Filem² Yang Membunuh Watak Hero

Sembang, ZeKool

Ya, seperti yang korang dapat terlihat dan boleh dibaca pada judul artikel kali ini, itu lah topik yang kita nak bawak untuk senarai filem-filem dibawah ini. Pertama sekali kami nak berikan amaran dulu siap-siap didalam artikel ini kemungkinan terdapat spoilers untuk filem yang kami list kan. SPOILER ALERT GAIS!

Tapi kami cuba untuk tidak reveal secara teliti, info yang kami nak kongsikan hanyalah secara ringkas supaya kami tidak spoilkan filem-filem tersebut secara keseluruhan. Apa yang kami nak kongsikan ini hanya filem-filem yang mengandungi isi cerita dimana hero-hero atau watak utama berakhir dengan kematian didalam filem tersebut. Jadi hanya mereka mempunyai kekuatan dan rasa ingin tahu je sanggup baca artikel ini tau!

Okay, berbalik kepada intipati asal. Rasanya takde siapa pun kat dunia ni yang sebenarnya inginkan jangka hayat watak utama atau hero dimatikan begitu saja didalam sebuah karya layar perak.

Image via: https://www.marketplace.org/

Apabila kita sudah “sangkut” dan mendalami filem-filem yang terbaik ini, sudah tentulah kita akan ada rasa attached dengan watak utama dan inginkan sesebuah filem itu berakhir dengan happy ending. Tapi itu adalah kebiasaannya apa yang sudah dijangkakan oleh penonton secara umum.

Ada sesetengah penulis dan pengarah filem yang berani untuk melakukan sesuatu yang berlainan atau diluar jangkaan buat karya filem mereka. Ada je filem-filem dengan jalan cerita yang terbaik namun “mematikan” watak utama pada penghujung jalan cerita. Namun selalunya “kematian” watak utama tersebut memang masuk akal untuk jalan cerita. Jom usha filem-filem yang dikatakan “hero mati duluuuu”….

Didalam senarai artikel ini, kita akan fokus lebih kepada tentang kematian watak yang berperanan penting yang dikira sebagai watak utama atau protagonis.

ARMAGEDDON

Filem keluaran tahun 1998 ini mengisahkan tentang pasukan deep-core drillers atau penggerudi minyak yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai angkasawan dalam misi untuk menghapuskan sebuah meteor berskala besar yang bakal menghancurkan bumi.

Pasukan angkasawan jadian yang diketuai oleh watak utama Harry Stapper ditugas untuk meletupkan meteor tersebut dengan bom nuklear. Namun pada penghujung filem yang diarahkan oleh Michael Bay ini, watak protogonis yang dilakonkan oleh Bruce Willis ini terpaksa mengaktifkan bom nuklear itu sendiri demi menyelamatkan bumi namun beliau mengorbankan dirinya serta meninggalkan pasukan angkasawannya yang menuju pulang kembali ke bumi.

Jadi feel dan mood memang sedih gila bila lagu “I don’t want to miss a thing” nyanyian Aerosmith dimainkan saat-saat dramatik scene filem ini.

AMERICAN BEAUTY

Antara filem terbaik yang dikeluarkan pada tahun 1999 ini dibintangi oleh aktor Kevin Spacey yang berperanan sebagai Lester Burnham yang merupakan seorang executive pengiklanan yang sedang menjalani krisis pertengahan usia dimana beliau mendapati kehidupannya semakin merundum dengan isterinya yang curang, seorang anak yang membencinya. Namun Lester Burnham melupakan sekali kekecewaan dan masalah yang ada dengan menjalankan kehidupan yang lebih luar tanpa ragu-ragu, daripada situ beliau memulakan hubungan dengan seorang gadis bawah usia semata-semata untuk rasakan hidupnya lebih bermakna.

