Filem Pendek Zach King, Penuh Dan Puas Dengan Aksi Silap Mata

Sembang

Selebriti dunia digital yang popular dengan teknik silap mata secara digital, Zach King baru je keluarkan filem pendek terbaru, Stranded On Treasure Island pada 19 September 2019 hari tu. Korang dah tengok ke belum?

Image Via : YouTube

Filem pendek selama 7 minit 35 saat ni mengisahkan tentang Zach King dan kawannya yang mengembara ke sebuah pulau di Indonesia untuk mencari harta karun. Kalau dah nama pun Zach King, filem pendek ni dah tentu sekali ada aksi-aksi silap mata digital yang ditampilkan. Sebab tu gak lah kami rasa nak tengok filem pendek ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zach King (@zachking) on

Jalan cerita mungkin agak boring rasanya. Tapi korang akan tetap akan tengok sampai habis sebab nak tahu apa aksi-aksi silap mata digital yang ditunjukkan oleh Zach King dalam filem. Babak silap mata digital yang ada dalam filem pendek ni memang boleh dipuji sebab kita sebagai manusia memang mudah kagum dengan benda-benda magik ni. Lagipun kalau Zach King punya magik memang kita selalu susah nak agak. Ada betul?

Image Via : YouTube

Di penghujung filem pendek ni, ada babak yang ada kena-mengena dengan sambungan kepada filem pendek Stranded On Treasure Island. Menarik gak masa babak ni. Korang boleh layan filem pendek Zach King kat bawah ni okeh.

Korang jangan tak tahu, kat Malaysia ada gak yang mempunyai bakat seakan-akan Zach King. Siap dapat jumpa Zach King depan mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on

Yang terbaru, Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai @sofyank96 dapat lak jumpa Will Smith untuk buat video silap mata digital. Power brader power.

KATALAKI: Tak kisah la apa bakat yang korang ada. Gunakan kelebihan media sosial dengan betul okeh.

Last modified: 25 September 2019