Fakta Rare Tentang Mr.Bean!

Sembang

Bila sebut nama Mr. Bean, boleh dikatakan semua orang di dunia kenal dan meminati watak ini. Watak ini telah dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Rowan Atkinson yang mana pertama kali diperkenalkan pada 1 Januari 1990 dan episode terakhirnya berakhir pada 15 Disember 1995. Walaupun watak Mr. Bean ini terkenal tapi ada beberapa fakta yang korang mungkin tak tahu tentang Mr. Bean dan juga Rowan Atkinson jadi hari ini aku akan share dengan korang beberapa fakta menarik tentang Rowan Atkinson!

14 EPISODE

Untuk pengetahuan korang walaupun series Mr. Bean ini terkenal di seluruh dunia, ia cuma mempunyai 14 episode sahaja. Setiap episode adalah sepanjang 45 minit dan disebabkan setiap episode tersebut mempunyai beberapa scene yang menarik, ianya telah dipotong dan di upload semula di internet.

Selain daripada tv series, Mr. Bean juga mempunyai dua buah movie dan juga siri animasi. Bagi korang yang nak tengok balik semua tv series Mr. Bean, korang boleh tengok dekat Youtube Channel rasmi Mr. Bean. Dekat situ ada kesemua 14 episode dan juga siri animasi Mr. Bean. Klik SINI kalau korang nak tengok!

BANYAK NAMA

Disebabkan Mr. Bean sangat terkenal di seluruh dunia, watak ini mempunyai beberapa nama lain di setiap negara. Sebagai contohnya di China, watak Mr. Bean dikenali sebagai Foolish Bean. Manakala di Vietnam pula, watak ini dikenali sebagai Sir Bean.

Di Finland pula, watak Mr. Bean ini dikenali sebagai Nolojen Tilateiden Mies yang membawa maksud Man of the Situation. Nama Mr. Bean terpaksa diubah supaya ia sesuai dengan terjemahan bagi setiap negara series tv ini ditayangkan.

ALIEN?

Kalau korang selalu tengok tv series Mr. Bean, mesti korang perasan setiap kali rancangan ini bermula, akan ada satu pancaran cahaya dan Mr. Bean akan terjatuh daripada cahaya tersebut. Ramai orang mula menyatakan yang sebenarnya watak Mr. Bean bukan manusia biasa dan dia sebenarnya adalah makhluk asing.

Dan theory ini akhirnya telah disahkan oleh pencipta watak ini apabila pada satu episode terakhir dalam dalam Mr. Bean Animated Season 3 yang bertajuk Double Trouble disiarkan. Dalam episode ini, Mr. Bean sebenarnya berasal daripada planet lain dan dia telah berjumpa dengan beberapa orang yang menyerupai dirinya yang berasal daripada planet yang sama. Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh tengok full episode dekat SINI.

MR. WHITE

Untuk pengetahuan korang, nama Mr. Bean sebenarnya cuma diberi selepas rancangan ini mula dirakam. Sebelum rancangan ini mula dirakam, nama yang diberikan kepada Mr. Bean adalah Mr. White.

Selepas mereka memulakan pengambaran, mereka mula mencari nama-nama lain. Antaranya adalah Mr. Cauliflower (Kubis Bunga) sebelum mereka semua bersetuju untuk menggunakan nama Mr. Bean!

KAPAL TERBANG

Semasa Rowan Atkison dalam penerbangan untuk pergi bercuti bersama keluarganya, juruterbang yang sedang memandu kapal terbang peribadi miliknya telah pengsan secara tiba-tiba. Demi menyelamatkan nyawa keluarganya, Rowan telah bertindak memandu kapal terbang tersebut.

Rowan Atkison yang tidak pernah memandu kapal terbang seumur hidupnya berjaya mengawal kapal tersebut daripada terhempas. Dia terus memandu kapal terbang tersebut sehinggalah juruterbangnya mula sedarkan diri semula. Mereka berjaya mendarat dengan selamat.

KATALAKI: Bilalah agaknya Mr. Bean nak keluarkan movie lagi eh?

Last modified: 7 November 2019