Filem-Filem Boek November 2019

Sembang

Sepanjang bulan Oktober, filem Joker yang paling berjaya menarik perhatian dunia dengan mutu lakonan yang ditampilkan oleh Joaquin Phoenix dan jalan cerita jiwa kacau hasil arahan Todd Phillips. Ada lagi ke yang tak tengok lagi filem Joker? Kami ada buat artikel pasal filem Joker hari tu. Kalau korang nak baca, boleh singgah jap kat sini.

Setiap bulan mesti ada je filem-filem yang menarik untuk kita tengok kat wayang, betul? Kat mana lagi kita nak taburkan duit gaji dan mengeratkan silaturahim bersama yang tersayang kalau bukan kat dalam wayang. Jadi, kali ni kami sediakan senarai filem-filem boek yang akan ditayangkan kat pawagam di seluruh Malaysia pada bulan November 2019.

DOCTOR SLEEP

Tarikh Tayangan : Bermula 7 November 2019

Filem seram jiwa kacau yang dinanti-nantikan untuk bulan November ni, Doctor Sleep diadaptasikan daripada siri novel Stephen King yang pernah diterbitkan pada tahun 2013 menggunakan tajuk yang sama. Mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai kebolehan istimewa dan hidup terseksa disebabkan trauma masa zaman kanak-kanak.

Untuk info, filem IT pun diadaptasikan daripada novel yang pernah dihasilkan oleh Stephen King. Jadi, kita dah boleh jangkakan lah macam mana kualiti filem Doctor Sleep ni.

FORD V FERRARI

Tarikh Tayangan : Bermula 14 November 2019

Belum tengok lagi filem ni pun kita dah boleh tahu mutu lakonan yang akan ditampilkan oleh dua pelakon hebat dalam filem Ford v Ferrari iaitu Christian Bale dan Matt Damon. Filem ni diambil daripada kisah benar sejarah kereta Ford yang berjaya mengalahkan Ferrari dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans, berlaku pada tahun 1966.

Kami dah pernah ceritakan dengan mendalam pasal sejarah Ford dan Ferrari hari tu, Jemput baca kat sini. Filem ni dah pun ditayangkan kat Toronto International Film Festival 2019. Menurut laman web Metacritic, filem Ford v Ferrari diberi 70/100 markah,yang diterima daripada 13 pengkritik filem.

Image Via : metacritic.com

CHARLIE’S ANGELS

Tarikh Tayangan : Bermula 14 November 2019

Filem ketiga siri filem Charlie’s Angels kali ni menampilkan Angels yang terbaru antaranya Ella Balinska, Naomi Scott dan Kristen Stewart yang akan menggalas tugas sebagai perisik wanita dalam misi menyelamatkan dunia. Kalau korang boleh ingat lagi, filem pertama Charlie’s Angels ditayangkan pada tahun 2000 dan filem kedua pada tahun 2003 menggunakan pelakon yang sama iaitu Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu. Tipu la kan kalau tak ingat filem Charlie’s Angels.

Image Via : netflix.com

Filem Charlie’s Angels yang terbaru ni juga diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Elizabeth Banks yang sebelum ni pernah gak mengarahkan filem Pitch Perfect 2. Kalau korang selalu layan filem Hollywood, mesti tahu siapa Elizabeth Banks ni.

EJEN ALI: THE MOVIE

Tarikh Tayangan : Bermula 28 November 2019

Animasi kat Malaysia apa je yang korang masih lagi boleh layan walaupun usia dah semakin meningkat? Ejen Ali la brader. Bukan kanak-kanak je yang leka bila tengok siri animasi Ejen Ali, yang dah dewasa pun boleh layan. Kalau korang yang pernah teman adik atau anak buah korang tengok Ejen Ali mesti tahu macam mana rasa dia.

Selepas 2 musim siri animasi Ejen Ali ditayangkan di TV, filem pertama Ejen Ali: The Movie akan mula ditayangkan di pawagam bermula 28 November 2019 nanti di 3 negara serentak iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Korang tengok sendiri la mantap ke tak mantap trailer Ejen : Ali The Movie kat bawah ni.

KATALAKI: Boleh share dengan kawan- kawan korang artikel ni senang takut lupa cerita apa ada kat wayang.

Last modified: 26 October 2019