Filem² Sci-fi Terbaik Yang Ramai Tak Tahu!

Sembang, ZAP, ZeKool

Sebut saja tentang topik filem, terutama sekali filem-filem terbaik. Apa yang akan kita terfikir selalunya adalah filem-filem klasik dan disukai serta diterima ramai penonton. Antara genre yang jarang sekali diketengahkan mungkin adalah genre Science fiction atau Sci-fi. Selalunya filem didalam kategori ini dipelopori oleh pengarah-pengarah tersohor seperti Spielberg, Kubrik mahupun Lucas yang sangat-sangat terkenal dengan filem-filem klasik genre Sci-fi pada suatu ketika dahulu. Dahulu tu mungkin mewakili zaman 90an, mungkin?

Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya dibawah genre Sci-fi ini, terdapat juga filem-filem yang mempunyai plot dan penceritaan yang menarik yang lain daripada yang lain. Dalam list kali ini kami sendiri nak ketengahkan filem-filem Sci-fi yang mungkin ramai tidak tahu. Kebanyakkan filem didalam list ini juga ada references atau pengaruh daripada filem-filem Sci-fi terdahulu.

THE SIGNAL – 2007

Bila membuat cerita dalam kategori atau genre Sci-fi, kebanyakkan pengarah cuba untuk memberikan penceritaan yang lebih unik serta melakukan lebih extra dan selalunya akan menerapkan elemen-elemen science fiction yang terlalu mendalam. Tetapi tidak untuk filem The Signal ini.

Filem kelahiran tahun 2007 ini akan membawa korang pandangan daripada mereka yang masih lagi terselamat selepas kejadian yang menimpa sebuah bandar apabila sejenis bunyi isyarat aneh yang disiarkan pada devices telah menjadikan seluruh rakyat di bandar tersebut menjadi gila. Apa yang unik sekali adalah makhluk asing didalam filem ini tidak boleh dilihat oleh penonton tapi boleh dengar melalui signal. Pergh!

Filem ini juga antara filem yang Sci-fi yang ditayangkan di Sundance Film Festival pada tahun 2014, jadi memang lebih yakinlah kenapa filem ini patut ditonton. Ya dok?

I COME IN PEACE – 1990

Ini mungkin antara filem Sci-fi klasik tahun 90an yang ramai tak tahu. Mungkin disebabkan para pemain didalam filem ini yang tidak lah sebesar nama-nama pelakon yang gah pada tahun 90an dahulu.

Kebanyakkan filem tentang makhluk asing atau alien selalunya datang ke bumi untuk menjajah, atau pun untuk memberi amaran kepada kita semua tentang apa yang bakal terjadi. Atau ada juga yang mendarat ke bumi ini semata-mata nak memusnahkan planet ini.

Filem klasik yang juga direleasekan dengan tajuk alternatif sebagai “Dark Angel” ini adalah filem aksi Sci-fi tentang seorang anggota polis yang terpaksa berdepan dengan penjenayah yang out of this world. Bayangkan orang jahat dia adalah alien yang inginkan sejenis dadah yang rare terdapat dalam otak manusia. Oh ya, kalau korang minat filem-filem Sci-fi, korang boleh perasan filem ni ada sedikit reference filem Total Recall. Heronya juga Dolph Lundgren ini memang nampak macho gila!

THE THAW – 2009

Apabila sekumpulan ahli sains terjumpa sesuatu untuk mereka kaji, dan sesuatu tersebut adalah benda pelik dan misteri yang dijumpai bawah tanah ais beku. Memang confirm confirm la ada kejadian yang aneh bakal berlaku. Didalam filem ini, alien atau makhluk asing tu adalah benda jahat yang membuatkan penonton tak expect langsung tentang kewujudannya.

Pada awalnya disangkakan macam sejenis serangga mutant namun cara manusia dijangkiti dan apa yang terjadi sangat mengejutkan. Itu bukanlah plus point untuk filem ini kerana, apa yang menarik dan unik tentang filem ini adalah para pelakon melakonkan watak dengan cara paling human sekali, tidak ada langsung rasa macam mereka try hard. Kalau korang suka filem alien dengan sedikit rasa horror, filem The Thaw lakonan Val Kilmer ni memang patut diberikan perhatian.

ATTACK ON THE BLOCK – 2011

Kalau korang teringin nak tengok filem genre Sci-fi tapi tak nak terlalu berat mahupun terlalu ringan, still nak rasa misteri, horror (sikit), tapi dalam masa yang sama nak ada rasa feel good. Filem ini mampu memberikan kepuasan itu. Senang cerita, ianya seperti gabungan Stranger Things campur Shaun of the Dead dan diletakkan sedikit titisan The Predator tahun 2018.

Cara paling sesimple yang kami boleh rumuskan sekali tentang plot filem ini adalah ianya tentang sekumpulan remaja di London yang terpaksa mempertahankan kawasan kejiranan mereka daripada sejenis makhluk asing yang cuba membunuh penduduk dikawasan tersebut. Bunyi macam tak logik dan typical sikit tapi seperti yang kami katakan tadi, filem ini adalah filem solid dengan campuran komedi serta action.

Oh lupa juga nak katakan, filem ini ada banyak benda-benda yang membuatkan penonton tak sangka apa yang bakal terjadi. Jadi jangan cakap kami tak warning dulu awal-awal k!

THE HOST – 2006

Siapa sangka antara filem-filem genre Sci-fi ni, ada juga filem terbitan Korea yang boleh dikatakan mampu berdiri setanding filem-filem Hollywood. Dalam banyak filem-filem tentang makhluk asing seperti Godzilla, King Kong atau bermacam-macam lagi makhluk asing yang hidup didalam lautan, alien monster didalam filem ini akan membuatkan monster-monster yang lain tu nampak comel je.

Filem arahan Boon Jong-ho yang terkenal dengan menghasilkan filem-filem terbaik seperti Parasite, Snowpiercer, Memories of Murder ini menerapkan elemen-elemen kekeluargaan, ini salah satu punca yang membuatkan filem ini terbaik untuk ditonton. Family elemen yang disampaikan kepada penonton dapat memberikan kita rasa kelakar, takut serta sedih. Ada bahagian yang kelakar dan ada juga babak-babak yang akan meninggalkan rasa sebak kepada penonton.

THE FOURTH KIND – 2009

Pada tahun 1973, filem The Exorcist adalah filem yang telah memberikan impak horror didalam sesebuah filem yang meninggalkan kesan yang sangat besar kepada para pengemar filem. Dengan gambaran dan penceritaan yang sangat teliti tentang kerasukan yang diamali oleh Emily Rose. 20 tahun kemudian, filem The Blair Witch Project juga telah mengambil sedikit sebanyak elemen-elemen serta cara terbaharu untuk memeranjatkan dan memberikan keseraman pada level yang lebih tinggi buat penonton dengan “footage-footage” yang dikatakan “real”.

Pada tahun 2009 pula pengarah Olatunde Osunsanmi cuba untuk menghasilkan sebuah filem genre Sci-fi dan mengabungkan elemen-elemen yang terdapat seperti didalam kedua-dua filem yang kami katakan diatas. The Fourth Kind adalah kisah yang menakutkan bagaimana makhluk asing atau alien cuba untuk culik manusia-manusia di negeri Alaska, Amerika Syarikat.

Apa yang membuatkan filem ini menarik dan lain daripada filem-filem Sci-fi yang lain adalah ianya mempunyai dua cara storytelling seperti filem yang kami sebutkan diatas, dan gabungan lakonan Milla Jovovich memberikan impak dramatik yang luar biasa membuktikan ianya bukan filem Sci-fi semata-mata tetapi ada elemen-elemen seram sejuk.

KATALAKI: Nanti kita gali pulak filem Sci-fi terbitan pengarah Asia. On tak on?

Last modified: 24 July 2020