Fakta Sebelum Korang Tengok Birds Of Prey

Sembang

Rasa macam baru je semalam kita tengok filem Suicide Squad kat panggung wayang. Tau tau je harini dah keluar filem spin off kepada Suicide Squad, dan boleh dikatakan solo movie yang diterajui oleh watak villain atau anti-hero kegemaran ramai, Harley Quinn.

Filem anti-hero dibawah dunia cinematic DC Comics berjudul Birds Of Prey (And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) ini mengisahkan tentang bagaimana bandar Gotham selepas kehilangan superhero sejati Batman dan tanpa pengawasan daripada superhero tersebut membuatkan Gotham City tidak terjaga dan jenayah berleluasa. Selepas Harley Quinn berpisah dengan Mr J aka Joker, Harley Quinn perlu menjaga Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah apabila dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah Black Mask. Untuk menyelamatkan dan melindungi Cassandra Cain, Harley Quinn bekerjasama dengan Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam pada masa yang sama menjatuhkan ketua penjenayah Black Mask aka Roman Sionis

Untuk artikel kali ni, kita nak bincang lagi mungkin fakta-fakta yang korang semua kena tahu sebelum korang pergi layan filem ini yang bakal ditayangkan pada 6 Februari 2020.

BATGIRL KENA BUANG?

Sebut je nama Barbara Gordon, mesti peminat-peminat komik DC tahu siapa yang kami maksudkan. Tapi untuk pengetahuan ramai, Barbara Gordon adalah nama sebenar bagi watak Batgirl dan Barbara Gordon juga adalah antara ahli utama dalam pembentukkan pasukan Birds Of Prey.

Menurut sumber Screenrant.com, watak Batgirl memang wujud didalam draft pertama script filem Birds Of Prey namun watak tersebut dikeluarkan daripada script dan digantikan dengan Harley Quinn sebagai line-up filem ini. Antara punca kenapa mereka tidak masukkan Batgirl sebagai line-up untuk filem ini adalah kerana mereka ingin menyimpan watak Batgirl untuk filem solo Batgirl yang akan datang. Cuma belum tentu lagi bila filem Batgirl akan dikeluarkan oleh DC atau Warner Bros.

MARGOT ROBBIE PILIH PENGARAH

Tahukah korang yang pelakon utama filem Birds Of Prey, Margot Robbie yang memegang watak sebagai Harley Quinn bukan sahaja berlakon dalam filem ini tetapi Margot Robbie juga adalah penerbit untuk filem ini. Margot juga dikatakan telah terlibat dalam projek filem ini dari awal pembincangan filem Birds Of Prey.

Margot juga dikatakan berkali-kali minta kepada Warner Bros supaya filem ini diarahkan oleh pengarah wanita sehingga mereka berikan apa yang Margot inginkan dengan memilih Cathy Yan mengisi kerusi pengarah filem Birds Of Prey.

THE PENGUIN BUKAN BLACK MASK

Tak dinafikan yang sebelum setiap filem dihasilkan. Pihak produksi harus membuat banyak pertukaran dari segi pelakon dan juga script filem tersebut sebelum mereka merealisasi dan menerbitkan buat tontonan peminat. Antara langkah-langkah berjaga-jaga yang dilakukan oleh Warner Bros adalah untuk memastikan mereka tidak tersalah langkah seperti filem Justice League yang kurang mendapat sambutan.

Untuk filem Birds Of Prey ini juga, banyak pertukaran dari segi pelakon dan script juga jalan cerita. Seperti yang dilaporkan, The Penguin adalah watak villain utama untuk filem Birds Of Prey diawal penulisan script filem ini sebelum ditukarkan kepada Black Mask. Black Mask juga antara watak penjahat yang dilaporkan yang pernah ditulis dalam filem upcoming Gotham City Sirens arahan David Ayer.

LADY GAGA KENA OFFER

Kita tahu Lady Gaga ni memang dah dikenali sebagai penyanyi yang membawakan lagu-lagu yang hit dan sekarang ni Lady Gaga juga dah dikenali sebagai pelakon selepas persembahan mantap beliau dalam filem A Star Is Born. Memang confirm ramai produksi yang inginkan Lady Gaga membintangi filem diorang.

Maka memang antara pelakon yang di senarai pendekkan untuk filem Birds Of Prey ini adalah Lady Gaga. Warner Bros dilaporkan pernah menawarkan Lady Gaga untuk filem Birds Of Prey ini, bukan saja offer Lady Gaga. Warner Bros jugak bagi pilihan kepada Lady Gaga untuk memilih sama ada beliau ingin memilih watak sebagai Black Canary atau Huntress dalam filem ni. Tapi mungkin Lady Gaga bukan peminat komik makanya Lady Gaga tidak berminat dan lepaskan projek filem ini.

PENULIS BATGIRL!

Salah satu faktor yang menjadi perajaran buat Warner Bros adalah apabila filem Suicide Squad mendapat kritikan yang hebat tentang script dan jalan cerita yang lemah. Untuk membendung daripada melakukan kesilapan buat kali-2. Untuk filem Birds Of Prey ini Warner Bros telah mengunakan hikmat penulis script Christina Hodson.

Christina Hodson mungkin nama yang masih baru dalam industri perfileman Hollywood tetapi Christina Hodson mempunyai 3 filem dibawah penulisan beliau antaranya filem Black List dan juga filem Bumblebee. Christina juga dilaporkan bakal memegang tanggungjawab sekali sebagai penulis script untuk filem Batgirl yang akan datang.

PENGARAH WANITA ASIA PERTAMA FILEM SUPERHERO

Kita cerita sikit pasal pengarah filem Birds Of Prey ini, Cathy Yan merupakan seorang pengarah yang berasal dari China dan membesar di Hong Kong dan Washington DC, Amerika Syarikat. Filem Birds Of Prey adalah filem ke-2 dibawah arahan beliau. Dengan penghasilan filem Birds Of Prey ini, secara automatik meletakkan Cathy Yan sebagai pengarah wanita pertama di Asia yang mengarahkan filem superhero Hollywood.

KATALAKI: DCU ni memang semua watak wanita dia cantik-cantik kan?

Last modified: 5 February 2020