Football Manager 2020: Gameplay Bola Sepak Sebenar!

Game, Tech

Menjelang official release permainan video simulasi terbaru Football Manager 2020 pada bulan November nanti, beberapa teaser dah pun dikeluarkan oleh Football Manager sendiri untuk buat kita bertambah tak duduk diam tunggu tarikh rasmi bila Football Manager 2020 akan mula dipasarkan.

Pada 27 Ogos 2019, trailer untuk Football Manager 2020 dah pun keluar. Korang dah tengok ke belum? Kalau belum, usha dulu kat bawah ni.

Salah satu objektif utama yang cuba dicapai oleh Sports Interactive untuk Football Manager 2020 kali ini ialah membolehkan pemain-pemain menghabiskan masa bermain Football Manager 2020 selama mana yang boleh tanpa rasa bosan. Kalau korang sebelum ni memang dah biasa dengan Football Manager, mesti korang tahu yang Football Manager takde penghujungnya. Korang akan terus main sampai la pemain bola sepak muda yang korang beli dan jaga menjadi bintang bola sepak ternama.

Image Via : YouTube

Yang pertama, features terbaru yang ditampilkan dalam Football Manager 2020 ialah Club Vision. Korang boleh tentukan perancangan masa panjang bersama kelab yang korang pilih mengikut persetujuan yang dicapai bersama ahli lembaga kelab. Takde la cepat sangat kena pecat nanti.

Seterusnya, Football Manager 2020 menampilkan features terbaru yang sangat berguna dan lebih terperinci iaitu Development Centre. Kali ni korang boleh pantau betul-betul pemain muda yang korang harapkan untuk jadi pemain bola sepak ternama pada masa akan datang. Sama ada pemain yang dilatih di kelab sendiri atau dipinjamkan ke kelab luar. Bahagian pemain muda ni yang paling best sebenarnya. Bila pemain muda tu berjaya jadi power dan jadi tonggak utama dalam kelab bila dah dewasa, rasa puas hati tu lain macam.

Satu lagi features yang berguna dalam Football Manager 2020 untuk perancangan masa panjang antara kelab dan pemain ialah korang dah boleh deal dengan pemain muda atau pemain yang korang baru beli, apa yang korang plan untuk perjalanan pemain tersebut kat kelab yang korang uruskan. Sama ada musim pertama sebagai pemain simpanan dan musim ke-2 sebagai pemain utama ataupun musim ke-4 baru pemain tersebut diketengahkan sebagai pemain utama kelab. Lepas ni takde la pemain muda dalam kelab tak habis-habis merengek nak main dalam 1st team.

Kadang-kadang dalam Football Manager, korang pun tak sure dengan prestasi sesetengah pemain tu. Tapi sebab pemain tu ternama, korang bagi gak main 1st team. Padahal tengah off form. Dalam Football Manager 2020, pembantu jurulatih dan staff kelab akan bantu dan bagi pandangan dorang yang lebih terperinci untuk setiap pemain. Pandai-pandai korang la nak dengar cakap pembantu dan staff ke tak.

Grafik memang paling penting kalau melibatkan permainan video. Menurut Football Manager 2020, grafik kali ni pun lebih gempak dan real. Padang pun ada macam-macam jenis rumput. Tapi setakat ni, tak tunjuk lagi macam mana grafik pemain-pemain kat dalam padang. Kalau Football Manager 2019 punya grafik pun dah cukup gempak, Football Manager 2020 mesti lagi kaw. Tapi tak boleh la korang nak bandingkan dengan grafik FIFA 20 atau PES 2020.

KATALAKI: Team mana yang korang dah plan nak manage bila Football Manager 2020 dah keluar nanti? Tak best la kalau pilih kelab yang dah memang kaya dan power. Kurang mencabar. Try ambik team yang baru nak naik. Norwich City atau Aston Villa macam best gak.

Last modified: 20 September 2019