Filem “Chick Flick” Bro Wajib Tonton Dengan GF

Collab, Sembang, SuperDeals

SuperDeals

Bila masuk bulan 2 pada setiap tahun, kami tahu mesti ramai bro-bro yang tengah pening kat luar sana bila nak bawa orang yang tersayang keluar jalan-jalan aka dating lah. Nak-nak bila dapat GF yang sangat menantikan korang untuk buat something special bila masuk hari pada pertengahan bulan Februari ni.

Antara aktiviti yang boleh korang buat dengan kekasih korang tentunya tengok movie atau filem sama-sama. Maka dengan itu, kami nak cadangan filem-filem “chick flick” yang korang boleh layan dengan kekasih korang. Sekali sekala maybe korang boleh layan filem-filem yang kekasih korang boleh enjoy sekali. Confirm kekasih korang panggil korang sweet bila layan filem-filem ni.

ALWAYS BE MY MAYBE

Untuk yang pertama, kita ada filem yang dikeluarkan di Netflix. Filem yang mengisahkan tentang dua pasangan best friends yang banyak menghabiskan waktu bersama dan memang kenal antara satu sama lain. Bila kedua-dua mereka sudah membesar, mereka beralih arah membuat hal masing-masing tapi dipertemukan sekali lagi, bila dah bertemu kembali baru mereka sedar tentang perasaan cinta antara satu sama lain. Cerita ni memang banyak babak-babak yang romantik lah.

LA LA LAND

Image via: https://jamesjguild.com/

Ini antara filem yang simple tetapi boleh dikatakan perfect. Sebab filem ni bukan sahaja filem romantik “chick flick” je tetapi ada juga babak-babak musical ala ala filem Bollywood. Lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi utama filem ini Ryan Gosling dan Emma Stone jugak memang layan. Filem ni bukan hanya filem musical sahaja tetapi termasuk element-element sedih, gembira dan cinta lah. Selain ada Ryan Gosling dan Emma Stone, filem ini juga menampilkan lakonan daripada John Legend.

PITCH PERFECT

Image via: https://www.thejakartapost.com/

Ini mungkin antara filem yang memang dah ada bro-bro yang layan, kalau ada GF atau takde GF pun kan? Filem ini antara filem yang mempunyai drama dan comedy disamping lagu-lagu yang boleh dilayan oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Dah nama pun Pitch Perfect maka cerita ini mengisahkan tentang situasi kehidupan zaman college seorang gadis bernama Beca yang dilakonkan oleh Anna Kendrick. Ketika di college, Beca dipertemukan dalam golongan gadis-gadis yang kejam, baik dan pelik. Tetapi diorang ada minat yang sama, iaitu nyanyian.

GHOST

Image via: https://thatshelf.com/

Dalam banyak-banyak filem yang ada disini, ini antara filem cinta yang classic lah. Filem yang dikeluarkan pada tahun 1990 yang dibintangi oleh Patrick Swayze yang melakonkan watak sebagai Sam Wheat dimana beliau didapati dibunuh oleh rakan karibnya. Namun disebabkan Sam Wheat mati dalam keadaan yang tidak tenang, rohnya berlegar-legar di dunia realiti dan misi Sam Wheat adalah untuk mencari siapa yang membunuh beliau dan pada masa yang sama cuba untuk melindungi kekasih hatinya beliau yang dilakonkan oleh Demi Moore.

Plot untuk cerita ini memang best sebab dia ada momen-momen suspense, action, drama dan yang paling penting sekali cinta lah. So filem ini memang filem romantik yang korang boleh layan dengan pasangan.

THE TIME TRAVELER’S WIFE

Kalau korang sejenis yang mempunyai hati tisu. Maka sebelum korang tengok filem ni, pastikan korang ada 2 kotak tisu. Satu untuk pasangan korang, lagi satu untuk korang jugak. Di dalam filem ini mengikuti kehidupan Henry DeTamble yang dilakonkan oleh Eric Bana, yang merupakan seorang yang dilahirkan dengan gen yang membolehkan beliau untuk time travel pada bila-bila masa tetapi Henry tidak boleh memilih waktu time travel yang diinginkan kerana Henry akan hilang dengan secara tiba-tiba pada bila-bila masa sahaja. Tetapi di setiap tempat dan waktu Henry time travel, beliau akan sentiasa mencari kekasih hatinya yang dilakonkan oleh Rachel Mcadams.

50 FIRST DATES

Kalau nak layan filem romantik tapi yang ringan dan tak berat, ini adalah salah satu filem yang saya personally rekomen. Filem bergenre komedi romantik ini mengikut tentang seorang jejaka bernama Henry yang merupakan anggota marine veterinarian yang jatuh hati kepada seorang guru seni yang bernama Lucy. Dalam percubaan Henry untuk membuatkan Lucy jatuh cinta kepadanya, Henry mula menyedari Lucy menghidap sejenis penyakit amnesia anterograde, dari saat itu Henry memutuskan untuk memenangi hati Lucy semula setiap hari baru.

Filem ini dikeluarkan pada tahun 2004, dibintangi oleh aktor komedi terkenal Adam Sandler dan Drew Barrymore, selain menampilkan barisan pelakon daripada geng-geng filem Adam Sandler seperti Rob Schneider dan ramai lagi. Filem ni cerita cinta romantik komedi yang tidak berat tetapi plot bagaiman cara Henry cuba memikat hati Lucy memang sweet gila bro.

Dah habis layan filem-filem yang ada ni, kalau nak lagi best, korang boleh bawa pasangan korang dating kat tempat makan yang special sikit lah. Kalau korang nak lagi jimat, korang boleh usha tawaran-tawaran promo yang menarik kat Superdeals.com.my. Antara yang menarik kat sana boleh dapatkan Valentine’s Dinner by The Pool dengan harga serendah RM176.40. Nak tahu info lanjut? Boleh usha KAT SINI.

SuperDeals

Last modified: 23 February 2020