Filem-filem Tentang Masa Depan!

Sembang

Bila bercerita tentang movie yang berdasarkan masa depan, kebanyakan orang akan fikir tentang trilogi movie Back To The Future. Sebenarnya kita ada beberapa movie lain yang berdasarkan masa depan yang bagi aku agak menarik untuk kita layan.

via GIPHY

Aku rasa mostly bila orang suka tengok movie yang based on the future, dorang nak tengok apa teknologi yang movie itu akan tunjukan dan dalam masa yang sama dorang nak tahu bagaimana manusia dari masa depan hidup. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa movie yang berdasarkan masa depan yang menjadi pilihan aku.

MINORITY REPORT

Movie yang diarahkan oleh Steven Spielberg ini menjadi pilihan pertama aku. Dibintangi oleh Tom Cruise, movie ini memaparkan bagaimana pihak berkuasa menghalang berlakunya jenayah pada tahun 2054. Korang bayangkanlah bagaimana kita dapat menurunkan kadar jenayah kalau teknologi ini betul-betul wujud.

Tapi di dalam movie ini, Tom Cruise yang memegang watak Captain John Anderton, ketua untuk pasukan PreCrime sendiri dikatakan akan melakukan jenayah dalam masa 36 jam akan datang. Dia sendiri sebagai ketua terpaksa melarikan diri dan kena buktikan yang dia tidak bersalah.

SNOWPIERCER

Snowpiercer telah dikeluarkan pada tahun 2013 dan dibintangi oleh Chris Evans. Dalam movie ini, kebanyakan kehidupan di bumi telah pun pupus, termasuklah manusia. Manusia yang masih hidup telah dikumpulkan dan diletakan dalam satu kereta api yang sangat panjang.

Tapi di dalam kereta api ini, manusia telah dibagikan dalam dua kumpulan. Dibahagian depan kereta api ini merupakan golongan orang-orang kaya dan dibahagian belakang merupakan tempat tinggal orang-orang miskin. Curtis Everett yang dilakonkan oleh Chris Evans cuba untuk membawa kumpulan orang miskin ke bahagian hadapan selepas dia merasakan yang mereka telah dipergunakan oleh kumpulan-kumpulan orang kaya yang berada dibahagian depan kereta api ini. Tahun yang digambar dalam filem ini adalah tahun 2031. Filem ini juga diadaptasi daripada graphic novel Perancis berjudul Le Transperceneige daripada penulis Jacques Lob.

I, ROBOT

Satu movie klasik yang menceritakan masa depan yang bagi aku mungkin akan menjadi kenyataan. Movie yang dikeluarkan pada tahun 2004 ini dilakonkan oleh Will Smith sebagai Spooner. Dalam movie ini, ia menunjukan bagaimana robot dan manusia hidup bersama pada tahun 2035.

Walaupun pada mulanya robot dan manusia dapat hidup serasi bersama tapi satu A.I telah menjadi menjadi jahat dan cuba untuk menghasut robot-robot lain untuk menghapuskan manusia kerana mereka percaya manusia merupakan makhluk yang bahaya dan membawa kemusnahan.

WALL-E

Satu-satu animasi tentang masa hadapan yang paling aku minat. Wall-E menceritakan tentang manusia-manusia terpaksa keluar dari bumi bila terlampau banyak sampah dan pencemaran yang berlaku. Sepanjang mereka berada di angkasa lepas, robot-robot pembersihan yang diberi nama WALL-E ditugaskan untuk membersihkan sampah-sampah di bumi supaya manusia boleh tinggal balik dekat bumi.

Namun selepas beberapa puluh tahun, cuma tinggal satu sahaja WALL-E yang masih berfungsi di bumi. Tapi walaupun tinggal dia satu sahaja, dia tetap meneruskan tugas dia untuk membersihkan bumi dan mengharap satu hari nanti akan manusia atau robot yang datang kembali ke bumi.

DAWN OF THE PLANET OF THE APES

Monyet lawan dengan manusia pada masa hadapan? sudah tentu semua orang akan suka betul tak hahaha! Movie Dawn of the Planet of the Apes ini merupakan sambungan selepas 10 tahun terjadinya Rise of the Planet of the Apes. Masa ini hampir semua manusia telah terkorban disebab satu virus yang mereka percaya berpunca daripada monyet-monyet yang terlepas sebelum ini.

Mereka cuba untuk mengumpul kembali masyarakat dan dalam masa yang sama cuba untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan monyet cerdik yang masih diketuai oleh Caesar. Walaupun Caesar tidak mahu menyerang manusia dan hanya nak hidup tanpa sebarang ganguan bersama-sama dengan kumpulannya, dia terpaksa juga berlawan apabila ahli keluarganya telah diserang secara senyap oleh kumpulan-kumpulan askar manusia.

KATALAKI: Kalau korang tak tengok lagi Snowpiercer, korang boleh tengok sekarang dekat Netflix.

Last modified: 3 July 2019