Fakta Rare Pasal Pablo Escobar, The King of…

Sembang

Walaupun dah 26 tahun meninggal dunia, tapi nama The King of Cocaine atau Pablo Escobar masih lagi dikenali ramai sampai la sekarang ni. Pablo Escobar lahir pada 1 Disember 1949 di Rionegro dan membesar di Medellin, Colombia. Dari situ lah datangnya nama empayar dadah terbesar dalam sejarah dunia yang diketuai oleh Pablo Escobar, Medellin Cartel. Pablo Escobar juga terkenal dan dihormati di kalangan kartel dadah yang lain disebabkan orang pertama yang berjaya mencari jalan untuk seludup kokain ke Amerika Syarikat (U.S).

Lepas bertahun-tahun diburu, akhirnya Pablo Escobar yang berumur 44 tahun masa tu, ditembak mati pada 2 Disember 1993 oleh Search Bloc, team yang dicipta khas untuk memburu Pablo Escobar sampai ke lubang cacing. Walaupun pihak berkuasa U.S dah sahkan yang Pablo Escobar mati ditembak oleh Search Bloc dan peluru menembusi telinga Pablo Escobar, tapi ada juga ura-ura yang mengatakan Pablo Escobar mati bunuh diri selepas terperangkap tak tahu nak lari mana dah.

Kalau korang nak lebih faham macam mana jalan cerita pasal Pablo Escobar, korang boleh layan je siri Netflix, Narcos. Walaupun jalan cerita dalam Narcos ada ubahsuai sikit daripada cerita sebenar untuk mengikut citarasa penonton, tapi kebanyakan benda yang terjadi dalam Narcos tu kisah benar. Dalam siri terbaru, Narcos: Mexico pun ada watak Pablo Escobar. Tapi tak banyak scene.

Ada lagi sebenarnya benda rare pasal Pablo Escobar ni yang korang mungkin tak perasan. Contohnya, punya lah kaya Pablo Escobar ni dengan bisnes dadah, Pablo Escobar dikatakan menghabiskan 2,500 USD atau RM 10,000 sebulan untuk beli getah pengikat atau rubber band untuk ikat duit simpanannya. Wadehel.

Bawah ni ada lagi benda rare pasal Pablo Escobar. Asah permukaan ibu jari korang dengan scroll artikel ni ke bawah bosskieww.

Bakar Duit

Masa Pablo Escobar dan keluarganya tengah menyorok daripada pihak berkuasa, anak perempuan Pablo, Manuela masa tu demam. Sebab tak nak bagi anaknya kesejukan tengah demam, Pablo Escobar selamba bakar duitnya jadikan unggun api. Garang betul eh bakar duit macam tu je.

Forbes

Pablo Escobar pernah tersenarai dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, orang terkaya di dunia selama 7 tahun berturut-turut sejak 1987 hingga 1989.

Robin Hood

Pablo Escobar juga diberi gelaran Robin Hood oleh rakyat Colombia disebabkan Pablo Escobar selalu membantu orang-orang miskin. Lebih daripada 25,000 rakyat Colombia datang ke majlis pengebumian Pablo Escobar di Medellin.

La Catedral

Selepas bersetuju dengan kerajaan Colombia untuk menyerah diri pada tahun 1991, salah satu syarat yang diletakkan oleh Pablo Escobar ialah membina penjaranya sendiri.

Penjara yang dikenali sebagai La Catedral, dilengkapi dengan satu padang bola sepak, kasino, jacuzzi, air terjun, kelab malam, dijaga oleh pengawal yang diupah Pablo Escobar sendiri dan macam-macam lagi kemudahan mewah. Pablo Escobar akhirnya berjaya lari dari La Catedral lepas dapat tahu kerajaan nak pindahkan Pablo Escobar ke penjara yang lebih tegas.

Plata o Plomo

Ayat yang paling kerap digunakan oleh Pablo Escobar untuk selesaikan masalah yang timbul. Plata o Plomo. Plata bermaksud Silver (rasuah) dan Plomo bermaksud Lead (peluru). Pablo Escobar dikatakan bertanggungjawab dalam banyak siri pembunuhan yang melibatkan seramai 4,000 orang termasuklah dipersalahkan dalam satu kes pengeboman kapal terbang, Avianca Flight 203, pada tahun 1989.

KATALAKI: Ku kata gayaku Pablo, tapi mereka tidak kenal Picasso. Jadi semua berkobar-kobar, Nak jadi macam Escobar. Cer teka lirik ni ada dalam lagu siapa?

Last modified: 25 February 2019