Fantasy Premier League GW 11, Player Murah To Buy!

Aktif, Bola

Chop! Jendela perpindahan Fantasy Premier League untuk minggu ke-11 akan ditutup pada Sabtu, 3 November 2018, 7.30 malam. So, korang dah transfer ke belum player korang? Dah check siapa injured? Ada yang teringin nak guna chip korang? Lek luuuu.

Korang mesti pening kepala nak set team untuk Gameweek 11 kan? Jangan risau bosskurr. Jom kita tengok antara player yang korang boleh beli. Paling penting player ni semua boleh dikira player low budget tapi ada peluang untuk score point yang banyak. Mari kita mulakan.

Gerard Deulofeu, Watford F.C.

Sumber Gambar : watfordfc.com

Gerard Deulofeu yang baru pulih daripada kecederaan dah kembali beraksi bersama 1st team Watford F.C. game minggu lepas tewaskan Huddersfield Town 3-0. Siap score satu gol! Kalau korang tengok highlights game tu balik, Gerard Deulofeu memang beraksi dengan baik, passing yang cantik dan larian yang boleh buat team lawan cemas.

Untuk Gameweek 11 ni, Watford akan melawat Newcastle United di St. James’ Park. Yang menariknya, Newcastle United sekarang ni di tangga kedua terbawah liga dan tak pernah menang satu pun perlawanan liga! Jeng jeng jeng kejeng jeng. Jangan suka sangat. Nah harga Gerard Deulofeu untuk korang pertimbangkan.

Sumber Gambar : premierleague.com

Ryan Fraser, Bournemouth

Sumber Gambar : Reuters

Pemain yang kadang-kadang membuat kejutan, Ryan Fraser pernah dapat 18 points masa Gameweek 5 dan 11 points untuk Gameweek 10. Kalau korang ada bran, boleh beli Ryan Fraser untuk mantapkan team korang. Tapi untuk Gameweek 11, Bournemouth akan menerima kunjungan setan merah, Manchester United.

Daripada segi sejarah bola sepak, memang Manchester United boleh belasah Bournemouth. Tapi korang kena ingat, sekarang ni Bournemouth berada di tempat ke-6 liga dan Manchester United di tempat ke-8. Makanya, pilihan di tangan korang sendiri!

Sumber Gambar : premierleague.com

Ryan Bertrand, Southampton

Walaupun pernah sekali je jaringkan gol dan satu je assist setakat ni, tapi Ryan Bertrand antara defender yang murah untuk korang beli. Dua game terakhir, Gameweek 9 Ryan Bertrand dapat 5 points dan 6 points untuk Gameweek 10. Bagi aku not bad juga dengan harga yang mampu milik. Ryan Bertrand juga selalu ambik corner dan selalu buat crossing ke dalam kotak penalti. Peluang untuk assist tu ada. Cuma disebabkan prestasi Southampton yang tak menentu, agak susah untuk pemain defender dan midfielder dapat assist kalau penyerang Southampton kurang berbisa.

Satu lagi sebab kenapa korang boleh pertimbangkan untuk beli Ryan Bertrand ialah Ryan Bertrand selalu ada dalam kotak penalti untuk cuba jaringkan gol. Mana tau ada rezeki, dia score, boom point korang. Defender kalau score gol lagi banyak point dia! Tapi Gameweek 11 ni Southampton akan berlawan dengan Manchester City yang hanya bolos 3 gol setakat ni.

Sumber Gambar : premierleague.com

Jordan Pickford, Everton

Untuk goalkeeper, aku lebih prefer goalkeeper daripada team yang ada defender gagah dan kebal contohnya macam Ederson, Allison dan Kepa. Tapi harga dorang agak mahal untuk goalkeeper dan tak semestinya setiap game dorang boleh perform dengan baik. Jadi, antara goalkeeper budget yang korang boleh beli ialah Jordan Pickford.

Penjaga gol utama pasukan England ni dah dua game dia mantap! Gameweek 9 dapat 15 points dan Gameweek 10 dapat 11 points. Meleleh air liur bhai tengok points dan harga dia.

Sumber Gambar : premierleague.com

Mathew Ryan , Brighton

Sumber Gambar : goal.com

Mathew Ryan juga salah seorang goalkeeper yang affordable untuk korang beli. 3 game sebelum ni Mathew Ryan dah dapat 9 points untuk Gameweek 8, 11 points untuk Gameweek 9 dan 10 points untuk Gameweek 10. Untung la siapa yang ada Mathew Ryan. Tapi aku perasan ramai yang letak Mathew Ryan ni kat sub. Mungkin tak berani nak pertaruhkan Mathew Ryan sebagai goalkeeper utama.

Sumber Gambar : premierleague.com

So, korang dah buat keputusan ke nak transfer siapa? Player kat atas ni tak semestinya akan dapat banyak point untuk Gameweek 11, tapi aku recommend dorang berdasarkan persembahan dorang masa Gameweek 10 minggu lepas. Korang nak transfer siapa dan nak bagi siapa yang main 1st team tu ikut tactical dan gerak hati korang sendiri sebab korang lah manager team korang okeh!

KATALAKI: All the best untuk semua manager Fantasy Premier League!

Last modified: 7 November 2018