Filem-Filem Ala-ala “Parasite”

Sembang, ZAP, ZeKool

Ramai yang tahu filem Parasite yang diarahkan oleh Bong Joon-ho telah berjaya merangkul anugerah Best Picture pada anugerah Oscar baru-baru ini. Ianya merupakan filem pertama Asia yang memenangi anugerah Best Picture pada acara berprestij tersebut. Kalau korang nak baca info lebih, boleh usha dekat SINI.

Apabila filem Parasite dah tular dengan acara dan penganugerahan tersebut. Ramai yang mula mencari dan menonton semula filem Parasite ini. Jadi harini kami nak sajikan korang dengan 5 filem yang seakan atau ala-ala filem Parasite. Filem-filem yang kami listkan ini juga boleh korang saksikan dengan mudah kerana ianya ada di Netflix.

OKJA

Sebelum meraih popularity di Hollywood dengan kejayaan filem Parasite. Pengarah Bong Joon-ho pernah mengeluarkan filem yang menampilkan para pelakon yang ternama seperti Tilda Swinton, Jake Gyllenhaal, Lily Collins dan ramai yang bintang ternama. Filem Okja diriliskan di Netflix yang mengisahkan tentang kisah pengembaraan seorang gadis Korea Selatan dan superpig gergasi dimana mereka cuba melarikan diri daripada syarikat besar yang ingin membunuh haiwan gergasi tersebut. Persabahatan antara pelakon Ahn Seo-hyn dan mahluk CGI bernama Okja tersebut memang menyentuh perasaan semua yang menonton dan memberikan kita kesedaran tentang pemeliharaan haiwan dan keselamatan alam sekitar.


SNOWPIERCER

Sebuah lagi filem karya pengarah filem Parasite, Bong Joon-ho yang paling best sekali, filem ini menampilkan Chris Evans sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini sebenarnya adalah filem yang dikatakan sebagai entry untuk pengarah Bong Joon-ho menembus masuk pasaran industri perfileman Hollywood. Walaupun filem ini hanya mendapat limited release dan spotlight yang sedikit ketika ianya baru dikeluarkan, ianya adalah filem yang seharusnya ditonton jika korang sukakan corak pengarahan daripada Bong Joon-ho. Kisah daripada filem Snowpiecer juga dikhabarkan akan diadaptasikan dalam bentuk TV series yang bakal dikeluarkan pada tahun ini, walaupun TV series tidak mengunakan khidmat Bong Joon-ho sebagai pengarah atau penulis, namun Bong Joon-ho bertindak selaku penerbit eksekutif.


TRAIN TO BUSAN

Kalau korang sukakan filem seperti Parasite dan Snowpiercer, makanya korang akan layan bila tengok filem Train to Busan yang diarahkan oleh Yeon Sang-ho. Filem seram tentang zombi versi Korea Selatan yang mengisahkan tentang perjalanan keretapi ke Busan dimana para penumpang cuba untuk menyelamatkan diri daripada diserang zombi. Ini adalah salah satu filem zombie apocalypse yang boleh dikatakan yang terbaik antara yang terbaik lah. Filem ini juga dikhabarkan bakal mendapat adaptasi remake versi English.


THE INVITATION

Jika korang sukakan babak-babak intense dan mood yang thriller macam dalam filem Parasite, kami saran korang boleh tengok juga filem The Invatation yang diarahkan oleh Karyn Kusama. Cerita yang menyampaikan perbezaan budaya yang terdapat pada watak-watak dalam filem ini. Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki yang menerima jemputan daripada bekas isterinya ke dinner party dan seterusnya terdapat beberapa insiden yang mengejutkan yang berlaku. Walaupun filem ini tidak sesempurna seperti Parasite, namun ianya mempunyai persembahan daripada pelakon-pelakon hebat.


Last modified: 9 March 2020