Fan Theory Avengers: Endgame Yang Perlu Baca!

Sembang

Bagi yang tak tahu or terlepas pandang, Avengers: Endgame akan mula ditayangkan pada April tahun ini. Jangan cakap korang, aku sendiri tak sabar nak tunggu apa yang bakal kepada geng-geng superhero kegemaran ramai ni.

via GIPHY

Sebelum aku nak bercerita tentang fan theory tentang apa yang bakal terjadi pada Avengers: End Game, Ada eloknya kalau aku refresh back apa yang terjadi pada bahagian akhir Avenger: Infinity War.

Pada saat akhir Avengers: Infinity War, Thanos telah berjaya memperoleh semua Infinity Stones dan dengan sekali snap, separuh penduduk galaxy telah hilang menjadi debu. Antara ahli Avengers yang masih terselamat adalah Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk, War Machine, Rocket, Nebula, AntMan dan Hawkeye.

via GIPHY

Macam yang korang tengok dekat trailer Avengers: Endgame, Tony Stark dan Nebula tengah terkandas dekat angkasa lepas. So sebelum aku nak bercerita tentang fan theory Avengers: Endgame, aku nak bagitahu ini hanyalah theory semata. Andai kata theory ini ini betul dan korang tak suka dengan spoiler, sila stop membaca sampai sini!

WONG HIDUPKAN SEMUA ORANG?

Time Stone akan digunakan untuk hidupkan kembali semua orang yang dah menjadi debu. Ok nampak macam tak mungkin saja sebab ialah selama ini kita tengok hanya Doctor Strange saja yang boleh guna Time Stone dan dia pun dah jadi debu so siapa yang boleh guna lagi Time Stone ini?

via GIPHY

Well still ada sorang lagi Master of the Mystic Art yang mungkin terselamat iaitu Wong! Ya pada Avengers: Endgame mungkin selepas dorang kalahkan Thanos or berjaya rampas Time Stone daripada dia, Wong akan gunakan Time Stone tadi untuk hidupkan kembali semua orang yang dah bertukar jadi debu!

GAMORA HIDUP BALIK!

via GIPHY

Kalau korang ingat lagi apa yang jadi dalam Avengers: Infinity War, Thanos telah korbankan Gamora untuk mendapatkan Soul Stone. Macam yang Red Skull bagitahu dekat Thanos, Soul for a Soul. Ini bermaksud untuk dapatkan Soul Stone, Soul (nyawa/roh) harus dikorbankan.

So demi untuk hidupkan kembali Gamora, kemungkinan besar selepas dorang berjaya kalahkan Thanos dan tahu dimana dia bawa Gamora, dorang akan bawa Soul Stones ke tempat ini dan campak balik Soul Stones ke tempat dia dan kembalikan Gamora sebab ayat Soul for a Soul boleh digunakan untuk situasi ini.

via GIPHY

Bagaimana dorang dapat lokasi Gamora daripada Thanos itu agak payah sikit sebab hanya Thanos dan Gamora saja tahu tempat asal Soul Stone.

IRON MAN KORBANKAN DIRI?

Kemungkinan besar selepas Iron Man berjaya diselamatkan dari angkasa lepas, dan semasa pertempuran akhir antara Avengers dan Thanos, Iron Man akan korban dirinya demi menyelamatkan kawan-kawan dia yang lain.

via GIPHY

Bagi yang tak tahu, Contract antara pelakon Iron Man iaitu Robert Downey Jr dengan Marvel Studio akan tamat pada filem Avengers: Endgame! Samada dia dan Marvel Studio akan sambung balik contract masih belum diketahui.

So kalau betul dia tak sambung contract, Marvel Studios perlu fikirkan cara untuk tamatkan watak Iron Man dan kemungkinan besar dengan korbankan Iron Man semasa Avengers: Endgame akan berlaku. Sediakan tisu guys! 🙁

CAPTAIN AMERICA PUN MATI!

Sama nasib dengan Robert Downey Jr, pelakon yang membawa watak Captain America iaitu Chris Evans juga mengakhiri contract dia dengan Marvel Studios dan movie Avengers: Endgame mungkin movie terakhir dia sebagai Captain America.

via GIPHY

Mungkin Captain America dan Iron Man akan sama-sama korbankan diri dorang demi mengalahkan Thanos dan menyelamatkan nyawa-nyawa orang lain. Tapi adakah Captain America akan tamat macam itu saja?

Jawapan dia 50/50 sebab dalam komik, Selepas Steve Rogers mati, title Captain America tetap hidup yang mana Bucky iaitu kawan baik Steve Rogers akan membawa nama Captain America yang baru. Selain Bucky, Sam Wilson atau lebih dikenali sebagai Falcon juga pernah menjadi Captain America. Yang pasti satu wayang akan menangis kalau betul-betul watak Captain America dan Iron Man dimatikan sob sob

So apa lagi fan theory yang pernah korang dengar dan baca tentang filem Avengers: Endgame? Cuba sharekan dengan kitorang theorytheory itu.

KATALAKI: Ingat guys, jangan lupa bawa tisu bila pergi tengok Avengers: Endgame nanti 🙁

Last modified: 30 January 2019