Filem² Hebat Yang Membelitkan Kepala Otak

Sembang, ZAP

Siapa yang tengah mencari filem-filem yang mencabar minda untuk ditonton, mungkin korang berada di tempat yang betul. Mesti ada sesetengah orang yang pelik dengan orang yang suka tengok cerita-cerita membelit kepala otak. Tapi bagi mereka yang suka, ia ibarat menonton satu teka-teki dalam bentuk filem. Selepas habis menonton pun, banyak persoalan yang berlegar dalam fikiran dan mungkin itu lah yang menjadikan filem-filem seperti ini seronok ditonton. Jadi kali ini aku akan senaraikan filem-filem hebat yang mencabar kepala otak untuk korang yang sukakan cabaran minda.

INCEPTION

Ni mungkin agak klise sikit sebab filem Inception arahan Christopher Nolan memang cukup dikenali. Pengembaraan ke dalam mimpi yang menjadi premise filem ini tentunya dilihat mudah untuk difahami. Leonardo DiCaprio bersama kumpulannya secara logik dan jelas mengaturkan satu ‘rompakan’ minda. Tapi bila dah kemuncak cerita, ia tidak lah menjadi satu filem yang mudah untuk hadam dan ini mungkin dipersetujui oleh ramai penonton. Masuk dalam mimpi dan ke dalam mimpi? Menarik, tapi kalau tak fokus memang kita pun lost tengok cerita ni.

INTERSTELLAR

Sebuah lagi filem arahan pengarah terkenal, Christopher Nolan. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem masterpiece oleh pengarah terkenal tersebut. Tema filem ini memaparkan elemen-elemen seperti kekeluargaan, cinta, pengkhianatan yang mana ianya mudah difahami oleh semua orang. Tapi dalam masa yang sama juga, elemen fiksyen tentang pengembaraan ke ruang angkasa yang penuh misteri untuk mencari sebuah planet baru turut dipaparkan. 

Apa yang membelitkan kepala otak penonton adalah tentang konsep masa yang berbeza antara angkasa lepas dan juga Bumi. Filem ni banyak guna fakta fizik dan juga mathematical equation yang sebenar. Jadi agak pening sikit nak faham kalau kita ni jenis tak faham fizik dan matematik. Filem ini turut berjaya memaparkan sudut pandangan tentang betapa kecilnya kita di ruang angkasa. 

MEMENTO

Ni dah masuk kali ketiga filem arahan Christopher Nolan masuk dalam senarai ini. Memang agak terkenal dalam menghasilkan filem-filem berat. Filem Memento mengisahkan tentang seorang penyiasat insuran bernama Leonard Shelby yang mengalami masalah short-term memory loss tetapi perlu mencari pembunuh yang telah membunuh isterinya. Selain tema ‘ruang masa,’ tema watak utama mengalami masalah mental juga mampu membuatkan penonton bingung sebab apa yang ditunjukkan mungkin bukan perkara sebenar yang terjadi. Di dalam filem ini, Shelby hanya menggunakan nota dan juga tatu di badannya untuk menjejaki pembunuh tersebut. Kalau nak tengok filem ni memang kena fokus sebab penceritaan dia agak berbelit dan bermain dengan flashback

FIGHT CLUB

Ini mungkin boleh jadi salah satu filem all time favourite aku. Siapa yang pernah tengok filem ni pun mungkin akan setuju sebab ia merupakan sebuah filem dengan ending plot twist yang hebat. Filem lakonan Brad Pitt dan Edward Norton ini juga turut mengangkat tema pesakit schizophrenia. Bosan dengan kehidupan di dunia, Edward Norton yang melakonkan watak utama memutuskan untuk mewujudkan satu kelab bergaduh iaitu Fight Club bersama rakan yang baru dia kenali. Tetapi apa yang dipaparkan sepanjang filem hanya lah halusinasi sahaja dan di penghujung filem baru lah perkara sebenar yang berlaku ditunjukkan. 

PREDESTINATION

Sehingga sekarang aku masih tak dapat rungkaikan konsep time travelling dalam filem ni. Ia mengisahkan tentang seorang ejen perisikan yang ditugaskan untuk kembali ke masa lampau bagi menghentikan tragedi letupan bom di New York pada tahun 1975. Setelah lama mencari siapa yang menjadi dalang, akhirnya dia menemui dalangnya. Tapi apa yang mengejutkan, dalang itu adalah dirinya sendiri. Tapi itu tak cukup membelitkan kepala otak sebab kisah dirinya dan bagaimana dirinya lahir ke dunia juga amat mengelirukan. Aku yakin filem ini pasti akan membuatkan korang bingung memikirkan teori time travelling yang digunakan.

SHUTTER ISLAND

Filem ini mengisahkan tentang dua orang pegawai U.S. Marshall yang ditugaskan untuk menyiasat seorang pesakit mental yang hilang di dalam bilik kurungan di sebuah pulau. Semakin jauh kedua-dua pegawai ini membuat siasatan, dengan tidak sengaja mereka menemui satu rahsia yang berada di pulau tersebut. Walaupun babak terakhir filem ini membuatkan penonton rasa seperti semuanya terjawab, tetapi di akhirnya terdapat satu plot twist yang membuatkan penonton bingung. Filem ini dikatakan membuatkan para penonton seperti tahu apa yang berlaku, tetapi apa yang berlaku tidak seperti apa yang penonton fikirkan. Kena banyak berfikir lah kot bila tengok filem ni.

A BEAUTIFUL MIND

Sebuah lagi filem hebat yang berjaya menipu para penonton di penghujung cerita. Filem ini sebenarnya diinspirasikan daripada kisah benar. Seorang lelaki genius matematik dilihat sedang bergelut untuk memahami dirinya sendiri, dan di dalam filem para penonton seperti dibawa bersama dalam perjalanan hidup lelaki tersebut. Bagi aku filem ni sangat menarik untuk ditonton kerana ia memberi perspektif baru terhadap seorang pesakit yang menghidapi penyakit schizophrenia. Di akhir cerita, filem ini membuatkan kita mempersoalkan yang mana satu realiti dan yang mana satu sekadar fantasi sepanjang hidup lelaki tersebut.

LOOPER

Filem arahan Rian Johnson ini juga merupakan salah satu filem hebat yang berjaya mencipta pelbagai teori tentang pengembaraan masa. Ia mengisahkan tentang satu sindiket di masa hadapan yang menghantar pembunuh upahan untuk membunuh sasaran mereka di masa lampau. Untuk memutuskan hubungan antara pembunuh upahan dengan sindiket ini, pembunuh upahan ini akan dibunuh oleh dirinya sendiri yang datang dari masa lampau. Ia dipanggil ‘close the loop.’ Tapi masalah timbul bila salah seorang pembunuh upahan ini berjaya lari daripada dibunuh oleh dirinya sendiri. Apa yang memeningkan filem ini seperti satu kitaran masa yang mana permulaan cerita akan diakhiri dengan permulaan cerita. Pening bukan?

KATALAKI: Filem-filem twisted-mind macam ni yang bestnya sebab dia boleh wujudkan pelbagai teori dalam kalangan peminat…

Last modified: 26 August 2020