Fakta Piala FA Yang Mungkin Korang Dah Lupa

Aktif, Bola

Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2019 antara pasukan Perak dan Kedah yang akan berlangsung pada 27 Julai 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ada beberapa fakta Piala FA yang korang kena tahu sebenarnya. Mari kita tengok apa yang korang masih ingat lagi pasal Piala FA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

Juara Piala FA 2018

Pada tahun 2018, pasukan Pahang berjaya mengalahkan Selangor di perlawanan akhir dengan jaringan 2-0 untuk menjulang Piala FA 2018. Tahun 2019, Pahang hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir selepas ditewaskan oleh Perak dengan keputusan gol agregat 3-4.

Pasukan Paling Berjaya Dalam Piala FA

Sejak kali pertama Piala FA dianjurkan pada tahun 1990, Selangor merupakan pasukan paling berjaya dalam Piala FA selepas berjaya dinobatkan sebagai juara Piala FA sebanyak 5 kali. Diikuti dengan pasukan Kedah yang pernah menjulang Piala FA sebanyak 4 kali. Pasukan Perak pula dah pernah menang Piala FA sebanyak 2 kali.

Untuk info, Piala FA 2019 merupakan kali pertama Perak dan Kedah bertemu di perlawanan akhir dalam sejarah Piala FA. Jadi, memang agak susah lah kita nak jangkakan sama ada Perak atau Kedah yang mampu menjulang Piala FA 2019 kali ni. Kalau kita tengok prestasi Perak dan Kedah dalam saingan Liga Super 2019 pun sama-sama hebat. Kedudukan Perak dan Kedah dalam Liga Super 2019 hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja.

Ganjaran Untuk Pemenang Piala FA

Selain daripada ganjaran wang ringgit, pasukan yang berjaya menjulang Piala FA juga akan dapat satu slot untuk bertanding dalam kejohanan AFC Champions League atau AFC Cup, dengan syarat pasukan tersebut mestilah mempunyai lesen kelab AFC.

Pada tahun 2018, Pahang berjaya menang Piala FA 2018. Tapi tidak layak bertanding dalam AFC Champions League 2018 disebabkan belum lagi memperolehi lesen kelab AFC. Slot kosong yang ditinggalkan oleh pasukan Pahang digantikan oleh pasukan Perak yang merupakan naib juara Liga Super 2018.

KATALAKI: Kepada penyokong pasukan Perak dan Kedah, selamat berseronok di Stadium Bukit Jalil nanti. Lepas habis perlawanan akhir dan pasukan korang berjaya menang Piala FA 2019, bawa lah Piala FA tu pusing Shah Alam dulu baru gerak menuju Ipoh atau Alor Setar okehhh. Steady!

Last modified: 23 July 2019