Fans Tolong Makcik Atas Wheelchair Masuk Moshpit

Sembang

Biasanya kita selalu dengar orang kata, “Usia bukan penghalang”. Sememangnya kata-kata tersebut boleh digunakan selepas korang tengok video ni.

Kalau dari luar, moshpit adalah tempat didepan pentas dimana peminat-peminat muzik genre Rock akan menari bersama-sama dalam keadaan huru-hara mengikut rentak muzik keras yang dimainkan. Tetapi kalau dari dalam moshpit, sebenarnya tempat menari ni tidak la sehuru-hara yang disangka.


Kredit video: What Happened Today – Youtube

Demi melengkapkan dirinya sebagai seorang peminat muzik Metal. Seorang warga emas yang hanya mampu bergerak diatas wheelchair telah berjaya melengkapkan pusinganya didalam moshpit dengan bantuan daripada sekumpulan peminat-peminat yang turut berada didalam moshpit tersebut.

“Saya bawa ibu mertua saya untuk saksikan konsert farewell Slayer kerana dia adalah peminat muzik Metal. Dia tak pernah rasa berada didalam moshpit. Saya rasa semua orang patut try experience berada didalam moshpit” kata Tina Granger yang merakam video keseronokan ibu mertuanya didalam moshpit.

Walaupun moshpit ni nampak bahaya. Tapi as long as semua yang moshing tahu jaga keselamatan masing-masing, okay je kan?

Katalaki: Makcik makcik pun layan lagu metal. Otai masih berbisa. Ewahhh…

Last modified: 16 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *