Filem-Filem Macam Best Tengok Kat Wayang Bulan Mac 2020

Sembang

Memang betul lah orang cakap, bulan Januari rasa macam lama. Tapi sekarang ni, kejap je kita bakal terserempak dengan bulan ke-3 dalam tahun 2020 iaitu bulan Mac. Kalau ada lagi yang tak tahu, filem ke-4 siri filem Rock arahan Mamat Khalid, dah pun mula ditayangkan kat pawagam seluruh Malaysia. Sebelum pergi tengok, mesti nak baca gak review pasal filem Rock 4, betul? Boleh usha jap kat sini.

 

View this post on Instagram

 

⚡🎸Rockers Bersatu!⚡🎸 Rimba Bara 2 meyahut cabaran untuk mempertahankan legasi rock di persada muzik tanah air yang bakal membingit di pawagam mulai 20 Februari 2020 ini! . Rock 4: Rockers Never Dai, sebuah filem Mamat Khalid dan dilakonkan oleh rockers luar biasa – Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi. . #Rock4 #RockersNeverDai #RimbaBara2 #RockRevival #Rock #RockOo #RockBro @rock4themovie . @khalidmamat @sharwani.ns @adam_john85 @mrhazama1 @bulanterry_ @nxzimi @noniswara @kei_ramoss @tammustafah @kamaroolhj @amirrajalawak @edriehashim @awieofficial @yeophashim @joeybpr @pekin7words

A post shared by Primeworks Studios (@primeworks.studios) on

Bulan Mac ni, filem apa yang menarik kat pawagam agak-agak? Jangan pening-pening, mari kita tengok satu per satu filem-filem yang dijangkakan meletup bulan Mac nanti.

THE INVISIBLE MAN

Tarikh tayangan : 5 Mac 2020

Rasanya korang mungkin dah familiar dengan nama The Invisible Man yang berasal daripada sebuah novel, diterbitkan pada tahun 1897. Salah satu filem Invisible Man yang pernah ditayangkan sebelum ni, yang mungkin korang ingat lagi adalah filem Hollow Man lakonan Kevin Bacon, ditayangkan pada tahun 2000.

Tapi, filem The Invisible Man tahun 2020 ni mungkin berbeza dengan filem-filem The Invisible Man sebelum ni sebab filem The Invisible Man yang terbaru ni menggunakan unsur-unsur fiksyen sains dan seram. Kalau korang tengok trailer filem ni pun, dah macam cerita hantu.

The Invisible Man kali ni mengisahkan mengenai seorang wanita lakonan Elizabeth Moss yang memegang watak sebagai Cecilia Kass, bercinta dengan seorang saintis yang kaya dan bijaksana. Tapi percintaan dorang tak seindah macam pasangan bercinta yang lain disebabkan teman lelakinya yang kejam dan kaki control. Selepas cuba lari daripada teman lelaki yang psycho, Cecilia Kass dapat berita yang teman lelakinya bunuh diri dan meninggalkan harta yang banyak. Masa ni lah bermulanya hidup Cecilia Kass diburu dan diganggu oleh teman lelakinya yang sebenarnya tak bunuh diri, tapi dah berubah menjadi The Invisible Man.

BLOODSHOT

Tarikh tayangan : 12 Mac 2020

Sebelum kita tengok Vin Diesel kembali dalam filem Fast & Furious 9, Bloodshot merupakan filem pertama lakonan Vin Diesel untuk tahun 2020. Filem Bloodshot ni merupakan filem superhero yang diadaptasikan daripada Valiant Comics, pernah diterbitkan pada tahun 1992.

Filem Bloodshot mengisahkan tentang seorang askar yang diubah suai menjadi kacukan manusia dan robot sehingga mempunyai kekuatan luar biasa terutama sekali kebolehan untuk memulihkan diri sendiri jika tercedera. Selepas berjaya dihidupkan semula dan kembali mendapatkan semula ingatan yang hilang, Ray Garrison lakonan Vin Diesel mula memberontak dan mencari siapa yang membunuh isterinya sehingga terbongkar konspirasi yang berlaku.

A QUIET PLACE PART II

Tarikh tayangan : 19 Mac 2020

Sambungan kepada filem A Quiet Place yang ditayangkan pada tahun 2018, A Quiet Place Part II menceritakan tentang Evelyn Abbott (Emily Blunt) dan dua orang anaknya yang masih lagi lari daripada makhluk yang kejam. Syarat untuk kekal selamat masih lagi sama, kena bergerak dalam keadaan senyap.

Tapi, dalam A Quiet Place Part II kali ni, bukan makhluk kejam yang sensitif dengan bunyi je yang wujud, ada makhluk lain gak yang akan muncul untuk memburu manusia yang masih lagi hidup

KATALAKI: Bulan April nanti ada banyak filem yang sedap-sedap. Standby.

Last modified: 25 February 2020