Filem Live Action Klasik Yang Korang Perlu Tengok!

Sembang

Tahun lepas macam-macam update kita dapat berkenaan moviemovie live action. Contohnya movie macam Pokemon: Detective Pikachu yang trailer dia baru saja dikeluarkan pada Nov 2018 yang lepas.

Tak dilupakan juga movie live action Sonic the Hedgehog yang sekarang ni semua orang still menunggu trailer dia keluar. Yelah macam movie Detective Pikachu at least kita dah tahu siapa pelakon dia and jalan cerita yang dorang akan bawa tapi untuk Sonic ni semua orang masih tertanya-tanya macam mana story yang dorang akan bawak.

Well sementara kita nak menunggu trailer Sonic the Hedgehog ini keluar, aku nak share kan dengan korang beberapa movie live action klasik yang korang boleh layan dulu sementara tunggu movie Detective Pikachu dengan trailer Sonic the Hedgehog keluar.

WHO FRAMED ROGER RABBIT

via GIPHY

Filem yang dikeluarkan pada tahun 1988 diarahkan oleh Robert Zemeckis dan di inspirasi daripada novel Who Censored Roger Rabbit? Filem ini dibintangi oleh Bob Hoskins, orang yang sama membawa watak Mario dalam movie Super Mario Bros dan jugak Christopher Lloyd, pelakon yang melakonkan watak Doc Brown dalam Back to the Future trilogy.

Cerita ini mengisahkan tentang Eddie, seorang penyiasat yang kaki mabuk selepas abangnya, Teddy telah dibunuh oleh Toon. Toon merupakan nama untuk watak-watak cartoon yang hidup di Toontown.

via GIPHY

Salah satu Toon yang femes di Toontown, Roger Rabbit telah dituduh membunuh owner Acme Corporation, Marvin Acme. Eddie percaya yang Roger Rabbit bukan pembunuh sebenar dan bermula daripada sini Eddie dan Roger Rabbit cuba mencari bukti siapakah pembunuh sebenar dan adakah pembunuh ini juga bertanggungjawab dalam pembunuhan abang Eddie.

SPACE JAM

via GIPHY

Space Jam merupakan live action sport comedy movie yang dikeluarkan pada tahun 1996 yang dibintangi oleh pemain bola keranjang terkenal, Michael Jordan dan featuring watak-watak cartoon Looney Tunes.

Movie ini mengisahkan tentang Michael Jordan selepas mengumumkan yang dia akan bersara daripada bermain bola keranjang. Dia mula bermain baseball but turns out dia tak ada bakat dalam sukan lain berbanding bola keranjang.

via GIPHY

Satu hari ketika sedang bermain golf, Dia telah diculik oleh Bugs Bunny dan kawan-kawan dia. Setelah memberitahu yang dorang perlukan bantuan Michael demi mengalahkan alien yang telah datang ke Looney Tunes Land untuk menangkap semua cartoon untuk dijadikan sebagai hamba di planet dorang.

Demi membantu semua cartoon ini, Michael, Bugs Bunny dan rakan-rakan dorang kena menang dalam perlawanan bola keranjang dengan alien ini demi menyelamatkan watak-watak Looney Tunes yang lain.

SCOOBY DOO

via GIPHY

Movie yang dikeluarkan pada tahun 2002 ini diinspirasi dari rancangan cartoon yang mempunyai nama yang sama. Movie ini kalau korang nak tahu telah ditulis oleh James Gunn. Yep James Gunn orang yang sama directed movie Guardians of the Galaxy!

Movie ini mengisahkan tentang kumpulan penyiasat Mystery.Inc yang berjumpa kembali setelah berpecah disebabkan dorang tak satu kepala. Pada suatu hari, kelima-lima ahli Mystery.Inc telah dijemput ke sebuah resort terkenal iaitu Spooky Island oleh Emile Mondavarious.

via GIPHY

Emile telah memberitahu yang pelancong yang datang ke Spooky Island telah di sumpah oleh satu entiti jahat yang dikatakan merupakan Demon yang telah lama menghuni pulau ini dan telah marah bila Emile membuka pulau ini menjadi tempat perlancongan.

CASPER

via GIPHY

Casper merupakan sebuah fantasy movie yang telah di inspirasikan daripada rancangan cartoon Casper the Friendly Ghost yang telah dicipta oleh Seymour Reit dan Joe Oriolo. Movie ini dibintangi oleh Christina Ricci yang femes dengan watak Wednesday Addams dalam movie The Addams Family.

Movie ini mengisahkan tentang Kat dan ayahnya yang merupakan seorang therapy paranormal telah diupah untuk menyiasat dan menghalau hantu yang menghantui sebuah mansion lama. Di dalam mansion ini, Casper bersama 3 orang pakcik dia merupakan hantu yang dikatakan menghantui tempat ini.

via GIPHY

Casper berbeza dengan 3 orang pakcik dia yang mana dia cuba untuk berkawan dengan manusia dan dia juga cuba untuk berkawan dengan Kat dan ayahnya. Pakcik-pakcik Casper cuba untuk menakutkan Kat dan ayahnya namun tidak berjaya.

via GIPHY

Rupa-rupanya mansion yang Casper dan pakcik dia duduk ini terdapat harta karun dan ini merupakan sebab utama Carrigan Crittenden, orang yang telah mengupah ayah Kat untuk menghalau Casper dan pakciknya demi mendapatkan harta-harta karun ini.

So live action movie mana yang korang pernah tengok? Ada lagi tak moviemovie yang aku lupa nak mention dekat sini? Kalau ada cuba share dengan kitorang tajuk movie tu!

KATALAKI: Tak silap aku, Movie Space Jam movie paling banyak aku tengok masa aku kecil dulu. Seronok gila tengok dorang lawan basketball haha!

Last modified: 20 January 2019