Filem Doctor Strange 2 – Ini Yang Kita Patut Tahu

Sembang, ZAP, ZeKool

Pada minggu ini kita dikejutkan dengan teaser pertama filem solo ke-2 untuk watak Stephen Strange atau nama superhero beliau dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU) yang dikenali sebagai Doctor Strange yang diterajui oleh pelakon utama; Benedict Cumberbatch.

Jadi untuk artikel kali ini, buat peminat MCU dan Doctor Strange yang nak tahu lebih mendalam lagi tentang info terbaharu filem ke-2 Doctor Strange. Thelaki dah susun dan ringkaskan info-info yang korang perlu tahu setakat ini tentang filem ke-2 yang dikatakan berjudul Doctor Strange: In The Multiverse Of Madness.

TUKAR PENGARAH!

Image via: https://upnewsinfo.com/

Kalau korang memang pengikut tegar MCU dan terutama sekali watak Doctor Strange. Korang pasti tahu (dan kena tahu) di mana pada awal bulan Januari 2020. Pengarah untuk filem Doctor Strange yang pertama Scott Derrickson telah pun mengundur diri daripada jawatan pengarah untuk filem ke-2 Doctor Strange. Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Scott Derrickson dan pihak produksi Marvel.

Dalam sebuah tweet, Scott Derrickson memberitahu keputusan beliau telah mendapat persetujuan bersama Marvel dan pengunduran Scott Derrickson adalah kerana terdapat perbezaan kreativiti. Namun beliau masih mengekalkan jawatan beliau sebagai penerbit eksekutif.

Disebabkan perubahan yang besar dan drastik ini. Maka ramai yang mengatakan kemungkinan besar, jawatan pengarah untuk filem ke-2 Doctor Strange bakal disandang oleh Sam Raimi, pengarah yang pernah mengarahkan filem pertama trilogi Spider-Man pada tahun 2002. Tweet daripada Scott Derrickson sedikit sebagai mengiya dan mengesahkan Sam Raimi yang berkemungkinan besar bakal mengarahkan filem ke-2 Doctor Strange. Namun menurut Variety.com, perbincangkan di antara Marvel dan pengarah Sam Raimi masih lagi dijalankan, maka masih belum ada pengumuman yang sah.

RICK AND MORTY x LOKI x DOCTOR STRANGE

Selain perubahan jawatan pengarah. Filem ke-2 Doctor Strange ini juga bakal mengubah penulis script yang pada asalnya ditulis oleh Jade Halley Bartlett kepada Michael Waldron. Michael Waldron ini bukan nama yang asing lagi dalam industri Hollywood dan MCU kerana Michael Waldron ketika ini adalah penerbit untuk siri Loki yang dibintangi oleh Tom Hiddlesston yang dijadualkan bakal ditayangkan di saluran laman penstriman berbayar Disney Plus pada tahun 2021.

Michael Waldron ni bukan calang-calang nama sebab selain menulis script untuk series untuk Loki, Michael Waldron juga adalah tulang belakang dan penulis script untuk siri Netflix; Rick and Morty. Jadi ramai yang mengatakan yang filem ke-2 Doctor Strange ini bakal mendapat unsur-unsur komedi.

LOKI X DOCTOR STRANGE?

Disebakan siri Loki dan filem ke-2 Doctor Strange adalah dibawah tugasan penulis script yang sama, Michael Waldron. Berkemungkinan besar juga kedua-dua watak trilogi MCU tersebut akan muncul dalam storyline masing-masing. Namun watak Loki belum secara rasminya diumumkan untuk membuat penampilan khas dalam filem ke-2 Doctor Strange: In The Multiverse Of Madness.

SCARLETT WITCH IKUT DOCTOR STRANGE

Sejak desas desus tentang filem ke-2 Doctor Strange. Antara watak MCU yang bakal ditampilkan dalam filem ke-2 Doctor Stranger adalah watak Wanda Maximoff aka Scarlettt Witch yang dilakonkan oleh Elizabeth Olsen. Untuk lebih memahami dengan lebih mendalam lagi tentang perkembangan watak Scarlett Witch, para peminat MCU juga disarankan untuk menonton siri TV WandaVision yang bakal ditayangkan di Disney Plus pada tahun 2020 ini. TV series tersebut dikatakan akan mengaitkan watak Scarlett Witch ke dalam filem ke-2 Doctor Strange. So mungkin kalau kita tak tengok WandaVision, kemungkinan kita tak faham sangat kaitan Scarlett Witch dalam filem Doctor Strange: In The Multiverse of Madness.

FASA EMPAT MCU BERMULA!

Maka dengan filem ke-2 Doctor Strange: In The Multiverse of Madness ini, jadinya bermulalah fasa empat perangancan Marvel Cinematic Universe yang dikatakan ingin mengembangkan dunia MCU kepada filem dan TV series. Antara filem-filem terbaharu MCU yang bakal ke layar perak antaranya seperti filem Black Widow, Thor 4: Love and Thunder, The Eternals dan Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings. Kalau untuk siri TV pula, fans yang dah ada account Disney Plus boleh menyaksikan siri TV MCU antaranya seperti The Falcon and Winter Soldier, WandaVision, Loki, What If…?, She-Hulk, Ms.Marvel, Moon Knight dan Hawkeye. Fuhh banyak gila…

Menurut CEO Marvel; Kevin Feige, peminat MCU memang kena subscribe account Disney Plus dan saksikan siri TV Marvel ini disebabkan ianya bakal menjadi faktor yang berkait rapat dalam filem Doctor Strange: In The Multiverse Of Madness. Menurut beliau lagi, watak Scarlett Witch juga adalah antara watak utama dalam filem ke-2 Doctor Strange dan siri TV Loki.

KATALAKI: Doctor Strange ni best sikit aku rasa sebab dia macam pakai kuasa tenaga batin untuk berlawan kan?

Last modified: 12 February 2020