Filem Power Bulan Disember

Sembang

Sebagai bulan penutup untuk tahun 2019 dan juga bulan yang penuh dengan cuti-cuti Malaysia, sebenarnya ada lagi beberapa ketul filem yang boleh tahan power bakal ditayangkan kat pawagam pada bulan Disember ni sebelum kita masuk tahun baru, 2020.

Setakat ni, filem tahun 2019 mana satu yang korang boleh ingat lagi sampai sekarang? Avengers: Endgame, Toy Story 4, Spider-Man: Far From Home atau Joker? Majlis anugerah antarabangsa untuk menentukan filem terbaik tahun 2019 antaranya Golden Globe Awards dan Academy Awards akan berlangsung pada bulan Januari dan Februari tahun 2020 nanti. Masa tu baru la kita tahu filem tahun 2019 mana satu yang berjaya menang anugerah.

 

View this post on Instagram

 

The legacy of Freddie Mercury lives on. @ramimalek with his Oscar for Best Actor.

A post shared by The Academy (@theacademy) on

Kali ni, kami nak kongsikan senarai filem-filem yang dijangka bakal mengumpul kutipan tiket tertinggi untuk bulan Disember.

JUMANJI: THE NEXT LEVEL

Tarikh Tayangan : Bermula 5 Disember 2019

 

View this post on Instagram

 

New player unlocked. #JUMANJI: THE NEXT LEVEL in theaters December 13.

A post shared by Jumanji: The Next Level (@jumanjimovie) on

Masih lagi mengekalkan pelakon utama yang sama iaitu The Rock, Jack Black, Kevin Hart dan Karen Gillan, Jumanji: The Next Level merupakan sequel kepada filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang ditayangkan pada tahun 2017. Filem terbaru Jumanji kali ni mengisahkan pemain permainan Jumanji yang kini dah tertukar avatar masing-masing. Kalau filem Jumanji: Welcome to the Jungle sebelum ni pun masing-masing dah pening dengan avatar dalam permainan Jumanji versi digital, kali ni dorang akan bertambah pening sebab terpaksa guna avatar yang lain daripada filem sebelum ni. Kalau korang pun dah pening, layan je la trailer kat bawah ni.

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

Tarikh Tayangan : Bermula 19 Disember 2019

 

View this post on Instagram

 

Check out the new poster for Star Wars: #TheRiseOfSkywalker that debuted at #D23Expo. See the film in theaters December 20.

A post shared by Star Wars (@starwars) on

Peminat sejati Star Wars memang dah lama tunggu filem terbaru Star Wars ni. Selepas Star Wars: The Last Jedi ditayangkan pada tahun 2017, Star Wars: The Rise of Skywalker merupakan filem terakhir Skywalker Saga yang dah pun bermula sejak tahun 1977. Korang yang tak berapa ikut sangat filem Star Wars, mungkin akan pening sikit dengan perjalanan filem Star Wars. Tapi yang dah tengok filem Star Wars dari dulu, boleh faham la macam mana jalan cerita filem-filem Star Wars. Bermula dengan filem original trilogy pada tahun 1977 sehingga 1983, kemudian diteruskan lagi dengan filem prequel trilogy pada tahun 1999 sehingga 2005 dan akan berakhir dengan filem sequel trilogy pada tahun 2015 sehingga 2019. Keseluruhannya, ada 9 filem Star Wars untuk Skywalker Saga.

IP MAN 4: THE FINALE

Tarikh Tayangan : Bermula 20 Disember 2019

 

View this post on Instagram

 

Watch the greatest master in his final act. Coming to UK, CA and US theaters December 25. #IpMan4Finale #IpManLegacy

A post shared by Ip Man 4: The Finale (@ipmanlegacy) on

Ip Man 4: The Finale merupakan filem ke-4 dan filem terakhir untuk siri filem Ip Man yang mula ditayangkan sejak tahun 2008, masih lagi mengekalkan Donnie Yen sebagai Ip Man, seorang grandmaster yang mengamalkan seni pertahanan diri Wing Chun Kung Fu. Filem terbaru kali ni menceritakan mengenai Ip Man datang ke Amerika Syarikat untuk membantu anak muridnya, Bruce Lee menguruskan sekolah pertahanan diri Wing Chun.

Kalau sebelum ni, watak Bruce Lee tak berapa nampak dalam siri filem Ip Man, kali ni watak Bruce Lee merupakan salah satu watak penting dalam filem Ip Man 4: The Finale. Siapa lagi yang layak pegang watak Bruce Lee kalau bukan Danny Chan yang memang ada rupa macam Bruce Lee. Kalau korang dah lupa, Danny Chan pernah berlakon dalam filem Shaolin Soccer sebagai penjaga gol dan drama bersiri The Legend of Bruce Lee pada tahun 2008.

Image Via : Twitter

GUNDALA

Tarikh Tayangan : Bermula 26 Disember 2019

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gundala (@gundalaofficial) on

Filem Gundala merupakan filem superhero terbaru yang berasal dari Indonesia dan diarahkan oleh pengarah filem seram Indonesia terkenal, Joko Anwar mengisahkan mengenai seorang pemuda yang memiliki kuasa petir yang luar biasa. Filem Gundala juga merupakan filem pertama untuk siri filem BumiLangit Cinematic Universe. Maknanya nanti akan ada banyak lagi filem sebaris dengan Gundala. Macam mana Marvel Cinematic Universe buat, macam tu gak la BumiLangit Cinematic Universe cuba nak buat. Rugi la kalau korang terlepas untuk tengok Gundala. Nanti dah tak faham lak bila dah ada filem BumiLangit Cinematic Universe yang seterusnya.

KATALAKI: Filem mana satu yang berjaya menarik minat korang?

Last modified: 5 December 2019