Dari apa yang terjadi kepada kehidupannya, Lester mula menyedari dan sedar tentang makna kehidupan sebenar, dan saat dimana Lester ingin mendapatkan pencerahan. Wataknya mati secara tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh pihak pengarah dan pencipta filem ini. Mungkin?

SAVING PRIVATE RYAN

Apabila pasukan tentera yang diketuai oleh Captain John H. Miller, watak utama yang dilakonkan Tom Hanks. Pasukan tentera ditugaskan untuk menyelematkan seorang prebet kelas pertama bernama James Francis Ryan.

Selepas melakukan apa saja yang mereka terdaya untuk mencari prebet James Francis Ryan, pasukan Captain John H. Miller terpaksa melindungi sebuah jambatan dalam pertempuran peperangan namun Captain Miller ditembak dan dibunuh oleh infanteri pihak Jerman apabila beliau keluar mempertahankan jambatan tersebut yang penting untuk tugasan penyelamatan pasukannya. Filem peperangan epik ini dikeluarkan pada tahun 1998 dan diarahkan oleh pengarah tersohor Steven Spielberg.

BURN AFTER READING

Filem yang membintangi ramai pelakon-pelakon ternama Hollywood ini diarahkan oleh pasangan Coen Brothers iaitu Joel and Ethan Coen, dipasarkan pada tahun 2008. Ianya sebuah filem genre dark comedy yang mengisahkan tentang personal trainers Chad Feldheimer dan Linda Litzke yang dilakonkan oleh Brad Pitt dan Frances McDormand yang menjumpai rekod rahsia kerajaan, lalu mereka cuba untuk memeras ugut bekas ejen CIA, Osbourne Cox yang dilakonkan oleh John Malkovich.

Filem ini mempunyai babak kematian yang boleh dikatakan agak drastik dan dilakukan secara tiba-tiba tanpa jangkaan daripada penonton. Watak Brad Pitt dengan secara tiba-tiba ditembak mati begitu saja apabila beliau sedang menyorokkan diri dalam sebuah almari. Macam mana keadaan kematian Brad Pitt tu? Korang kena tengok lah sendiri yek.

X-MEN: THE LAST STAND

Filem ketiga daripada francais trilogi X-Men ini mengisahkan tentang bagaimana watak Jean Grey lakonan Famke Janssen secara tiba-tiba muncul kembali selepas dikatakan telah “mati” dalam filem sebelumnya namun Jean Grey kembali hidup serta mengembangkan sifat-sifat kuasa mutantnya untuk bertukar menjadi Dark Phoenix.

Apa yang mengejutkan para penonton dan peminat setia filem siri X-Men ini adalah apabila salah satu watak protagonis iaitu Professor X aka Charles Xavier dibunuh dengan secara serta-merta berkecai menjadi abu asap dan lenyap, pembunuhan tersebut dilakukan oleh Dark Phoenix. Sedih serious tak sangka!

MAN ON FIRE

Dikeluarkan pada tahun 2004 dan dilakonkan oleh Denzel Washington yang memegang sebagai watak protagonis. Man on Fire mengisahkan tentang bekas ejen CIA yang ditugaskan untuk menjadi bodyguard buat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, Pita Ramos yang dilakonkan oleh Dakota Fanning. Apabila Pita Ramos diculik, ianya menjadi tugasan John Creasy lakonan Denzel Washington untuk menyelesaikan kejadian penculikan tersebut.

Demi menyelamatkan Pita, watak John Creasy terpaksa menyerahkan diri kepada penculik namun ditembak mati begitu saja dimana nyawanya berakhir pada tangan penculik. Apa yang membuatkan kematian John Creasy lebih tragis adalah sepanjang perjalanan cerita filem ini, penonton akan merasakan John Creasy adalah watak yang jahat namun pada hakikatnya beliau adalah orang yang baik.

KATALAKI: Filem-filem hero mati dulu ni memang best dan worth it untuk tengok!

Last modified: 24 July 2020