Filem Avengers Terbaru in 3…2…1

Sembang

Korang perasan tak sebenarnya Marvel ada buat countdown pasal Avengers 4, filem Avengers yang terbaru kat website dorang?

Masa kami nak masukkan gambar countdown ni baru kami sedar yang bahagian hitam tak lurus selari. Mungkin ada maksud tersirat? Ni lah jumlah hari, jam, minit, dan saat yang tinggal sebelum Marvel release filem Avengers terbaru masa artikel ni ditulis. Setakat ni belum ada tajuk rasmi untuk filem Avengers terbaru ni. Tapi apa yang kami nampak dekat URL website Marvel ni ada tertulis, Avengers Untitled.

Gosip ada mengatakan yang filem terbaru Avenger ni akan diberi tajuk “Avengers: Annihilation” berdasarkan tajuk komik Marvel yang pernah diterbitkan sebelum ni.

Ada juga beberapa teori yang mengatakan dalam Avengers 4 ni nanti, beberapa hero yang lenyap dan hilang menjadi debu macam Spiderman, Black Panther, Doctor Strange dan Star-Lord lepas Thanos petik jari dalam filem Avengers: Infinity Wars sebelum ni akan hidup semula dalam filem Avengers terbaru dengan pertolongan Ant Man. Nama pun teori kan. Betul atau tak sama-sama kita nantikan dalam filem Avengers terbaru ni.

Sebenarnya kami di Thelaki terfikir juga, betul ke countdown ni untuk tayangan filem Avengers terbaru atau hanya countdown untuk trailer je? Tapi yang pastinya, countdown yang ditunjukkan oleh Marvel ni sudah semestinya mengenai filem Avengers terbaru yang dah lama kita tunggu apa sambungan selepas Thanos berjaya mengumpul semua Infinity Stones yang dicari selama ni.

Sambil korang tatap countdown daripada Marvel tu, ini antara susunan filem superhero Marvel yang pernah dikeluarkan oleh Marvel, daripada filem pertama Marvel Cinematic Universe (MCU), Iron Man sehinggalah filem terbaru yang akan datang, Captain Marvel.

KATALAKI: Superhero Marvel yang mana satu menjadi pujaan hati korang?

Last modified: 5 December 2018