Filem² Yang Tergendala Dan Gagal Disiapkan!

Sembang

Dalam dunia perfileman antarabangsa, terutama sekali di persada industri perfileman Hollywood. Boleh dikatakan matmalat kesemua pengeluar filem disana adalah untuk menembusi pasaran multi-billion-dollar lagi-lagi hasil daripada francais filem yang memang boleh menjana dan menjanjikan pulang yang lumayan. Terutama sekali untuk menerbitkan filem bertaraf blockbuster.

Namun realiti yang sebenarnya juga ada filem yang menjadi dan ada juga filem yang tidak menjadi, walaupun storyline atau populariti francais filem tersebut lebih gah dan dikenali ramai, kecenderungan untuk gagal adalah tinggi juga. Walau bagaimana hebat sekali pun sesebuah filem atau cerita, di Hollywood juga terdapat beberapa projek yang boleh dikatakan awesome dan sememangnya boleh menjadi namun akhirnya gagal dan tidak kesampaian untuk disiapkan dan tersangkut dipertengahan jalan.

Terdapat juga bermacam-macam faktor yang menyebabkan kegagalan projek filem tersebut dijalankan dengan sepenuhnya, antaranya mungkin faktor-faktor seperti kos pembelanjaan, perbezaan pendapat atau apa saja akibat yang mustahil bagi penerbit mahupun team produksi filem tersebut untuk meneruskannya.

Jadi disebabkan itu juga ada yang tertanya-tanya tentang kenapa filem-filem hebat yang boleh dijadikan “spin-off” yang mempunyai potensi yang kuat untuk menjadi filem blockbuster tidak diterbitkan. Jom kalini kita usha filem-filem yang tidak dapat disiapkan dan tertinggal separuh jalan.

BATMAN: YEAR ONE

Sejurus selepas pengeluaran filem Batman & Robin arahan Joel Schumacher yang menerima cemuhan hebat daripada peminat yang mengatakan filem adaptasi Batman & Robin tersebut sedikit sebanyak membunuh francais adiwira Gotham City tu, pihak penerbit Warner Bros cuba untuk memulihan keadaan dengan mencari pengarah yang baharu untuk siri filem Batman dan memberikan Batman dengan menampilan yang lebih fresh.

Dalam proses pencarian pengarah yang sesuai, seorang pengarah muda bernama Darren Aronofsky yang terkenal dengan filem yang menerima pujian yang hebat berjudul “Pi” pada tahun 1998 telah dirisik oleh pihak Warner Bros untuk mengarahkan filem terbaharu siri Batman yang diadaptasikan daripada komik karya Frank Miller. Projek filem Batman: Year One juga turut melibatkan Frank Miller sebagai penulis skrip, dan filem tersebut mempunyai tema yang diinspirasikan daripada neo-noir crime thriller filem tahun 1970an.

Antara salah satu sebab kenapa projek filem ini gagal untuk diteruskan adalah disebabkan filem ini mempunyai R-rated violence dan juga tema yang begitu dewasa dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak atau umum, pihak Warner Bros merasakan mereka inginkan sesuatu yang lebih sesuai untuk tontonan keluarga. Menurut Darren Aronofsky, beliau sudah tahu pihak penerbit akan reject idea-idea beliau untuk filem ini jadi beliau mengunakan setiap peluang yang ada dalam projek ini untuk meraihkan popularitinya sebagai pengarah dan penulis.

Kemungkinan besar filem adaptasi komik Frank Miller “Batman: Year One” ini tidak akan terjadi namun tema daripada komik Batman versi Frank Miller ini sedikit sebanyak dapat kita lihat didalam filem Batman Begins yang terbitkan pada tahun 2005 arahan Christopher Nolan.

THE TRAIN

Menyaksikan kejayaan filem Alien dan Blade Runner yang dikatakan merupakan karya terhebat pengarah Ridley Scott, pengarah tersebut dilaporkan telah “dipancing” untuk mengarahkan filem seram dystopian dimana jalan cerita filem tersebut dikatakan berkisar tentang penumpang yang terperangkap dalam keretapi bawah tanah futuristik bersama dengan raksasa pelik.

Selepas beberapa percanggahan pendapat antara pengarah dan syarikat produksi Carolco, Ridley Scott meninggalkan projek tersebut dan cubaan beliau untuk mencari pihak penerbitan yang baharu gagal. Daripada judul working title sebagai The Train sehingga ianya dikenali sebagai Isobar, akhirnya filem ini diteruskan pada tahun 1990 menampilkan Sylvester Stallone dan Kim Basinger sebagai bintang utama dan Roland Emmerich sebagai pengarah. Namun projek ini ditinggalkan separuh jalan begitu saja.

