk layak ke peringkat seterusnya iaitu Round of 16. Pasukan dari Sepanyol dan England antara pasukan yang paling berjaya dalam kejohanan UEFA Champions League 2019/20 kali ni selepas 4 pasukan dari Sepanyol dan England yang bertanding di peringkat kumpulan, semuanya layak ke peringkat Round of 16. Kat bawah ni korang boleh tengok jadual penuh perlawanan Round of 16 UEFA Champions League 2019/20 yang bakal berlangsung pada Februari dan Mac tahun 2020.

Kalau nak dibandingkan dengan musim lepas, perlawanan Round of 16 musim 2019/20 ni nampak lagi puas hati memandangkan setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang sama kuat kecuali Juventus yang dijadualkan akan bertemu dengan lawan yang lebih mudah iaitu Lyon. Jadi, kali ni mari kita tengok fakta penting untuk perlawanan tumpuan Round of 16 UEFA Champions League 2019/20.

DORTMUND vs PSG

Kali terakhir Dortmund dan PSG bertemu di peringkat Eropah adalah pada tahun 2010 dalam perlawanan peringkat kumpulan UEFA Europa League 2010/11, berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Dortmund dan seri 0-0 di Paris. Masa ni PSG belum lagi dibeli oleh bangsawan Arab.

Yang menariknya untuk perlawanan Dortmund menentang PSG dalam Round of 16 nanti adalah buat pertama kalinya pengurus pasukan PSG iaitu Thomas Tuchel akan kembali ke Dortmund selepas meninggalkan pasukan tersebut pada tahun 2017. Ada beberapa orang pemain terkini Dortmund yang pernah dilatih oleh Thomas Tuchel semasa berkhidmat sebagai pengurus Dortmund dari tahun 2015 sehingga 2017 antaranya Roman Burki, Mats Hummels, Lukasz Piszcek dan Marco Reus.

REAL MADRID vs MAN CITY

Real Madrid dan Manchester City dan pernah jumpa banyak kali dah sebelum ni kat UEFA Champions League. Kali terakhir jumpa pada tahun 2016 di peringkat separuh akhir UEFA Champions League 2015/16, Real Madrid berjaya tewaskan Manchester City dengan gol agregat 1-0. Masa tu Zinedine Zidane merupakan pengurus Real Madrid dan Manuel Pellegrini sebagai pengurus Manchester City.

Pertemuan dalam Round of 16 kali ni bakal menyaksikan Pep Guardiola bertemu dengan Real Madrid untuk kali yang ke-18, selepas kali terakhir menentang pasukan Real Madrid pada tahun 2014 ketika bertugas sebagai pengurus Bayern Munich. Sejak Pep Guardiola memulakan karier sebagai pengurus pasukan, Real Madrid merupakan pasukan paling kerap yang pernah dilawan oleh Pep Guardiola.

ATLETICO vs LIVERPOOL

Setakat ni, sejarah pertemuan antara 2 pasukan gergasi bola sepak Sepanyol dan England ni pernah berlaku sebanyak 4 kali je iaitu pada tahun 2008 di peringkat kumpulan UEFA Champions League 2008/09 dan pada tahun 2010 di peringkat separuh akhir UEFA Europa League 2009/10. Dalam 4 pertemuan tersebut, Atletico dan Liverpool masing-masing berjaya menang 1 perlawanan dan seri sebanyak 2 kali.

CHELSEA vs BAYERN

Kali terakhir Chelsea dan Bayern Munich bertemu adalah pada tahun 2013 dalam perlawanan UEFA Super Cup, Bayern sebagai juara UEFA Champions League 2012/13 menentang juara UEFA Europa League 2012/13, Chelsea. Yang menang dalam perlawanan ni adalah Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti.

Memandangkan piala UEFA Super Cup tu tak segah macam piala UEFA Champions League, perlawanan antara Chelsea dan Bayern dalam perlawanan akhir UEFA Champions League 2011/12 lebih diingati dan dikenang sehingga kini. Dalam perlawanan tersebut, Chelsea berjaya menjulang pialaΒ UEFA Champions League 2011/12 selepas berjaya menewaskan Bayern menerusi penentuan sepakan penalti. Rekod pertemuan antara Chelsea dan Bayern sebelum ni, masing-masing pernah menang 2 kali dan kalah 2 kali. Tak pernah lagi seri.

NAPOLI vs BARCELONA

Napoli dan Barcelona tak pernah lagi bertemu dalam perlawanan peringkat Eropah sebelum ni. Napoli dan Barcelona hanya pernah bertemu dalam perlawanan persahabatan je setakat ni. Ada 3 orang pemain Barcelona yang pernah beraksi dengan Napoli sebelum ni iaitu Diego Maradona, Laurent Blanc dan Pepe Reina.

KATALAKI: Susah nak agak team mana yang boleh menang mudah dalam Round of 16 ni. Dah sampai peringkat suku akhir nanti baru kita boleh nampak team mana yang berpeluang untuk jadi juara UEFA Champions League 2019/20.

Last modified: 3 January 2020