Female Superhero Yang Patut Ada Movie Sendiri!

Sembang

Korang tahu tak yang minggu ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia! Inilah masanya kita nak ucapkan terima kasih kepada semua wanita-wanita hebat yang pernah muncul dalam hidup kita, betul tak?

via GIPHY

Jangan pula korang ucap dekat awek korang saja. Ucapkan juga dekat mak korang sebab geng mak-mak inilah wanita paling power dan paling hebat sebab melahirkan dan sanggup melayan kerenah korang yang tak berapa nak betul tu hahaha!

So sempena Hari Wanita Sedunia ini, aku nak kongsi sikit dengan korang watak-watak female superhero yang bagi aku perlu ada movie berkenaan dorang sendiri or standalone movie-lah senang cerita.

SHE-HULK

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, Hulk pun ada versi perempuan. SheHulk ataupun nama sebenar dia Jennifer Walters yang diperkenalkan pada tahun 1980 untuk komik Savage SheHulk isu 1.  Jennifer ini sebenarnya adalah sedara kepada Bruce Banner.

Disebabkan satu kemalangan yang membuatkan dia kehilangan banyak darah, Bruce mengambil keputusan untuk derma darah dia sendiri kepada Jennifer. Disebabkan ini, Badan Jennifer telah bertukar menjadi hijau dan mempunyai kekuatan seperti Hulk namun dia still bawa identity dia sendiri berbeza bila Bruce bertukar menjadi Hulk.

POWER GIRL

via GIPHY

Karen Starr ataupun nama betul dia Kara Zorl adalah superhero sebenar yang dikenali sebagai Power Girl. Dia mula diperkenalkan pada tahun 1976 untuk komik All Star Comics isu 58. Power Girl ini sebenarnya merupakan sedara kepada Superman tapi daripada universe yang berbeza yang dikenali sebagai Earth Two.

Satu lagi fact yang menarik adalah Supergirl dan Power Girl merupakan orang yang sama tapi daripada universe yang berbeza. Disebabkan Power Girl stuck di universe yang sama dengan Super Girl, Karen terpaksa merubah nama superhero dia kepada Power Girl.

SPIDER-WOMAN

via GIPHY

Walaupun kita dah pernah tengok SpiderGwen dalam movie animasi SpiderMan: Into The Spider-Verse, Aku rasa SpiderWoman perlu ada movie dia sendiri disebabkan SpiderWoman juga mempunyai banyak versi seperti SpiderMan.

Mula diperkenalkan pada tahun 1977 didalam komik Marvel Spotlight isu 32. Orang yang pertama membawa watak SpiderWoman adalah Jessica Drew dan kemudiannya disambung oleh Julia Carpenter.

BLACK WIDOW

via GIPHY

Movie yang ini aku rasa memang ramai peminat-peminat Marvel tengah tunggu. Black Widow yang merupakan ahli asal The Avengers sudah sepatutnya mempunyai solo movie dia sendiri yang menceritakan tentang origin dia. Natalia Alianovna Romanova atau nama samaran dia Natasha Romanoff mempunyai storyline yang agak dark berbanding ahli-ahli The Avengers yang lain.

Dia yang dibesarkan dan dilatih daripada kecil untuk menjadi Russian spy sebenarnya merupakan musuh kepada Iron Man semasa dia mula diperkenalkan pada tahun 1964 untuk komik Tales of Suspense isu 52.

KATALAKI: Mana satu female superhero movie yang korang nak sangat dorang buat?

Last modified: 9 March 2019