FIFA 21 Dicipta Untuk PS4 Atau PS5?

Game, Tech

Beberapa jam yang lepas, syarikat pembangun permainan video terkenal, Electronic Arts baru je selesai mempersembahkan barisan-barisan permainan video terbaru yang dipertontonkan kepada orang ramai di seluruh dunia secara live streaming menerusi sebuah acara yang dikenali sebagai EA Play Live. Kebiasaannya macam tahun-tahun sebelum ni, acara memperkenalkan permainan video terbaru Electronic Arts dibuat secara besar-besaran di sebuah lokasi. Memandangkan dunia masih lagi trauma dengan pandemik COVID-19, segala acara yang boleh menyebabkan orang awam berkumpul secara beramai-ramai terpaksa dibatalkan dan dilakukan secara atas talian.

Electronic Arts yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat merupakan salah satu syarikat pembangun permainan video paling kaya dan terkemuka di dunia, setanding dengan Activision dan Ubisoft. Antara permainan video popular yang pernah dibangunkan oleh Electronic Arts termasuk lah The Sims, Battlefield, Need for Speed, Star Wars, NBA, Madden NFL dan FIFA. Semasa EA Play Live berlangsung, perhatian sepenuhnya dah tentu sekali tertumpu kepada permainan video terbaru FIFA 21 yang bakal dipasarkan tak lama lagi. Memandangkan konsol permainan video terbaru PlayStation 5 akan mula dijual di penghujung tahun 2020, ramai yang tertanya-tanya sama ada FIFA 21 dicipta untuk PlayStation 4 atau PlayStation 5?

Berita baik untuk penggemar permainan video FIFA, pengguna PlayStation 4 dan bakal pemilik PlayStation 5, korang tak perlu nak pening kepala sebab FIFA 21 yang akan mula dipasarkan pada 9 Oktober 2020 nanti, boleh dimainkan di PlayStation 4 dan juga PlayStation 5. Tapi, macam mana caranya?

Seperti yang dijangka, peminat sejati permainan video FIFA mesti tak boleh tunggu PlayStation 5 yang akan mula dijual pada penghujung tahun 2020 untuk merasa sendiri keseronokan bermain FIFA 21, betul? Korang boleh beli dulu FIFA 21 bermula 9 Oktober 2020 untuk dimainkan di PlayStation 4. Bila PlayStation 5 secara rasmi dah mula dipasarkan, korang boleh tebus free upgrade yang disediakan oleh Electronic Arts, untuk membolehkan korang main FIFA 21 yang dah dibeli lebih awal untuk dimainkan di PlayStation 5. Dengan syarat, korang kena la beli PlayStation 5.

Maknanya, game FIFA 21 yang korang beli untuk PlayStation 4, boleh juga dimainkan di PlayStation 5. Tak payah beli FIFA 21 dua kali. Kalau korang dah main FIFA 21 di PlayStation 4 dan seterusnya di PlayStation 5, dah tentu sekali korang boleh rasa perbezaan yang ketara daripada segi visual dan grafik. Video trailer FIFA 21 yang ditayangkan kepada umum semasa EA Play berlangsung juga berdasarkan kualiti grafik yang dimiliki oleh PlayStation 5 nanti.

Buat masa ni, belum ada ciri-ciri yang terperinci mengenai FIFA 21 yang diumumkan oleh Electronic Arts selain daripada visual dan grafik. Siapa pemain bola sepak ternama yang bakal dipilih menjadi front cover FIFA 21 juga masih belum dimuktamadkan lagi. Sebarang pengumuman dan penceritaan yang lebih mendalam mengenai permainan video terbaru FIFA 21 dijangka akan dihebahkan oleh Electronic Arts pada bulan Ogos nanti. Buat masa ni, kita layan dulu video trailer FIFA 21 dan dalam masa yang sama, teruskan usaha mengumpul duit untuk menyambar game FIFA 21 dan PlayStation 5.

KATALAKI: Macam biasa, kalau nak main FIFA 21 tiga hari lebih awal sebelum 9 Oktober 2020, korang boleh beli FIFA 21 Champions Edition atau Ultimate Edition.

Last modified: 19 June 2020