Filem Box Office Tapi Sebenarnya Daripada Novel!

Sembang

Filem yang ditayangkan di pawagam yang sebenarnya diambil atau asalnya daripada sebuah novel atau buku bukan lagi benda asing kat dunia ni. Kalau kat Malaysia, kebanyakannya novel yang laris dijual akan dijadikan drama. Contohnya macam Love You Mr. Arrogant, Teman Lelaki Upahan dan Lelaki Kiriman Tuhan. Ada ke bro-bro yang layan drama pukul 7 setiap hari? Dan-dan tu la tak mengaku.

Kalau kat pentas antarabangsa, novel yang famous kebanyakannya dijadikan filem terus. Ada yang lagi best, dorang siap keluarkan novel dulu, pastu filem. Sambungan untuk filem tu, dorang keluarkan novel dulu, lepas tu filem dan macam tu lah seterusnya. Novel habis dijual, filem pun pecah panggung. Bijak dorang ni. Mungkin ada filem yang korang pernah tengok sebelum ni tapi korang tak perasan sebenarnya filem tu berasal daripada sebuah novel. Meh kita tengok antara filem box office yang sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah novel.

Forrest Gump

Filem ni dihasilkan pada tahun 1994. Lakonan power oleh Tom Hanks. Sebab filem ni juga la Tom Hanks berjaya menang Best Actor dalam Academy Awards 1994 dan mula jadi nama besar dalam bidang lakonan. Confirmed ramai dah pernah tengok cerita ni.

Filem ni juga sebenarnya berasal daripada sebuah novel yang dipasarkan pada tahun 1986. Punya la power filem ni, sampai ada franchise kedai makan yang famous kat satu dunia disebabkan filem dan novel ni yang diberi nama Bubba Gump Shrimp Co. Kat Malaysia ada. Time dah gaji je boleh bawa chinggey makan kat sini.

Jurrasic Park

Masa zaman 90an memang favourite weh filem ni. Filem ni la yang kenalkan dinasour kat seluruh dunia selain daripada cerita Ultraman. Jurrasic Park sebenarnya berasal daripada sebuah novel yang dikeluarkan pada tahun 1990 dan dijadikan filem pada tahun 1993.

Dah banyak dah siri filem Jurassic Park ni. Dah habis trilogi filem Jurassic Park, Steven Spielberg dapatkan idea dan storyline baru maka terhasil lah trilogi filem Jurassic World lakonan Chris Pratt pada tahun 2015. Filem yang terbaru dah ditayangkan pada tahun 2018, dan yang seterusnya akan ditayangkan pada tahun 2021 nanti.

Fight Club

Bro-bro jiwa seorang fighter mesti pernah layan filem ni. Filem Fight Club ni ditayangkan pada tahun 1999 berdasarkan novel yang dikeluarkan pada tahun 1996 lakonan Brad Pitt dan Edward Norton.

Filem ni sebenarnya masa ditayangkan kat pawagam tak dapat box office pun. Tapi lama-kelamaan lepas filem ni ditayangkan baru la orang ramai mula bercakap dan tercari-cari pasal filem ni. Masa filem ni keluar DVD baru la filem ni dikira berjaya. Kot-kot ada bro yang tak pernah lagi tengok filem ni, kena try layan.

Blade Runner

Filem Blade Runner ni famous sebab ditayangkan pada tahun 1982 tapi teknologi yang digunakan untuk filem ni tak macam tahun 1982. Filem ni berdasarkan novel yang dipasarkan pada tahun 1968, dilakonkan oleh Harrison Ford. Masa ni Harrison Ford muda lagi bhai. Macho habis.

Filem sequel untuk Blade Runner ni pula ditayangkan pada tahun 2017 yang bertajuk Blade Runner 2049 lakonan Ryan Gosling. Bapak lama nak tunggu sequel. 35 tahun baru muncul sequel filem Blade Runner. Korang dah pernah tengok belum filem ni? Layan gak.

Catch Me If You Can

Fuh. Ni filem wajib tonton. Tengok banyak kali pun takpe. Filem kisah benar yang diambil berdasarkan buku kisah benar yang ditulis sendiri oleh con man paling popular dan bijak di dunia, Frank Abagnale Jr.

Buku ni dikeluarkan pada tahun 1980 dan dijadikan filem pada tahun 2002 lakonan Leonardo DiCaprio dan Tom Hanks. Kalau bro-bro yang nak belajar macam mana nak spin kalau chinggey banyak soal, filem ni la kitabnya.

Kebanyakkan filem-filem diasaskan daripada novel ni memang layan beb! Bila dah se

KATALAKI: Filem mana yang korang boleh tengok banyak kali tak jemu-jemu?

Last modified: 14 January 2019