Tapi apa yang menarik sekali, walaupun dah hampir kira-kira 40 tahun projek ini dibiarkan terbengkalai, korang boleh tengok design keretaapi asal filem “Isobar” ini ditampilkan dalam filem Species tahun 1995.

LORD OF THE RINGS VERSI THE BEATLES!

Menerusi kejayaan filem kedua kumpulan The Beatles yang berjudul “Help!”, ketua kumpulan John Lennon dilaporkan telah merancang untuk menerbitkan filem ketiga yang menampilkan kumpulan beliau dengan sebuah filem live-action adaptasi daripada novel fantasi tulisan J.R.R. Tolkein, dan pengarah pilihan John Lennon, yang tidak lain dan tidak bukan pengarah tersohor Stanley Kubrick.

Projek filem fantasi ini menampilkan Paul McCartney sebagai Frodo Baggins, Ringo Starr sebagai Samwise Gamgee, George Harrison sebagai Gandalf dan John Lennon yang memegang watak sebagai Gollum. Namun projek filem ini gagal untuk diteruskan atas sebab-sebab Stanley Kubrick menolak tawaran kumpulan ini kerana beliau merasakan filem ini terlalu complex dan pada masa yang sama Stanley Kubrick ingin fokus kepada projek filem “2001: A Space Odyssey”.

INDIANA JONES AND THE MONKEY KING

Setahun selepas penerbitan filem siri Indiana Jones and The Temple of Doom pada tahun 1984. Pihak produksi dilaporkan tergesa-gesa ingin menerbitkan filem ketiga siri Indiana Jones dan ianya merupakan projek yang hampir menyebabkan kegagalan buat watak ikonik ciptaan George Lucas dan Steven Spielberg tu.

Dengan skrip yang dituliskan oleh George Lucas dan Chris Columbus, filem ini menyaksikan Indiana Jones dengan elemen-elemen yang lebih supernatural dimana Indiana Jones berdepan dengan serangan lanun serta sekumpulan monyet menganas dalam misi untuk mendapatkan sejenis buah yang dapat memberikan kehidupan yang kekal selamanya.

Kenapa filem ini gagal untuk dihasilkan adalah disebabkan Steven Spielberg tidak berminat dengan skrip supernatural dan merasa terlalu banyak babak yang susah dan tidak praktikal untuk difilemkan.

ADUH SALIHA?

Siapa yang follow pop culture tempatan sekitar tahun 2006 mesti tahu tentang fenomena yang dikenali sebagai fenomena “Tsumawi” atau “Mawi World”. Menerusi kejayaan bintang popular Asmawi Ani atau Mawi yang berjaya meraih populariti yang sangat dahsyat daripada bakatnya yang dicungkil melalui sebuah rancangan realiti TV, pencipta dan penyanyi legend M. Nasir dikatakan telah pun mengumumkan tentang projek lagu “Aduh Saliha” yang diangkat sebagai filem dibawah arahan dan terbitan syarikat menerbitan beliau sendiri.

Filem “Aduh Saliha!” ini yang pada awalnya digempar-gempurkan bakal menjadi filem blockbuster kerana ianya merupakan filem debut Mawi dan langkah pertama Mawi melebarkan sayapnya sebagai pelakon. Projek filem ini juga turut dilancarkan dengan hasrat M. Nasir yang ingin mencari pelakon baharu menerusi beberapa pencarian. Pada sekitar bulan September 2007, filem ini akhirnya memulakan penggambaran dengan pelakon baharu Puteri Sarah Liyana diumumkan sebagai heroin yang digandingkan dengan Mawi sebagai bintang utama.

Tapi apa yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini adalah sebulan kemudian penggambaran filem ini dihentikan dan filem yang ditunggu-tunggu ramai ini terus terkubur begitu saja. Ramai pihak media yang tertanya-tanya sehingga ke harii ini kenapa filem ini tidak disiapkan dan apa yang membuatkan ianya “sepi” begitu saja sedangkan terdapat bermacam-macam jenis gimik yang dilakukan untuk meraih publisiti filem ini. Projek filem yang mengunakan khidmat Allahyarham Loloq sebagai penulis skrip ini tergendala sehingga harini.

KATALAKI: Banyak juga filem-filem yang best tapi tak jadi ek demmm…

Last modified: 21 August 2020