Fenomena Penyapu Berdiri, Dari Mana Asal Usul?

Sembang

Dunia media sosial mula gempar pada 10 Februari 2020 hari tu selepas seorang pengguna Twitter yang mengatakan National Aeronautics and Space Administration atau juga dikenali sebagai NASA ada bagi tahu mengenai kejadian luar biasa yang melibatkan tarikan graviti hanya berlaku pada 10 Februari 2020, membolehkan penyapu berdiri dengan tegak tanpa dipegang oleh manusia. Korang dah try belum?

Ramai gak la yang menjadikan aksi penyapu berdiri sebagai challenge terbaru di media sosial. Ada gak selebriti media sosial yang popular turut serta dalam trend terbaru dunia internet ni. Tapi masing-masing dengan cara tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

Dear #NASA, can you please explain? #broomchallenge

A post shared by Zach King (@zachking) on

 

View this post on Instagram

 

Smh theory

A post shared by DJ KHALED (@djkhaled) on

Sampai sekarang takde siapa yang dapat cari, bila masa NASA ada bagi kenyataan macam yang didakwa oleh pengguna Twitter @mikaiylaaaaa mengenai kejadian tarikan graviti luar biasa pada 10 Februari 2020. Tapi, NASA sendiri tampil untuk bagi jawapan yang dinanti-nantikan oleh pengguna internet satu dunia mengenai fenomena penyapu berdiri ni. Menurut NASA, penyapu boleh berdiri pada bila-bila masa menggunakan teknik fizik, bukan pada 10 Februari sahaja.

Penjelasan yang diberikan NASA mengenai penyapu berdiri disokong gak oleh beberapa organisasi yang mempunyai kehandalan dalam bidang sains dan angkasa lepas.

Tapi rasanya bukan semua penyapu boleh berdiri. Kalau korang guna penyapu yang selalu dijadikan sebagai senjata oleh mak dan ayah korang bila korang bertindak luar kawalan, sampai bila-bila pun penyapu tu tak boleh berdiri. Benda lain lak yang berdiri nanti.

KATALAKI: Yang belum lagi try, kena try. Bagi satu rumah terkejut tengok korang tiba-tiba bersungguh nak pegang penyapu.

Last modified: 14 February 2020