Farming Pun Jadi Esport?

Game, Tech

Mesti korang pelikkan, Apa kena mengena bercucuk tanam dengan esport? Berbeza gilakan dua benda ni? Bila bercakap pasal esport mesti korang fikir gamegame macam Dota, FIFA dan Mobile Legends tapi pernah ke korang dengar esport untuk farming?

Ok sebelum korang pening dengan soalan-soalan ini, biar aku terangkan apa benda farming esport ini. Developer Giant Software telah mengumumkan Farming Simulator League, satu kejohanan esport untuk permainan video Farming Simulator.

Bagi korang yang tak tahu, Farming Simulator merupakan permainan video yang mengfokus kepada bercucuk tanam dan mengusahakan ladang korang sendiri seperti membela binatang ternakan, menuai tanaman dan banyak lagi.

Permainan video ini mula dikeluarkan pada tahun 2008 oleh Giant Software dan mempunyai 8 siri yang mana yang terbaru Farming Simulator 19 yang mana telah dikeluarkan pada November 2018 untuk PC dan Console. Permainan ini juga mempunyai 4 siri untuk IOS, Android dan Windows Phone.

Berbalik kepada Farming Simulator League, ianya telah diwujudkan pada tahun 2018 lagi. Kejohanan ini menampilkan 10 pertandingan yang mana bakal berlangsung di gaming convention besar seperti Gamescom dan Paris Games Week.

Pertandingan akhir akan diadakan di FarmCon 2020 yang mana bakal juara akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak 250,000 Euro (RM1.1 Juta+)!

Bagi yang tertanya-tanya macam mana dorang jadikan game Farming Simulator ini sebagai esport game, Dalam tournament ini, setiap pasukan akan terdiri dari 3 orang permain. Mereka harus mengambil seberapa banyak jerami menggunakan forklift dan susun di atas trailer.

Pasukan yang berjaya menyusun kesemua jerami diatas trailer harus kembali ke starting line dan pasukan yang terpantas akan memenangi round tersebut. Nampak macam senangkan? Hah dekat sinilah skil-skil pemain akan diuji sebab kesemua forklift ini dikawal seperti forklift sebenar bro!

Farming Simulator League ini turut mendapat sponsorsponsor besar seperti Logitech dan Intel dan juga disokong oleh syarikat teknologi perladangan. Bukan itu sahaja, permainan video Farming Simulator 19 juga akan menambah mod terbaru iaitu mod 3vs3 competitive, so korang bolehlah training untuk try masuk Farming Simulator League ini nanti!

KATALAKI: Aku still menunggu dorang jadikan Candy Crush sebagai game esport pulak lepas ni hahaha!

SUMBER:  MYGAMEON

Last modified: 27 January 2019