Filem Charlie’s Angel Terbaru Pucuk Muda

Sembang

Filem Charlie’s Angel terakhir yang ditayangkan ialah Charlie’s Angel: Full Throttle pada tahun 2003, lakonan Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu. Korang ingat lagi tak? Dah 16 tahun dah filem tu. Bayangkan umur dorang 3 orang dah berapa sekarang ni.

Baru-baru ni dah confirmed yang filem terbaru Charlie’s Angel sekarang tengah dalam pembikinan dengan pelakon-pelakon baru. 3 orang gadis utama yang akan berlakon sebagai Charlie’s Angel untuk filem terbaru ni ialah Kristen Stewart, Ella Balinska dan Naomi Scott.

Image Via : screenrant.com

Rasanya semua dah kenal siapa Kristen Stewart. Naomi Scott sebelum ni pernah berlakon dalam filem The Martian, Power Rangers dan filem terbaru yang akan ditayangkan nanti, Aladdin.

Naomi Scott. Image Via : teenvogue.com

Pengarah untuk filem terbaru Charlie’s Angel ni pun bukan calang-calang orangnya. Elizabeth Banks yang pernah berlakon dalam filem Hunger Games sebelum ni, dipilih sebagai pengarah filem terbaru Charlie’s Angel.

Elizabeth Banks. Image Via : movies.mxdwn.com

Untuk info, franchise Charlie’s Angel ni dah pun bermula sejak tahun 1976, sebuah drama yang ditayangkan kat TV. Pada tahun 2000 baru ada versi filem lakonan Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu. Filem kedua Charlie’s Angel ditayangkan pada tahun 2003.

Charlie’s Angel 1976. Image Via : pinterest.com

Menurut Elizabeth Banks sendiri, filem ketiga dan terbaru Charlie’s Angels ni bukannya filem reboot sepenuhnya walaupun menggunakan pelakon baru, tapi lebih kepada sambungan untuk filem Charlie’s Angels sebelum ni.

Image Via : cinemablend.com

Trailer untuk filem ni belum lagi ada buat masa ni. Tapi filem ni dijangka akan ditayangkan pada November 2019  nanti. Sementara kita nak tunggu trailer, korang boleh gak usha jap Instagram pelakon-pelakon baru Charlie’s Angel yang tengah busy shooting filem ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi Scott (@naomigscott) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ella Balinska (@ellabalinska) on

KATALAKI: Kristen Stewart takde Instagram. Hmmm.

Last modified: 17 April 2019