Filem² Remake Yang Ramai Tak Tahu

Sembang

Dalam banyak-banyak filem yang dah dikeluarkan selama sedekad ini, dari tahun 2000 sehingga tahun 2020 ini. Kita dah dapat saksikan banyak filem-filem yang lama dibuat balik atau dalam erti kata lain, remake. Dah banyak dah kita tengok juga filem-filem Hollywood yang selalu diriliskan sebagai prequels dan sequels selain daripada remakes.

Tapi ada juga filem-filem yang ramai tidak ketahui kewujudan filem tersebut sebenarnya merupakan remake daripada filem asal yang tidak dikenali ramai. Jadi harini kita nak merungkai satu demi satu, filem-filem yang sebenarnya merupakan remakes.

OCEAN’S ELEVEN

(Cerita Asal: 1960 – Remake: 2001)
Dalam list remakes, ini adalah antara filem yang confirm ramai yang pernah tengok. Filem yang dikeluarkan pada tahun 2001 dengan tampilan para pelakon yang terhebat Hollywood seperti George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Don Cheadle, Andy García, Bernie Mac, dan Julia Roberts. Filem ini turut dikembangkan lagi hingga menjadi antara francais filem yang berjaya dengan total 3 filem kesinambungan dan 1 filem spin-off berjudul Ocean’s 8 yang menampilkan pelakon wanita sebagai pelakon utama filem Ocean’s 8.

Siri trilogi filem ini sangat kuat sehinggakan ramai yang terlupa filem asal Ocean Eleven ini yang sebenarnya mengangkat filem dengan tajuk yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1960. Pada tahun 1960, filem yang mengisahkan tentang rompakan kasino di Las Vegas mengunakan tajuk filem sebagai Ocean’s 11 instead of perkataan “Eleven”, filem Ocean’s 11 ini juga menampilkan pelakon-pelakon top tahun 60an seperti Peter Lawford, Frank Sinatra, Dean Martin, Sammy Davis, Jr., dan Joey Bishop. Ya, Frank Sinatra, yang penyanyi lagu Fly Me To The Moon pun ada belakon sekali.

THE LAST HOUSE ON THE LEFT

(Cerita Asal: 1972 – Remake: 2009)
Pada tahun 1972, pengarah Wes Craven dikatakan telah mengarahkan filem ini dengan tajuk yang sama, tetapi dengan kadar bajet filem yang minima. Selepas 37 tahun, Dennis Ilidis dipertanggungjawabkan untuk menghasil remake untuk filem ini, Wes Craven bersetuju untuk menjadi salah seorang penerbit untuk filem yang dihasilkan pada tahun 2009 dengan bajet perfileman yang lebih besar dan Wes Craven sangat teruja kerana mampu menambah-baik untuk filem yang pernah beliau arahkan. Walaupun filem ini tidak mendapat kutipan box office kita berada pawagam namun ianya berjaya meraih kutipan sebanyak $45 juta kutip worldwide.

THE ITALIAN JOB

(Cerita Asal: 1969 – Remake: 2003)
Filem yang membintangi Mark Wahlberg, Charlize Theron, Edward Norton, Jason Statham dan ramai lagi bintang Hollywood ternama ini dikeluarkan pada tahun 2003 dan diarahkan oleh pengarah Gary Gray, tetapi filem asal dengan tajuk yang sama ini sebenarnya dihasilkan pada tahun 1969 yang menampilkan Michael Caine (ala, yang jadi Alfred Pennyworth, butler Bruce Wayne/Batman tu) sebagai hero filem yang mengisahkan tentang rompak emas.

Menurut pengarh Gary Gray, beliau ingin menjadikan remake The Italian Job beliau sebagai tribute kepada filem original dan filem arahan beliau sememangnya lain daripada filem yang dihasilkan pada tahun 1969 tersebut.

THE DEPARTED

(Cerita asal: 2002 – Remake: 2006)
Filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor Martin Scorsese ini berjaya merangkul anugerah Best Picture di Academy Awards pada tahun 2007 tetapi filem asal cerita ini diinspirasikan daripada filem Hong Kong berjudul Infernal Affairs. Persamaan The Departed dan Infernal Affairs dikatakan lebih kurang sama, dan Martin Scorsese cuma ubah lokasi penceritaan dan memberi tumpuan yang lebih kepada plot penjenayah dalam filem remake beliau.

Filem Infernal Affairs yang dikeluarkan pada tahun 2002 merupakan antara filem Hong Kong yang terhit di serata asia, filem tersebut menampilkan aktor-aktor tersohor Hong Kong antaranya, Andy Lau, Tony Leung, Anthony Wong dan Eric Tsang. Dengan hasil remake Martin Sorsese ini, ianya sedikit sebanyak memberikan highlight kepada filem asal.

KATALAKI: Ada lagi banyak sebenarnya filem popular yang ciduk dari filem asal. Kan?

Last modified: 14 February 2020